31 March 2013

Tulis Tesis 3 | Siapa Tulis Tesis? Kes 2


Kes 2. Ditulis Oleh Student & SV
Student tulis draf tesis banyak kesalahan. Kesalahan teknikal dan kefahaman (ya betul lah tu, ini namakan student). Tetapi SV tidak boleh terima tahap kecekapan students seperti ini, maklumlah SV dulu grad daripada Universiti Terhebat Planet Marikh (UTPM).

Apa yang dibuatnya, SV minta softcopy draf tesis tersebut dan terus edit tanpa kehadiran student. Student tidak tahu pun apa perenggang yang ditambah dan apa ayat yang dibuang. Tahu2 sudent dapat email Chapters sudah siap. Dengan gembiranya student print dan susun Chapters untuk siapkan tesis.

Kes ini biasanya dapat dikesan semasa viva. Tesisnya cantik tersusun indah, tetapi Q&A gagal!
Banyak ayat2 tertentu ditanya olen examiner viva, tidak dapat dijawap.

Moral of the Story?
SV program student jadi robot, bukanya mendidik student jadi student!

25 March 2013

Tulis Tesis 3 | Siapa Tulis Tesis? Kes 1


Pasti jawapannya, "mestilah student!"

Opps... jangan terkejut, dalam kesibukan kerja2 kita di lab, dalam kelenguhan beratur SEM, dalam keheningan malam di bilik pascasiswazah, ada manusia culas menangguk kesempatan  kelibat ketirisan peraturan2 universiti. Hingga terlupa (atau buat2 terlupa) asas2 'proses mendidik'.

Untuk 'tulis tesis' (dibaca 'buat apa saja asalkan tesis siap'), ada pelbagai cara:

Kes 1. Ditulis Oleh Student Lain
Yang ni sangat special, aneh tapi betul! ..... Dan yang paling tidak betul!

Kes ini terjadi apabila student asal ada masalah, masalah disiplin, masalah kewangan, masalah kesempatan ... senang kata semua bermasalahlah!

Manakala SV sentiasa mempunyai sifat tidak mahu menggalah. Tidak akan ada seorang pun student dalam groupnya akan gagal. Dia akan pastikan semua studentnya grad walaupun perlu re-viva.

So ada dibuatnya?
Dikerah student lain tulis tesis. Student 1, tulis Chapter 1. Student 2, tulis Chapter 2.... dan sampai siap tesis.
Masa viva, yang pastinya student asal ini akan 'dibelasah', tapi paling penting dia LULUS!!

Moral of the Story?
Walau bijak, kaya, pandai cakap mana pun, kalau student ditakdirkan gagal dia tetap gagal. Tiada proses menghalalkan cara disini.

09 March 2013

Tulis Paper | Comments daripada editor


Antara komen Penilai dan editor daripada jurnal tertinggi top 10%:

The authors are reminded of the three key requirements for the acceptance of article:
1. A manuscript must describe new science. It should add to the "tree of knowledge'". Duplication serves only to clutter the published literature and in some cases can lead to copyright problems.
2. The subject material must be sound science, containing no errors of fact or logic.
3. Papers must be written in the clearest, most precise, language possible. All terms need to be clearly defined and specialist jargon must be avoided.