5. Buat Homework
Masalah plagiarism merupakan benda yang paling besar dan paling halus dalam dunia penulisan. Ya atau tidak, secara langsung atau tidak langsung kita juga terlibat dan terbuat. Sebenarnya sebagai orang baru kita tidak tahu dan penyelia sendiri tidak pernah cerita benda2 ini. Kita juga terikut2 kaedah penulis tertentu dalam membuat kertas-jurnal. Tak apalah yang dulu biarkan yang dulu, hari ini kita buat lain.
Ada pelbagai cara mereka membuat kerja negatif ini, antaranya ialah:
i. Menipu data – paling banyak kita jumpa, tetapi susah dikesan.
ii. Copy 100% dan hanya tukar nama – ini paling teruk
iii. Salami slacing [1] – penulis membuang separuh data dalam paper terdahulu dan untuk paper terbaru penulis tambah separuh lagi data baru. Jika dilihat manuskrip hampir sama dengan paper penulis terdahulu. Perbezaan cuma penambahan data (duplication data, repacking data) dan susunan ayat2.
Adakalanya kita tidak perlu membuat homework (siasat macam CSI tu) terhadap paper daripada universiti atau pusat penyelidikan tertentu kerana kita yakin tentang intergiti mereka. Intitusi tersebut memang mempunyai garis panduan yang amat ketat. Jika berkalu sebarang jenayah akademik mereka tidak teragak2 mengambil tindakan dan terus buang kerja orang seperti ini.
Bagi mereka memcapai KPI tetap KPI, tetapi dicapai dengan terhormat.
Walaubagaimana pun bagi kes tertentu atau kes yang memerlukan kita melakukan homework.
Cuba perhatikan kepada keadaan yang wajid untuk membuat homework secara serious berdasarkan:
i. Nama tertentu – Antara yang banyak2 nama penulis kita follow, ada nama penulis tertentu yang kita sendiri tahu dia ni kaki kelentong.
ii. Kumpulan penyelidikan tertentu – kita boleh lihat penulis (atau semua penulis) daripada kumpulan tertentu membuat perkara begini untuk menaikan nama kumpulan penyelidikan mereka.
iii. Negara tertentu – dalam banyak2 keadaan papers daripada negara tertentu memang memerlukan kita melakukan homework.
Untuk membuat homework, cukuplah dengan sekadar membuka softcopy kertas-jurnal dalam PC. Bacalah secara sepintas lalu sahaja (macam drive thru saja). Tidak perlulah cetak kepada hardcopy. Melainkan kertas-jurnal tersebut sangat berguna kepada penyelidikan kita.
Kita juga boleh membuka senarai rujukan yang ditulis oleh penilai.
Tetapi biasanya penulis yang suka kelentong tidak akan senaraikan rujukan yang ditirunya. Sebab itulah jika kita sanggup terima tanggungjawap sebagi penilai kita mesti rajin sikit. Jika malas tolak sahaja jemputan tersebut.
Garisan bawah
Benda mudah tetapi perlu komitmen
Rujukan
[1] Editorial, Nature Materials, VOL 4, No. 1, JANUARY 2005
No comments:
Post a Comment