17 May 2017

Email Editor Berkenaan Status Manuscript

Salam,
Ada student pm, Jamil (nama sebenar) tanya pasal masa menunggu manuscript (MS) setelah submission.

10 tahun dulu, saya pernah submitted MS, hampir 2 tahun tak ada jawapan. Nak email editor takut (takut tak ikut procedure, termasuk takut kena reject terus hahahaha). Tapi bila dah email dan Cis Editor replied minta maaf, dia tak nampak my paper! Dan dia minta submit tempat lain. Fuhh... buang masa 2 tahun.... akibat takut nak email Editor.

Zaman internet 100 MB ni, biasanya proses review sangat laju. Dalam masa 4 minggu mungkin kita akan dapat tahu decision, lagi cepat kalau paper kita kena reject :) 

Setelah minggu ke 5/6 dan masih tiada decision, kita boleh email kepada editor (guna email dlm website system tu, yang link kepada MS kita). Email tanyakan apa status MS (walaupun memang dalam satus tulis “UNDER REVIEW”, sila lihat pict).


Kita nak tahu apa masalah? Kenapa lama sangat? Kalau ada masalah pelik2, kita boleh withdraw dan atar ke journal lain. Kita tak mahu buang masa menunggu dan ada student nak submit tesis.

Contoh terbaru, MS saya selepas minggu ke-6, saya email, tapi tiada jawapan. Email lagi (selepas minggu ke-8), barulah Editor Besar sendiri email dan dia explain kenapa lambat (sila lihat pict). Ok kan, dia ada marah ke??


Yang penting, kita tak perlu takut/segan untuk bertanyakan HAK kita sebagai contributer MS kepada Journal. Biasanya semua editor omputeh akan layan sebaik mungkin. Kalau reject, banyak lagi journal lain. Mana tau journal yang kedua kita submit lagi power!

Note: Kalu dah lebih 3 bulan masih tiada decision, lebih baik kita withdraw saja MS tersebut.

No comments:

Post a Comment