01 May 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Baru, Anak Tiri (Part 10)

Life is too short to waste time hating anyone – Regina Brett

Biasanya jika kita berkerja di tempat baru, kita bagaikan orang asing. Tidak termasuk dalam 'inner circle' kepercayaan orang jabatan. Antara sebab2 ialah;
i. Perception keupayaan kita masih belum teruji. Mungkin kita sangat bagus atau lagi menyusahkan jabatan.
ii. Kehadiran kita cuba mengubah rutin harian jabatan. Kita push KPI menjadi tinggi, menyebabkan oramg lain terpaksa juga kena buat.
iii. Jika kita sangat bagus, kita juga akan dianak-tirikan kerana dianggap 'threat' kepada majoriti orang malas di jabatan.
iv. Jika kita sangat lemah, kita bukan sebagai anak tiri tetapi menjadi bahan kutukan dan bahan lawak semasa minum.

Jadi pilihlah di mana kita mahu!

Kesan
Tengoklah cerita P. Ramlee, sudah menjadi lumrah anak tiri akan menderita, susah dan bersendirian. Tempat, bilangan pelajar, peluang dapat geran, jumlah geran etc kita akan terjejas dengan jelas.

Akan ada banyak benda daripada jabatan tidak akan jatuh kepada kita, cuma lalu macam drive through je. Kita bagai pergi 'window shopping', nak masuk kedai pun takut inikan nak beli! Nak sentuh  pun tak boleh sebab ada cermin. Cuma boleh tengok saja. Jika dapat pun serpihan sahaja ataupun memang lebihan orang tak mahu pakai.

Tetapi tidak apa, kejayaan kita bukan bergantung kepada kaki orang tertentu. Bila susah kita akan kreatif. Nak jadi kreatif kita akan kita akan banyak berfikir dan berusaha. Jika Steve Jobs tidak keluar Harvard tiadalah revolusi dalam Apple. Bill Gate juga dtg dari jalan susah. Pernah dengar cerita saintis India, mereka tidak mampu beli oven untuk buat eksperiment. Jadi mereka beli sterika, buka dan ambil heating filament dalam untuk membuat oven.

Kata orang, dimana ada manusia di situ ada cabaran. Kejayaan bukan kepada banyak geran, jumlah geran, banyak alat atau ramai students, tetapi keupayaan kita mengurus dan menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Jika kita ditakdirkan jadi melukut ditepi gantang, jadilah. Tetapi ingat walaupun melukut, ia selalu disebut2 dan lebih popular daripada beras itu sendiri.... Hehehe

Kata tok guru jika rezeki kita susah, sila amalkan Solat Dhuha. Solat Dhuha umpama mengetuk pintu rezeki untuk mengalir kepada kita. Manakala, jika hidup kita sangat susah dengan pelbagai masalah, Solat Tahajjud pasti dapat membantu..... Insya Allah you'll find your  way!


Wallahu'alam


No comments:

Post a Comment