31 March 2014

writer's block | tips

Masalah Writer's Block adalah masalah semua orang. Ada orang tiba2 hilang idea ditenggah-tengah jari masih melekat di keyboard. Malah, belum mula menulis (atau menaip) idea hilang dicelah bacaan News dan FB!

Pesan Tokguru ialah:

Tip #1: Ambil wuduk sebelum menulis
Wuduk dapat membersih kotoran dosa yang dibawa oleh tangan, mulut, mata, telingga dan kaki. Refreshment ini bagus untuk fisikal dan minda! 

Tip #2: Selalu mengharapkan ilham daripada Allah swt
Menulis memerlukan idea. Kena ada ilham. Manakan menulis tanpa ilham. Tidak lain tidak bukan... Ilham ini datang daripada Allah swt. Jika Dia block minda kita, maka terkais-kaislah kita seperti ayam memcari makanan diwaktu pagi dan petang.

Pernah semasa kursus awal2 menjadi pensyarah dulu, ada professor bercerita berkenaan Syeikh Abdul Qadir Jailani dengan anaknya. Syeikh Abdul Qadir Jailani ini mempunyai beribu students.

Suatu hari anak kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani meminta izin daripada ayahnya untuk mengajar (mengambil tempat ayahnya) students tersebut.

Kata anak, "Ayah izinkan saya menggantikan tempat ayah untuk mengajar students ini? Kerana saya telah berilmu dan telah belajar daripada ramai tokguru lain" 
Syeikh Abdul Qadir Jailani kata "silakan anakku..."