14 July 2010

Kenapa Penerbitan? Part 4 - Bertambah Ilmu



Kenapa tesis pelajar lebih baik dari tesis penyelianya sendiri? Kenapa citation kertas-jurnal yang dihasilkan oleh penyelia semasa PhD (jika ada) semakin hari semakin dikejar oleh pelajarnya sendiri?

Oklah kita tanya, kita juga kena jawap ... mestilah kerana pertambahan ilmu. Ilmu hari ini bertambah dari semalam dan semalam lebik baik dari hari sebelumnya. Dulu penyelia baru ada sedikit ilmu (separuh dapat daripada penyelianya dan separuh lagi daripada usahanya sendiri). Setelah kita menjadi penyelia, ilmu ini pula dibahagikan kepada pelajar kita, jika pelajar nak lebih ... kenalah usaha sendiri!

Penyelia sepatutnya bukan sahaja pandai mengarah pelajarnya berusaha, tetapi penyelia sendiri pun mesti sentiasa mengatasi pelajarnya sendiri. Jangan jadi penyelia yang hilang respect dari mata pelajarnya sendiri. Contoh penyelia diperbodohkan oleh pelajar sendiri, apabila pelajar bagi draft, tiada satu pun komen daripada penyelia (sebab penyelia tak tau nak komen)!

Untuk mengelakkan benda ini berlaku, kita sebagai penyelia mesti sentiasa sibuk dengan kelas, kerja pentabiran etc. Jadi cara terbaik untuk jadi yang terbaik ialah hadkan bidang penyelidikan. Cuba fokus selebih2nya tiga bidang utama. Tidak perlulah semua benda 'from land, sea to space' nak buat (details we will discusse in next entry). Bagi pelajar pula, janganlah semua mesin di makmal ingin diuji. Biarpun guna satu alat tetapi semua tau!

Pengalaman yang bergerak walaupun sikit2, pasti dapat membantu. Semua pengalaman dan ilmu terkini akan dicurahkan kepada pelajarnya secara iklas dan jujur akan meningkatkan kualiti kertas-jurnal pelajar. Ada kalanya kita sendiri tidak sedar bahawa pelajar ini dulunya merangkak, tapi kini cuba mengejar penyelianya sendiri ... maknanya kita sudah berjaya.

Buka buku SPM

Kesibukan kerja2 harian menyebabkan kita banyak lupa atau tidak sempat revise ilmu asas dalam bidang kita. Mujurlah dengan dorongan (atau paksaan) menulis kertas-jurnal jurnal dan menjawap soalan2 killer daripada penilai kita terpaksa membaca buku asas.

Kadangkala kita terpaksa buka buku SPM yang telah dilupakan. Ataupun masa inilah kita mencari balik buku tahun satu, yang pernah kita belajar dan mengajar. Dalam kita membelek mencari jawapan, mungkin secara tidak langsung terjumpa ilmu yang lain.

Dari jurnal ke nota kuliah

Antara kebaikan pensyarah membuat penyelidikan dan mengajar dalam bidang sama ialah serapang dua mata. Baca satu kertas-jurnal, tetapi boleh manafaat dua tempat. Satu untuk pelajar pastgrad dan satu lagi untuk undergrad.

Dalam banyak2 kertas-jurnal yang dibaca dan dianalisis mesti ada sebahagiannya menyentuh atau mengimbas kembali konsep asas sesuatu bahan atau device. Konsep asas ini biasanya letakkan pada bahagian Introduction.

Manakala kertas-jurnal Review banyak konsep asas akan ditulis sekali lagi di permulaan. Sebab itulah kertas-jurnal Review perlu dibaca dahulu oleh pelajar untuk melihat gambaran kasar fokus penyelidikan mereka.

Konsep asas ini amat berkualiti dan kadangkala ditulis dengan senang untuk difahami. Boleh dikatakan konsep asas ini lagi baik daripada buku2 kerana ia telah dinilai oleh ramai penilai. Jadi ia boleh di masuk dalam nota kuliah untuk pelajar undergrad. Setidak2nya ia digunakan sebagai case study. Barulah nota kita berlainan setiap tahun. Ataupun boleh mengelak recycle soalan past year!

Garisan bawah

Siapa yang bertambah ilmu, pelajar atau penyelia?

No comments:

Post a Comment