30 December 2010

Kerja Selepas PhD – Intro (Part 1)

“Jika kulitmu gatal, garulah dengan kukumu sendiri. Kerana itu bererti kau telah dapat menyelesaikan tugasmu. Jika engkau bercita-citamu, capailah citamu itu dengan penuh usaha” - Imam Syafie

Semasa interview biasiswa PhD, panel yang bijak akan tanya soalan simple. Jika dapat berikan jawapan yang hebat insya-Allah dapat advantage. Kalau jawapan biasa sahaja ala2 budak tadika, nampaknya kita tidak tahu apa yang kita mahukan. Soalannya mudah,



Kenapa nak buat PhD?



Silap hari bulan, mampu tertutup terus mulut kita. Kita ingatkan mereka nak tanya dimanakah perbezaan Wormhole Theory dengan Modern Relativity Theory? Rupanya soalan ceh pendek ini saja!

Tidak perlulah kita menjawap seperti budak2 sekolah rendah, kerana yang kita nak apply bukan untuk biasiswa UPSR, tapi biasiswa PhD! Elakkan jawapan stereotype demi bangsa dan negara. Lupakan dahulu kerana nak menyahut seruan kerajaan menambahkah bilangan PhD. Tidak perlu kata kerana ingin meningkatkan ilmu didada sebab panel2 pun sudah tahu. Panel2 pun sudah lama ada PhD.

Jawapanlah tentang anjakan pemikiran. Proses mendapatkan PhD menyebabkan pemikiran berubah kearah lebih baik. Lebih sistematik, lebih kritikal dan lain-lain lagi. Tindakan orang yang ada PhD pasti berbeza dengan orang lain.

Itulah sahaja jawapannya.

Kalau anda ada masa lagi cuba cerita kepada panel2 ‘cerita seorang ayah dan anaknya didalam keretapi/tube yang mampu mengubah paradigma orang daripada perasaan benci kepada terharu’ dalam buku ‘The 7 Habits of Highly Effective People’ oleh Stephen Covey.

Bila bercerita berkenaan anjakan pemikiran selepas dapat PhD, mari kita lihat beberapa contoh. Semasa melakukan lawatan pelajar Latihan Industri di kilang Mercedes Benz. Kami dapati bos no satu mereka mempunyai PhD. Dan apabila mengkaji kebanyakan bos kilang Jerman di Malaysia semuanya mempunyai PhD. Nampaknya mereka telah lama berubah kerarah minda kelas pertama (1st class mentality).



3 comments:

  1. Saya temuduga untuk mendapat biasiswa drp MOSTI, saya ditanya oleh pengerusi soalan ini.. soalan yg simple tp saya diam beberapa saat utk ligat berfikir menjawab soalan ini. Akhirnya, tak mahu selindung, saya jawab dgn ikhlas... saya kata "PhD adalah prestasi akademik dengan kemampuan yang paling mendalam untuk mempengaruhi kerjaya di masa depan dan peluang hidup dalam industri atau akademik. Saya buat PhD kerana saya mahu mempelajari sesuatu yang saya rasa dapat berfikiran bebas. Selain itu, saya buat PhD kerana saya dapat melakukan apa yang saya suka untuk seumur hidup kerana hanya saya & Allah sahaja yang tahu apa yang saya buat."

    Amacam tuan, OK tak jawapan saya ni?

    ReplyDelete
  2. tak sangka soalan ni MOSTI pun tanya. Jawapan bagus hampir tepat. cuma saya perlu jawapan ringkas, tidak perlu teknikal sangat. Kita tunggu siapa ada jawapan lain. nanti saya bagi jawapannya

    ReplyDelete
  3. sy buat PhD sbb sy nk jd org yg lain dri yg lain..yg dpt brfikir diluar kotak dan mampu menghasilkan sesuatu yg sgt sulit utk diperincikn...bukan kerana mengejar pangkat atau gaji yg lumayan selepas dpt PhD, tetapi ingin menjadi insan yg kamil serta mampu mendidik anak bangsa sendiri..

    ReplyDelete