29 April 2012

Laporan Kemajuan 4 | Content 3: Keputusan dan perbincangan


Satu result pun sudah cukup, tak perlu banyak. Bersesuaian dengan kerja2 dua minggu. Paling penting kita faham apa kita buat dan kita boleh buat orang lagi faham.

Sebelum plot/letak result, cuba lihat sekali lagi literature. Lihat bagaimana expert plot graph atau susun gambar. Lihat apa info yang perlu ada di atas plot tersebut.

Kita sebagai beginner tiru saja orang yang sudah lama makan garam. Ya, bukan mudah nak tiru sebab setiap benda yang diletak atas slide mesti 'able to explain'.

Selepas plot results, mulakan analisis plot tersebut. Letakkan points sahaja di sebelah kanan slide. Elakkan letak ayat panjang2.

Selepas buat analysis, mulakan discussion 'How & Why' comparison dengan literature.

Mulakan presentation umpama kita explain kepada audian supaya mereka faham. Bukannya 'membaca' slide.

Kemudian conclude PR ini. Dapat result negatif pun result. Mana ada buat experiment terus jadi!!

Yang penting kita tahu kenapa result tidak menjadi. Dan untuk next PR, Insya Allah jadi. 

18 April 2012

Laporan Kemajuan 4 | Content 2: Literature kertas-jurnal

"Learn to be critical of what you read, and dont assume it is correct because it is published!"

Tinjauan literature kertas-jurnal penting untuk mengetahui status terbaru Problem Statement. Inilah yang perlu kita baca dan faham.

Disebabkan presentation cuma 10 min, pelajar hanya perlu present literature yang berkaitan dengan results semasa saja. Bukannya present semua benda yang melibatkan kajian PhD kita.

Kata PR kali ini berkenaan "effect of heat of phase transition", alat yang digunakan ialah XRD. Jadi kita perlu cari sekurang2nya 10 papers yang berkaitan keywords 'heat', 'phase transition' dan 'XRD'. Rasanya tidak perlu baca sampai 10 papers, 3 papers pun kita dah faham apa dia XRD nak bagitau, apa experiment yang patut buat, apa analysis perlu nyatakan dan apa kesimpulan perlu ada. So ambil 3 papers ini (bahagian XRD sahaja) buat ppt.

Proses review kertas jurnal, bukan sahaja dapat meningkatkan knowledge, finding gaps dan menentukan target results kita, keyakinan dalam penyampaian sendiri juga akan bertambah. Ia juga boleh digunakan sebagai kelas kecil untuk mengajar kawan-kawan yang lain. Cuba sematkan dalam hati inilah masa terbaik untuk aku buktikan bahawa aku memang pakar dalam subjek ini!.

Tetapi yang paling penting sekali bagi penyelia ialah melihat pelajarnya mampu membaca atau tidak. Dari segi kandungan, penyampaian dan ulasan pelajar terhadap kertas-jurnal yang dibacanya, penyelia mampu membezakan siapa yang mampu membaca literature dengan baik atau sebaliknya.
see expert do the experiment!

Keupayaan membaca merupakan elemen utama sebelum pelajar mampu menulis. Apa akan jadi jika pelajar tidak mampu membaca tetapi mereka terus hendak menulis?

Sebenarnya SV juga dapat banyak ilmu daripada LR yang dibawa oleh students. Bagi student yang bijak, rajin dan kreatif, entah dari mana sources yang dijumpa dan dibawa untuk kongsi bersama.

Pernah sekali ada student FYP menceritakan 'classification morphologes of steel in seawater', rupa2nya ada banyak jenis morphological. Malah namanya pun berbeza. Malu SV yang dah mengajar 10 thn tapi hari ini, dalam kelas PR baru tahu. Yang bagitau pun student undergrad!!

01 April 2012

60 km Ride 4 Fun | Not an easygoing weekend

Laporan Kemajuan 4 | Content 1: Objektif dan konsep


Apabila student masuk viva, mereka bagaikan hafal semua yang ditulis atas ppt dan dalam tesis. Macam highway satu hala dan trafik lancar. Student sangat ready untuk menjawap soalan bagaikan mesingan. Tanya saja apa2 soalan, dah tak sabar nak jawap.

Tetapi apabila ada examiner yang sudah lama makan garam,
"tesis awak sangat bagus...... tapi boleh tak saya nak tanya fundamental sikit"

Exminer bertanya soalan tiada tertulis dalam buku, tidak pernah published dalam jurnal dan pembantu makmal tidak pernah jumpa. Ilmu ini hanya dapat melalui pengalaman dalam masa yang lama. Dengan otak selalu berfikir dalam lingkungan 3D.

Soalan dan jawapan berdasarkan masalah, finding dan penghayatan SV sepanjang pengalaman hidupnya dalam bidang tersebut.

Jika kita hanya trained jalan satu hala, barulah gelabah. Sebab tidak pernah jumpa soalan dari orang pakar dalam bidang ini.
"apa kamu nak buat?"
"apa 'sebenarnya' kamu nak buat"
"betul ke buat macam tu?"
"salah ke buat macam ni?"

Masalah seperti ini sepatutnya settle sebelum masuk viva. Semuanya selesai masa PR meeting.

Biar SV tekankan objektif dan konsep semasa presentation. Penekanan terhadap konsep lebih penting untuk SV daripada results yang dapat. Biar students kena belasah. Biar malu depan junior. Asalkan kita faham apa yang kita buat! Asalkan kita jumpa soalan seperti ini dalam PR meeting, bukannya dalam viva!