4. Nilai dengan hikmah*
Nilailah hasil kerja orang lain dengan penuh berhikmah (bijaksana). Tidak semestinya penulis yang ada PhD atau berpangkat profesor akan bijak sentiasa. Adakalanya kelemahan atau kecacatan terjulur dengan mudah. Sebab itulah kita dinamakan manusia.
Ingatlah penulis bukannya orang bodoh, mereka ada otak. Tidak perlulah penilai kutuk orang lain (penulis) secara berlebihan. Walaupun dengan komen yang sedikit mereka akan faham banyak. Cubalah menilai dengan cara mendidik. Daripada hasil penulisan, penilai yang berpengalaman dan bijak boleh mengagak keupayaan penulis.
Tidak semua orang bijak. Penilai boleh memberi tunjuk ajar kepada yang kurang ajar. Penilai boleh menolong penulis untuk meningkatkan lagi kualiti analisis dan perbincangan. Penilai juga boleh memberikan contoh papers lain yang boleh digunakan sebagai panduan.
Ada juga penulis master (pakar) dalam membuat ‘putar-belit’. Mereka ‘menyembunyikan’ kelemahan data mereka di bawah baris2 ayat. Ayat putar-belit susah dikesan sampai kita pun keliru. Kalu kita reject nampak manuskrip ditulis dengan baik, kalu accept macam ada sesuatu yang tidak kena. Jika kita bukan dalam bidang ini, pasti kita akan terjerat dengan ayat2 putar-belit ini.
Cuba kita nilai seadanya. Fahamkan skop kajian mereka, bukannya meminta selain daripada apa yang ditulis. Sudah biasa kita jumpa orang membuat spekulasi melangit, tetapi tiada bukti. Jika mereka cuba highlight sesuatu benda penting tetapi tiada bukti barulah kita minta mereka buktikan.
Contohnya, penulis dakwa ramai orang KL suka makan roti canai ciptaannya. Penulis perlulah menyediakan data yang cukup untuk memuktikan dakwaan ini. Jika tiada, penilai perlulah meminta/komen supaya membuat servey dan statistik untuk membukti kenyataan ini. Janganlah penilai pula mengada-gada meminta penulis membuat servey penerimaan roti canainya di seluruh Malaysia. Ini kerana skop kajiannya telah dinyatakan hanya di KL.
*Hikmah
Minggu lepas Ustaz ada tafsir Surah Al Baqarah. Perkara hikmah ini diselitkan dengan bab infak (sedekah). Pada ayat 269, “Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran”.
Saya bukan ustaz, cuma menyampaikan kembali apa yang ustaz tafsir. Hikmah keupayaaan kita berfikir lebih daripada apa yang diajar oleh guru. Orang yang diberikan hikmah boleh membuat sesuatu hanya sekali berbanding dengan orang lain yang terpaksa buat beberapa kali.
Menurut Prof. Hamka dalam Tafsir Al Azhar, “hikmah lebih luas daripada ilmu, bahkan hujung daripada ilmu adalah permulaan daripada hikmah. Hikmah boleh juga diartikan mengetahui yang tersirat di belakang yag tersurat, menilik yang ghaib dari melihat yang nyata, mengetahui akan kepastian hujung kerana telah melihat pangkal”.
Hikmah ialah kurniaan Allah swt. Ia tidak boleh di jual beli. Jadi mintalah kepadaNya. Jika Allah tidak beri hari, minta lagi esok, tidak dapat esok, minta lagi lusa dan seterusnya. Walaubagaimana pun modal untuk memdapat hikmah ialah hati. Hati kena bersih. Hati kita?
No comments:
Post a Comment