26 April 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Baru, Ilmu Baru (Part 9)

Get outside every day. Miracles are waiting everywhere - Regina Brett

Kata orang jauh berjalan luas pandangan. Sama juga dengan ilmu, banyak benda baru boleh belajar di tempat baru. 

Jika dahulu kita hanya pandai dan hanya mampu membuat roti canai kuah dai sahaja, tetapi di tempat baru rupanya mereka memang expert dalam membuat kari mamak. Tetapi mereka hanya gunakan untuk makan bersama nasi sahaja. Jadi ini memberi idea baru kepada kita untuk memperbagaikan kuah untuk roti canai. Dari pada satu kuah dai, sekarang sudah ada dua jenis kuah iaitu dai dan kari. Ini bermakna kita sudah melangkah satu lagi kehadapan. Kita belajar satu lagi ilmu. Walaupun mudah bagi mereka tetapi menarik bagi kita.

Apabila dapat kerja, dengan adanya kelayakkan PhD pasti akan mendapat bilik besar, cantik dan exclusive daripada orang lain.  Tetapi kita lupa untuk belajar lagi. Setiap hari cuma datang pagi masuk bilik dan petang balik. Kita tidak lupa nak masuk makmal sendiri, jauh sekali untuk kenal makmal kawan2 yang lain. Masuk makmal pun malas macam mana nak buat research? 

Research bukan sahaja dengan mesin, beaker dan thermometer, ia juga melibatkan unsur kemanusiaan. Inilah masa sesuai untuk mencari kawan baru. Kenal staf dan kenal alatan, jika dipanjangkan umur mungkin inilah tempat untuk berulang datang setiap hari selama 25 tahun lagi!

Mana tau alat yang sudah jadi gajah putih oleh jabatan. Tiada siapa tahu pasal alat ini. Dan memang alat ini amat penting dalam kerja2 PhD dulu. Inilah masanya kita sapu buang semua habuk2 atas alat ini dan slow2 guna. Yang pasti akan ada orang lain akan berminat sama nak guna.

Belajar tidak kenal masa, dengan siapa, tempat etc. Jika ditakdirkan pembantu makmal lagi berilmu, tidak rugi satu sen pun belajar dengan mereka yang sudah lama masuk makmal.

No comments:

Post a Comment