Bila menilai bahagian novelty banyak perkara akan berbangkit. Pelbagai dakwaan berkenaan berkenaan novelty yang penulis utarakan. Untuk mengetahui novelty ini bukan kerja senang, terutamanya bukan dalam bidang kita. Kita perlu jadi Jauhari untuk mengenal Maniam.
Takut tersilap komen antara kaca dan plastik. Jika kita tidak pernah sampai Afrika jangan cuba memdabik dada bahawa kita boleh membezakan Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sebab itulah hanya yang ‘mereka’ sahaja dapat mengenal ‘mereka’.
Secara amnya novelty boleh dilihat berdasarkan;
i. Data2 terbaru – data yang dapat menyokong atau menolak data terdahulu.
ii. Penjelasan atau teori baru – memberikan teori baru untuk menerangkan data2 lama. Teori ini boleh dibuktikan dengan data eksperimen atau matematik.
iii. Kaedah eksperimen – ini juga boleh diclaim sebagai novelty. Apabila manuskrip mengcadangkan kaedah baru untuk memendekkan proses, dapat mengurangkan kos, lebih ringkas tetapi menghasilkan data yang sama atau lebih baik.
iv. Bahan baru atau komposisi baru – ini novelty yang paling lemah kerana hanya menukarkan bahan baru, data baru hampir sama, kaedah sama dan penjelasan pun sama. Ini seperti ‘research hidup segan mati tak mau
Pernah dahulu editor Advanced Funtional Materials menolak paper saya dengan memberikan jawapan yang mudah tetapi bermakna;
“... manuscripts must represent a significant breakthrough of general interest”
Maksud jawapan di atas boleh digambarkan menggunakan contoh ini; katakan setiap hari kita pergi kerja sejauh 30 km naik kereta. Tetapi kita berubah kepada berjalan kaki sahaja pergi kerja, kerana sudah bosan dengan rutin harian ini. Digalas beg besar di belakang dan buku2 di tangan kiri dan kanan.
Pasti kawan2 kita kata;
“apasal pelik ni? Hahaha...”,
“buang tabiat ke?... hahaha”
Paling best ada yang terus kata
“wei... ko dah giler ke?”
Bukan senang untuk membuat perubahan, memang susah, bukan kerja main2, penat, dikeji orang etc. Tetapi inilah novelty yang dimaksudkan oleh ayat di atas!
Jadi di mana kita?
No comments:
Post a Comment