Apabila kita sentuh bab penerbitan, isu naik pangkat pasti akan datang bersama. Ini terjadi kerana elemen-elemen penerbitan dan sekutu dengannya merupakan elemen pertama yang dikira untuk kenaikan pangkat. Tak kisahlah untuk pengesahan jawatan Pensyarah, Pensyarah Kanan, Profesor Madya atau Profesor penuh. Dengan kata mudah, siapa banyak penerbitan cepatlah dapat profesor!
Permulaan Kerjaya
Tahukah kita bahawa untuk mengisi borang jawatan profesor semua penerbitan akan diambil kira. Jika semasa tadika pun kita ada penerbitan juga, pasti akan dikira! Walaupun pihak JK Kenaikan Pangkat kata hanya selepas berhidmat di universiti. Tetapi hakikatnya apa yang ada kita masukkan dalam borang. Sebab itulah kita selalu pesan kepada pelajar, kerjaya (career) mereka bukannya bermula pada hari pertama mereka melapor diri di universiti, tetapi apabila mereka mula menulis!
Untuk menambah penerbitan dan mencantikkan CV, pelbagai cara kita jumpa di Jabatan. Ada yang cuba tumpang2 kertas-jurnal pensyarah lain. Sedangkan sumbangan sendiri tidak seberapa, malah tiada langsung. Dimarah pensyarah baru kerana tidak meletakkan namanya. Terpaksalah pensyarah baru letak namanya, takut tidak disahkan jawatan kemudian hari atau akan disisih dari arus perdana jabatan. Paling teruk sekali ada yang mengambil data2 orang lain, kemudian terbit kerja-jurnal.... apabila tuannya dapat tahu, dengan tanpa segan malu dia kata
“Aku ingat ko tak nak publish... so aku hantar la...”
Ada juga manusia macam ini. Lambat laun kita juga akan jumpa orang macam ini ataupun kita juga jadi macam ini?
Di jabatan, ada juga dikalangan profesor yang berhati mulia menolong pensyarah lain naik pangkat bersama. Pasti ada dikalangan pensyarah tidak mempunya ‘core’ penyelidikan. Mereka bagaikan tidak tahu apa yang patut dibuat, walaupun sudah 7 tahun tetapi masih lagi pensyarah biasa. Jadi profesor tadi akan ‘menarik’ pensyarah ini kedalam kumpulan penyelidikannya. Dikenal pasti bahagian mana yang boleh disumbangankan. Apabila bahagian tertentu dikenal pasti, mula lantik dia sebagai penyelia bersama dan seterusnya membuat penerbitan bersama.
Isi Borang
Dalam perjawatan awam khususnya kategori pensyarah, kenaikan pangkat mestilah dipohon. Perubahan gred gaji tidak datang melompat begitu saja. Memohonlah jika kita rasa kita 'benar2' layak. Apabila kita mencapai tahap 'profess' dalam bidang kita. Tidak perlu terikut2 orang lain, hampas pun takda, siang-malam memikirkan mencukupkan elemen2 pengisian tempat kosong borang naik pangkat. Kerja-kerja yang tidak memberi markah naik pangkat, akan ditinggalkan.
Jika kita bandingkan dengan profesor-profesor yang kita tengok CVnya dalam internet, dengar dan jumpa semasa persidangan, sumbangan mereka kepada ilmu amat ketara. Walaupun terkenal dengan penyelidikan hebat, sumbangan terhadap pelajar undergrad tetap tidak dilupakan. Boleh dikatakan setiap 3-5 tahun ada sahaja buku dihasilkan. Malah buku2 ini amat sesuai untuk dijadikan text dalam kelas peringkat sarjana muda. Buku dihasilkan amat bermakna kerana ditulis oleh ‘orang betul-betul faham’ ataupun orang yang dah lama ‘makan garam’ tentang bidang tersebut.
Ya, siapa tidak mahu jadi profesor, gaji besar (profesor kanan = RM20k-30k sebulan). Walaupun kita kelentong sana sini orang tetap dengar. Orang kampung tengok lagi terpegun... bila profesor balik kampung naik Mercedes!
‘Fuyoo... dulu tangkap puyu sepat dalam sawah dengan aku, sekarang profesor .... hebat... hebat.... kawan aku nih’
Itulah sebab semua orang berebut hendak dapat cepat. Rata-rata sasarkan sebelum umur 40 mesti Profesor C (VK7). Paling hebat masing-masing cuba memecah rekod universiti, dapat profesor paling muda. Kalau dapat profesor awal, maknanya sempatlah makan gaji Profesor Turus lama sedikit. Biasanya Profesor Turus dapat dekat2 dua tiga hari lagi nak pencen.
Sasaran Terbabas
Jika permohonan untuk pangkat profesor ditolak, pasti kita merasa kecewa. Sangat kecewa sebab sasaran utama telah terbabas. Mulalah kita datang kerja lewat, selalu ponteng mesyuarat, semua kerja pentadbiran dielak, selalu menghilang dan kerja hakiki (berkaitan dengan pelajar sarjana muda) dibuat gitu2 sahaja.
Perasaan kecewa juga dilahirkan dengan mengutuk tempat kerja sendiri. Setiap hari ada sahaja benda tidak betul tentang tempat kerja. Sebaliknya semua kerja pejabat dibuatnya tidak tahu. Email tidak dibuka, jauh sekali reply. Soalan peperiksaan sentiasa siap selepas vetting. Markah kerja khusus dan peperiksaan terpaksa Ketua Jabatan minta beberapa kali. Tetapi bila gaji kita lewat sehari... kita bising satu pejabat!
Paling kesian ialah pelajar pasca-siswazah dibawah selian kita. Mereka bagaikan anak ayam kehilangan ibu, tidak tahu di mana hendak mengadu. Terkejar sana sini, mencari sesiapa boleh bantu. Datang untuk belajar, tetapi terpaksa survive sendiri, 100% sendiri! Penyelidikan macam tiada arah tujuan. Data pelajar PhD tiada beza dengan tesis budak FYP. Sentiasa susah jika ingin membuat temujanji. Pintu bilik penyelia sentiasa tertutup. Notis atas pintu, kekal di situ walaupun sebulan pelajar telah letak di situ. SMS tidak pernah dibalas, no hp selalu bertukar... bagaikan lari daripada Along. Jika semak tesis FYP dan MSc/PhD dibaca bagaikan guna sebelah mata.
Siapalah kita
Jadi ... biarlah tujuan penerbitan bukan untuk naik pangkat. Kita letak pada numbor terakhir dalam senarai sasaran kita. Kita buat dulu kerja-kerja kita sebagai pensyarah atau lebih baik lagi sebagai pendidik. Didiklah pelajar supaya menjadi macam kita atau lebih baik daripada kita. Semoga dengan tunjuk ajar kita, mereka akan berjaya walaupun kerjaya mereka selepas itu bukan dalam bidang akademik.
Biarlah dalam keseronakan kita menulis kertas jurnal, kerja hakiki sebagai pensyarah tidak terabai. Kita anggapkan naik pangkat ialah bonus. Jika semua kerja-kerja dibuat dan KPI tercapai, insya-Allah akan diberi bonus. Tiada bonus pun tidak mengapa. Kita tetap bersyukur kerana gaji pada 24th setiap bulan adalah betul-betul hasil titik peluh kita. Semoga halal dan berkat.
Mungkin Allah swt telah memberikan ‘kenaikan pangkat’ dalam bentuk lain, dengan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan dalam kekalutan keluarga, masa terluang yang banyak walaupun sibuk, harta bertambah hanya dengan sedikit usaha dan selalu bernasib baik walaupun setapak terselamat dari malapetaka... inilah yang paling baik dari naik pangkat?
Garisan bawah
Ku bukan seorang jutawan yang sebagaimana engkau inginkan, ataupun seorang cendekiawan yang dapat mendidik seribu insan (alleycats).....
No comments:
Post a Comment