04 November 2010

Menjadi Penilai 4 – Membantu

3. Kita membantu
Menilai manuskrip bukannya gelangang medan untuk menghentam orang lain. Jika kita kata mereka lemah, macam mana pula kita? Hebat sangat ke kita?

Jika terdapat kesilapan atau kelemah yang tidak menjejaskan keseluruhan manuskrip, bantulah mereka. Gunakan kelebihan ilmu kita untuk membantu mereka. Pernah dahulu ada penilai menolong saya membetulkan ayat dan menolong memberikan penerangan yang tepat data saya. Mereka juga menyenaraikan beberapa papers untuk dibaca dan menambahbaik manuskrip kita yang terdahulu.

Dalam otak kita sentiasalah mencari “apakah kelebihan paper ini?”, barulah kita ada sifat membantu. Jika awal2 lagi kita kata “aku nak hentam paper ini”, maka tertutuplah sifat membantu kita. Malah ilmu kita juga tertutup! Kenapa ilmu kita tertutup? Apabila kita ingin membantu orang lain, ada terpaksa refresh balik ilmu lama kita. Masa ini jugalah kita akan membuka balik paper atau memcari balik dalam buku mahupun google.

Walau bagaimana pun bagi manuskrip yang dikelaskan sebagai ‘tidak dapat ditolong lagi’ barulah kita bagi komen umum. Cadangkan kepada mereka penambahbaikan manuskrip tersebut. Harap2 penulis faham bahawa manuskrip ini perlu diubahsuai untuk diterbitkan di sini.

“kamu tolong saya, saya tolong kamu... ” macam mat salleh ni kata


No comments:

Post a Comment