18 May 2012

banding 2012 | khidmat masyarakat & she101 #1

This was a little contribution from us back to our large community.

This 1st village of Orang Asli, Tasik Banding (actually Tasik Temenggor) located at a small end of an island (so called an island as it’s surrounded by lake water). Not many families are here. They have about 5-7 families with not more than 20 adult people. The rest are kids. Kids were very amazing (or maybe after they saw our sweets/candies?) J







17 May 2012

Laporan Kemajuan 5 | Format Progress Report

Sebenarnya kita tidak perlu format kerana format akan menyekat kreativiti. Birokrasi akan menperlahan efficiency.

Tetapi sudah menjadi lumrah apabila satu2 group mempunyai ramai students, mesti ada seorang dua jadi pening lalat. Bila sudah pening semua dilanggarnya. Kamudian terdiam, dah tak tau mana nak pergi.

Ada yang terlalu kreatif pula tindakannya. Yang disuruh tak buat. Yang tak penting, jadi keutamaan.

Terpaksalah SV buat format presentation. Perkara2 asas yang perlu ada. Tujuan utama hanyalah untuk jimatkan masa. Cukuplah 10-15 min untuk setiap student. Tidak perlulah setiap presentation SV habis masa comments benda2 teknikal dan masalah remeh temeh pasal slide daripada bahagian Result and Discussion.

Format juga penting untuk pelajar baru, baru join group. Sekurang2nya dia ada peta (macam google map) halatuju. Tidak perlu dibebankan mereka pada awal2 ini.

Ringkasannya Format 8 Perkara seperti berikut (utk ppt @ words):
1. Tajuk PPt
·       Tajuk kerja terbaru ini (bukannya tajuk tesis).

2. Objektif
·       Cukuplah dengan satu objektif/satu kerja sahaja.
·       Apa yang nak buat?
·       Bagaimana nak buat?

3. Konsep
·       Kenapa perlu buat test ini?
·       Bagaimana results terbaik dan kenapa?
·       Results yang patut dielakkan dan kenapa?
·       kenapa mamat ni buat mcm ni?
·       Paling senang, apa yang tersirat?

4. Literature review
·       Must be related or at least as closed possible to current work/results!
·       Maximum 3 papers

5. Eksperimen
·       Ringkaskan kaedah yang digunakan.
·       Sertakan flow-chart, gambar sample setup, schematic draw etc.

6. Keputusan dan perbincangan (Ini paling penting)
·       Cukup satu result sahaja.
·       Rajah/gambar/data.
·       Analisis rajah/gambar/data.
·       Bincangkan results dengan sokongan rujukan.

7. Kesimpulan
·       Nyatakan dengan ringkas hasil kerja 2 minggu ini
·       Adakah ia berjaya? Perlu diulangi? Atau tidak perlu buat?

8. Checklist
·       SV tidak akan ingat detail setiap kerja ramai students
·       Buat Table
·       Bahagikan tasks mengikut project atau papers.
·       List semua paper, dari mula register hingga hari ini. Contoh paper #1, paper#2 etc.
·       Senaraikan ujian done/in progress setiap paper.
·       Nyatakan jika ada perubahan atau perlu perubahan dalam research design ini.




Akhir sekali bersedia dengan Q&A!

06 May 2012

Laporan Kemajuan 4 | Content 4: Slides

Secara amnya, slides sepatutnya sesimple mungkin. Paling baik guna 'blank' background saja.

PR presentation bukannya official. Bukannya tempat pertandingan ppt tercantik. Bukannya tempat menunjukan bakat animasi. Ataupun ini bukan department IT.

Ia cuma internal presentation dengan group members dan SV. Walau bagaimanapun penyediaan Slides bergantung kepada group masing2.

PR meeting cuma ingin melihat 'progress result' dan boleh menjawap soalan yang ditanya. Apalah ada pada slides yang colorful dan panjang, jika satu kerja pun tidak buat, satu results pun tiada. Datang dok ulang tayang results lama, dan tambah kelentong sikit.

Manakala soalan daripada kawan2 dan input daripada SV berkenaan 'Do and Don't' sangat penting sebagai tips untuk masuk bilik viva.

SV sendiri pernah jadi student masuk viva. Apabila kelam-kabut dalam viva, animation yang sepatutnya digunakan untuk memancing panel2 viva akhirnya jadi pagar makan tuan.

SV pernah jadi pengerusi viva dan lihat banyak kesilapan yang dibuat oleh students lain. Satu contoh, ada student buat ppt yang sangat menarik tetapi pada masa yang sama dia juga bawa nota tambahan ditangan. Apa masalahnya?

Sepanjang presentation dia jadi 'pembaca berita' sahaja. Matanya sentiasa tengok nota untuk membaca. PC hanya ditekan bila nak tukar slide sahaja. Apabila Pengerusi viva tegur cara dia buat presentation, dia terus gabra. Terus potong mood panel2 viva dan mengganggu keseluruhan viva.

Bila tanya kena jadi begini, dia kata tak pernah buat presentation. Sepanjang buat MSc 2++ tahun, tak pernah buat presentation!!

usm | the labu making



3rd year student, Ceramic Materials Engineering Lab.