19 August 2010

Tulis Tesis | Kidnap Supervisor

Pelajar kata “... susahnya nak suruh penyelia baca draf tesis aku, dah sebulan aku letak atas meja tu... macam tak bergerak pun”.

Yelah tidak boleh disalahkan penyelia sebab tugasan sebagai penyelidik merangkap pensyarah lagi pasti akan menyibukkan. Inikan pula nak baca 200 muka surat tesis!!

Belum habis mengajar lagi sudah diminta dibuat soalan peperiksaan. Habis sahaja mengajar, marking exam pun bermula. Bagi pensyarah yang kena marking 3 papers, pasti menyesakkan dada. Pensyarah pun orang juga bukannya mesin yang bergerak siang-malam. Disebabkan kesian melihat pelajar buat muka sedih, digagah juga penyelia membaca satu demi satu muka surat tesis, itupun terpaksa ponteng pergi meeting!

Masa PhD dulu Ali Sulaiman (sekarang Dr) bijak buat strategy. Dr. Ali kidnapped Prof Kariem ke Cameroon Highland. Walaupun Prof Kariem sibuk, sebut saja “pergi baca tesis di Cameron Highland”, terus dia setuju. Semua meeting dicancel dengan gitu je, yang penting dapat pergi Cameroon Highland.

Bila kita ‘berubah tempat’ dari bilik ofis yang suram ke ‘tempat baru’ pasti memberi semangat sikit untuk baca draf tesis. Sekurang2nya pelajar dapat menjauhkan penyelia daripada telefon minta pergi meeting ataupun mengelakkan penyelia digangu oleh pelajar lain (yang juga kawan2 kita!).

Gambar bawah ialah rumah universiti UKM (Puri Pujangga) RM150/nite. Boleh dikatakan antara rumah universiti yang terbaik yang kami pernah tinggal. Apa macam... sesuai untuk tempat baca tesis?




No comments:

Post a Comment