Kenapa kita boleh buat dan menyiapkan tesis? Tidak lain tidak bukan kerana adanya jurnal orang terdahulu. Tanpa jurnal mungkin kita terkial2 mencari hala tuju penyelidikan. Panduan daripada beberapa kertas-jurnal dapat memberikan idea memulakan kerja-kerja penyelidikan. Lebih menarik lagi kertas-jurnal lama yang ditulis sekitar 70an sangat penting kerana mereka menulis kerja-kerja makmal berasakan konsep asas dan mesin peralatan yang biasa.
Kita bukannya membuat penyelidikan yang komplek untuk jurnal Nature atau Science. Boleh dikatakan kerja penyelidikan kita ada persamaan (cuma tukar bahan baru) dengan kerja kertas-jurnal yang telah ditulis. Selepas siap eksperimen mesti timbul persoalan2 berkenaan data kita. Kadang kala memecah kepala. Data kita berbeza dengan orang lain. Setiap soalan yang timbul biasanya sudah ada orang jawap. Cuma kita belum jumpa atau memang kita malas mencari jawapan dalam kertas-jurnal berkaitan.
Mungkin kita pernah jumpa orang yang sangat cintakan ilmu. Mereka tidak mementing habuan daripada penyelidikannya. Tidak pernah terlintas menulis untuk royalti. Dia cuma ingin berkongsi ilmu. Masakan tidak, siang-malam duduk dalam makmal dan berfikir mencari jawapan yang komplek.
Itu belum lagi mendengar ulamak dahulu, biarpun tidak bergaji macam profesor, 3.00 pagi sudah bangun. Selepas solat subuh terus mengajar. Berterusan mengajar hingga lewat malam. Jika berhenti cuma untuk solat atau makan. Walaupun sibuk mengajar, buku/kitab tetap ditulis bertimbul2. Bila masa mereka menulis?
Walaupun tulisan Syeikh Daud Al Fatoni menggunakan bahasa lama, ia tetap digunakan sebagai buku teks di masjid2. Semasa menyusun Ihlya Ulumiddin Imam Al-Ghazali terus menerus mengedalikan nafsunya dengan kehidupan yang sangat serdahana makan-minum pun diminimumkan. Biarpun tulisan pemikirannya telah berusia 1000 tahun, tetapi ia kekal hingga hari ini. Ini antara bukti pengkongsian ilmu yang berjaya.
Penentuan aras sasaran
Jurnal juga menolong dalam pembaharuan penyelidikan. Jika kualiti device yang telah diterbitkan pada tahun lepas ialah 10%, mungkin device tahun ini telah naik kepada 12%. Ini memberi sasaran untuk kita membuat device lebih dari 12%.
Bayangkan jika kita tidak ada rujukan (jurnal, paten atau buku) pasti kualiti penyelidikan tidak akan berubah. Mungkin kita dah bangga apabila penyelidikan kita menjadi. Tetapi apabila kita jumpa jurnal (selepas 2 tahun buat kerja makmal) rupa2nya data kita sudah basi.... arrrr.. mulalah pening gelabah.
Walaupun ada juga perkembangan teknologi tanpa perlunya penerbitan. Ilmu penyelidikan R&I daripada kilang semuanya rahsia. Teras mereka adalah business. Penerbitan hanyalah dalaman sahaja. Paling tinggi pun mereka paten sahaja. Tetapi masih juga dinamakan penerbitan.
Mencari guru
Perkongsian ilmu juga melalui persidangan. Setiap persidangan biasanya memperuntukan 20-30 min sahaja. Jadi dalam masa singkat tidak sempat kita melihat keseluruhan kerja. Bagi penyelidik yang hebat mereka akan sertakan senarai penerbitan yang berkaitan untuk sesiapa yang berminat.
Disebabkan ingin menjawap soalan dari penilai kita terpaksa cari orang untuk kongsi ilmu. Kita sanggup datang dari jauh hanya untuk menanyakan jawapan. Mendapat penjelasan lisan daripada orang bijak lebih baik daripada membaca kertas-jurnalnya. Proses tanya-menanya berkongsi ilmu boleh perkembangan ilmu, menggelakkan silap faham tentang kerja kita.
Susah memdapat orang yang betul2 fokus di Malaysia. Hakikat sebenar memang susah memdapatkan orang betul2 menjawap soalan. Banyak yang jumpa yang kelentong sahaja. Maklumlah terlalu banyak bidang yang masuk.
Garisan bawah
Jawap yang dicari berada di hujung jari.
salam dr..
ReplyDeletesaya trtarik dgn entry dr yg slalu menekankn ttg penerbitan..sy ada satu soalan pd dr, mungkin dizaman ini research hmpir sama tetapi material utama aja yg diubah (seperti dr nyatakn), jadi bagaimana kita dpt meyakinkn atau menarik perhatian reviewer atau editor sesuatu journal ttg kajian kita? kdg kala trfikir jugak mungkin mereka dah jemu dgn discussion yg hmpir sama walaupn berlainan material..bagaimana nak mengubah penulisan kita supaya tampak menarik walaupn kajian nya hmpir sama?
wsm,
ReplyDeleteBetul, saya pun sudah boring mcm 'cut & paste' explanation teori org lain masuk dalam paper kita... Tetapi kalau kita masih baru dalam sesuatu bidang, kita ikut saja dulu flows knowledge bidang ni. Apabila sudah expert cubalah membuat teori yang baru walaupun menggunakan bahan yang sama. Cuba buat model mechanism (simple drawing) how that thing works. Kalu rasa nak hebat lagi, cuba beralih kepada mathematic modelling ... cuba explain data kita secara math pula. Ada berani?
btul juga Dr..
ReplyDeletecabang research ni tak akan brhenti..terima kasih atas saranan