04 November 2009

Membaca Jurnal

Rasanya telah banyak kita pergi mendengar kelas atau syarahan oleh orang-orang hebat berkenaan menulis jurnal. Bila dengar mereka bercakap, fuhh... naik bulu roma, semangat naik meronta-ronta. Macam lagu Gemuruh:

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Tetapi pernah ke kita dengar bagaimana ‘kaedah’ secara praktikal untuk memcapai ketahap ini diajar? Atau apakah yang asas perlu diajar?

Cuba kita ambil contoh budak-budak tadika atau sekolah rendah, mula-mula sekali diajarnya mengenal huruf. Kemudian mengeja dan seterusnya membaca. Bila sudah pandai membaca, baru disuruh menulis cerita ‘Sang Kancil dan Kura-kura’.

Bagi sesetengah penyelia, dipaksanya pelajarnya terus menulis, sedangkan pelajarnya belum tahu ‘membaca’! Bagi mereka yang bijak tak apalah, tanpa kaedah sistematik pun mereka akan berjaya. Bagaimana pula bagi yang slow? Ini yang perlu diajar ‘mengira, mengeja dan membaca’ dahulu, bukannya bertalu pukul gendang tetapi nama universiti sendiri tergadai!

Kaedah Cut & Paste Kertas A4
Rasanya macam bodoh saja buat kaedah ini. Tak ubah seperti budak tadika. Tetapi ia amat berkesan bagi beginner. Untuk pelajar baru memdapat tajuk atau bidang baru dari penyelia, pasti tidak mempunyai asas.

Menyusun asas samalah seperti menyusun bata-bata membuat rumah. Bagi pelajar yang slow (macam saya) susunlah perlahan-lahan, tetapi jangan berhenti. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam, hujung-hujung malas. Bagi pelajar yang bijak (macam anda), tidak perlu membuat kaedah ini.

Bagaimana membuat kaedah ini?:
1. Pastikan tajuk tertentu yang akan dibuat untuk pusingan pertama ini. Contonhya ‘Conductivity-temperatures’.
2. Cari sekurang-kurangnnya 10 jurnal yang mempunyai rajah, data, analisis, penerangan dan rujukan berkaitan Conductivity-temperatures SAHAJA!.
3. Potong bahagian Conductivity-temperatures sahaja bagi setiap jurnal.
4. Tampalkan bahagian ini di atas kertas A4 (sila lihat contoh di bawah). Satu jurnal satu A4 sahaja. Sekarang ada 10 topik atau 10 helai A4 berkenaan Conductivity-temperatures.
5. Ulangi langkah-langkah di atas (1-4) untuk tajuk lain seperti XRD, SEM, FTIR etc.


Insya Allah jika dibuat betul-betul tak sampai 5 jurnal pun kita sudah dapat tangkap/faham apa yang hendak diplot, dianalisis, dibincang etc untuk tajuk Conductivity-temperatures.
Keburukan kaedah ini ialah remeh-temeh sedikit, perlu ada gunting, gam, kertas A4 etc (kan saya dah kata macam budak-budak tadika!). Ia juga susah untuk dikongsi/diberi kepada orang lain, melainkan membuat salinan photocopy. Menyusun dan filing juga susah. Mudah hilang dan mudah rosak.

Kebaikannya, mudah dibawa ke mana-mana. Masa baring pun boleh baca. Tidak semestinya di Coffee Been, di kedai mamak pun boleh baca. Jika kita ingin memasukan nota tambahan di atas kertas ini pun cepat, terus tulis.









Kaedah Copy & Paste Power Point
Kaedah copy-paste Power Point (PPt) lebih praktikal. Ia mudah dibuat. Apa yang perlu dibuat ialah ulang semua langkah-langkah (1-4) dalam kaedah ‘Cut & Paste Kertas A4’. Bezanya cuma kita perlu ada file softcopy PDF untuk dicopy.

Contoh PPt Slides yang disusun dibawah tajuk “Cell Designs’ untuk bateri Zn-air (Rajah di bawah). Insya Allah selepas 5 jurnal membuat slides, kita akan faham rahsia rekabentuk bateri Zn-air. Pasti kita boleh membuat design sendiri kerana perkara asas design telah difaham secara kritikal!

Kebaikan PPt Slides ini ialah ia boleh diedit dan dipindah-pindah ke presentation persidangan dan nota kuliah. Diantara banyak-banyak slide ini kita boleh copy dan paste dalam nota kuliah untuk pelajar undergraduate. Penyelia boleh juga guna PPt slides ini untuk membuat End Semester Review (Bab ini akan dibincang kemudian) kepada pelajar pascasiswazah. Kalu rajin boleh dikumpulkan untuk membuat review paper dan dihantar kepada jurnal. Keburukannya kaedah ini, kita perlu on komputer baru boleh baca!








No comments:

Post a Comment