Sesuatu kerja dikatakan terbaik apabila diakui oleh kawan dan lawan. Mampu bertahan walaupun diuji dengan pelbagai kaedah. Jangan jadi macam pesilat tari pulut kuning. Hanya dimainkan hanya dalam majlis rasmi. Memang gerak langkah tari cantik. Tetapi cuba masuk ajak berlawan ... mesti lari punya. Mereka hanya diajar untuk bersilat sorang2, tidak untuk bergaduh. Silat sorang2 boleh la .... jadi boleh pakai ke silat ini?
Siapa Penilai?
Siapa Penilai?
Kebiasaan bilangan penilai kertas-jurnal ada banyak kemungkinan. Ada jurnal hanya bergantung kepada komen seorang penilai sahaja (sebab yang lain tak hantar komen). Walaupun bagaimanapun kebiasaannya dua orang penilai. Bagi jurnal yang IF tinggi, penilai sampai 5 orang pun ada.
Pernah kita dengar pensyarah takut dengan penilai. Mereka takut sebab penilai ialah sniper! kita tidak tahu siapa mereka, tidak tahu dari mana asalnya, tetapi pelurunya tepat kena ke jantung. Paling tidak tepat kena atas dahi kita.
Kenapa mereka bagaikan sniper? Mereka ialah orang sebidang (peer-review) dengan kita. Apa saja kita tulis tersurat atau tersirat mereka boleh agak. Kerja2 kita sekarang mungkin penilai telah buat 10 tahun dahulu. Jadi mereka sangat arif dalam bidang yang baru semalam kita buat. Sebab itulah ramai orang tidak mahu hantar kertas-jurnal sebab takut dikomen.
Anti penilai
Ada dikalangan kita tidak suka orang lain cabar kefahaman dan kehebatan dalam bidang tertentu. Semua idea orang lain tidak betul, semua salah, kita je yang betul. Melenting tung... tung ...bila orang tegur penyelidikan kita.
Inikan pula penilai entah datang daripada mana cuba komen kertas-jurnal kita.
'' ... kau sapa nak komen paper aku?''
''... bodoh betul reviewer nih''
'' ... BI kau pun tak betul, eh.. nak komen BI aku!!''
Pasti kertas-jurnal itu tidak akan dijawap, tidak dibuat pembetulan, yang buat cuma buat diam saja. Jadi? ... tiada kertas-jurnal lah sampai bila2.
Kebaikan Penilai
Pernah masa hantar kertas-jurnal ke Acta Materialia (IF2005 = 3.430) dulu, dapat komen lebih 4 muka surat daripada 2 penilai. Disebabkan komen2 terlalu banyak dan ingin menjaga status jurnal, editor mengambil keputusan menolak kertas-jurnal tersebut (biarpun penilai2 mencadangkan penambahbaikan, bukan ditolak terus).
Mula2 rasa sedih, yalah bukan senang nak buat, 6 bulan mau siap. Inilah pula terima 4 muka surat komen2. Mau seminggu berkabung. Tetapi setelah dibaca berulang kali komen2 tersebut... Terasa menarik pula. Lagi panjang komen, lagi baik!
Kenapa? Sebenarnya penilai menolong kita memahami konsep device yang kita buat. Apa yang kita tulis sebenarnya tersasar atau tersilap faham. Penilai menulis formula dan contoh pengiraan yang sebenar. Penilai juga mengajar kita kaedah menulis jurnal menggunakan format tertentu. Manakala kesilapan ejaan dan BI turut ditunjukan (maklumlah kita sekolah pondok saja, London tak pernah sampai).
Setelah kemaskini mengikut komen2 tersebut, kertas-jurnal ini dihantar ke Journal of Power Sources (IF2005 = 2.770), IF rendah sedikit daripada Acta Materialia. Alhamdullilah... akhirnya diterima di Journal of Power Sources [159 (2006) 752-757]. Jadi terima kasih penilai!!
Ada juga kita dapat komen2 penilai yang tidak professional. Mereka mengutuk kerja kita dan memperlekeh cara penulisan kita (maklumlah pertama kali menulis dalam BI). Mereka kata kaedah ini sudah ada orang buat (sambil menyenaraikan beberapa kertas-jurnal). Data ini telah pun ada masa zaman perang jepun!
Biarlah orang2 macam ni dengan labu2nya. Mereka selalu menganggap hanya kerja mereka yang terbaik. Paling teruk lagi penilai menolak kertas-jurnal kita kerana ingin meniru kaedah terbaru kita usahakan, kemudian dia keluarkan kertas-jurnal hampir sama dengan kertas-jurnal kita. Nilailah hasil kerja orang lain dengan penuh hekmah dan professional walaupun kita menolak penerbitannya.
Tesis dan penilai
Saya selalu bersepedapat (bertentangan pun banyak juga) dengan Prof. Kariem tentang perlunya penilai (bukan pemeriksa) untuk meningkatkan kualiti tesis. Apa pula kena mengena penilai jurnal dengan kualiti tesis?
Katakan semasa hantar tesis, kita sudah ada 4 kertas-jurnal. Katakan jurnal2 IF tinggi semuanya. Katakan lagi .... setiap kertas-jurnal dinilai oleh 2 orang. Ini bermakna tesis kita telah dinilai oleh 8 orang sebelum kita hantar kepada pemeriksa2 tesis!!
Dengan kata mudah; konsep, kaedah penyelidikan (research design) etc telah diakui atau diperbetulkan oleh orang2 pakar dalam bidang kita. Semasa viva, soalan2 yang ditanya oleh pemeriksa pasti boleh dijawap kerana kita sudah berhempas pulas menjawap komen2 penilai jurnal terdahulu.
Bayangkan kita tidak pernah terbit 1 kertas-jurnal pun, cukup sahaja 3++ tahun, hantar tesis. Agak2 apa akan jadi? Jika pemeriksa kata konsep penyelidikan salah? Jika pemeriksa kata data tidak betul? Adakah kita ada 3++ tahun lagi untuk membuat semula?
Garisan bawah
Dapat ilmu daripada orang kita tidak kenal!
salam azmin,
ReplyDeletevery good insight. Kalau nak htr phd thesis,sepatutnya pelajar itu dah publish 1-2 journal.
Karton itu hebat. Put more of it and send to us.
sheikh
hi Dr!!! drop by to click the ads...
ReplyDelete