27 February 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Belajar (Part 5)



Selepas bertindak cemerlang semasa interview, sekarang masa untuk berkerja. Tempat kerja biasanya ada pelbagai situasi:
1. Kerja di tempat kita belajar
2. Kerja tempat baru

Untuk entry ini baik kita tengok suasana tempat sendiri. Tempat yang kita pernah belajar hampir 10 tahun (asasi 2 tahun, undergrad 4 tahun, phd 3 tahun, +- 1 tahun). Adakah ia mendamaikan atau tempat cepat jadi tua?

Senang di bumi sendiri
Jika diberi pilihan memang kita sangat2 teringin berkerja tempat kita belajar dahulu. Di sinilah tempat kita bermain. Disinilah suka duka silih berganti. Kita amat expert tentang tempat ni. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku nak kerja.

Semasa belajar, sangat teringin untuk menjadi seperti idola depan mata. Dalam hati selalu kata ‘aku nak jadi macam dia ni’ atau ‘nanti aku nak berkerja dengan kumpulan penyelidikan ini’. Kita nak ikut prof ini bekerja. Kalau boleh kita nak tahu dia makan apa sampai jadi sangat bijak nih!

Untuk bergerak di makmal, tiada masalah. Kita sudah jadi ‘member’ dengan pakcik jaga mesin XRD, kita pernah melawat abang yang jaga mesin SEM kerana terseliuh kaki ketika main bola (walaupun sakitnya tidak seberapa). Malah kita sempat belanja teh tarik ketua jabatan kerana dia makan sorang2 (sebab semua kawan2nya bercuti). Kita juga pernah jadi sparing patner main tenis pada pagi ahad dengan ketua jabatan lain. Jadi, kita bukanlah orang asing di jabatan mahupun di kampus.

Manakala di luar kampus kita sudah biasa dengan tempat tinggal yang sedia ada. Sudah malas untuk memindah barang (walaupun barang tidaklah sebanyak mana!). Malah mamak tidak perlu minta order makanan, sebab dia sudah tahu apa yang kita selalu makan.

Itulah hebatnya kita di bumi sendiri. 

24 February 2011

Progress Report: Kualiti Penulisan

(email kepada pelajar FYP dan postgrad)

Asm dan salam sejahtera,
Saya telah tengok qualiti penulisan PR anda semua sudah banyak improved, congrat to all.

Disebabkan kita makluk bernama MANUSIA, kesilapan semestinya ada dimana2. Jika tiada yang besar, kesilapan kecil mesti hadir bersama.

Jika kita masih lagi ada masalah menulis PR dengan baik, cuba minta bantuan daripada kawan2 lab yang lain. Kita minta mereka check jika ada kesilapan dan jika ada ruang lagi untuk improve. Tidak perlu malu dalam belajar. Tiada word siapa SANGAT bijak dalam belajar. 

Bagi kawan2 yang tolong check PR, cubalah ada positive thinking (bukan terus nampak yang negative). Ambillah peluang ini untuk belajar jadi ‘critical thinking’  reviewer. Mana tau suatu hari nanti dihari yang gemilang kita akan dijemput menjadi reviewer journal terhebat dunia!

Kita ada masa panjang (sebulan) untuk menulis PR (jika di tempat lain pelajar mesti buat seminggu sekali!), jadi buatlah yang terbaik.

Memang tidak terhambat untuk kita menulis kepada jurnal IF>3.000, jika PR pun masih lagi low quality. Berusahalah!

-aam-

20 February 2011

Kerja Selepas PhD – Interview (Part 4)

Sebelum dapat kerja di sesuatu tempat, perkara pertama kena buat ialah interview. Interview tanpa ‘kabel’ susah sedikit kerana soalan2 ditanya memang tujuanya untuk mematikan hujah kita. Tetapi cuba tanya diri sendiri, dimana intergriti kita jika dapat kerja kerana ‘kabel panjang’?

Kita bukan nak bincang di sini berkenaan nak pakai apa semasa interview, rambut mesti belah tengah atau belah tepi? Perlu pakai kot atau hanya tie warna merah? Biarlah pakar perunding imej jawap soalan ini. Kita cuma nak bincang tentang soalan proses2 scanning X-ray oleh panel2 untuk melihat apa yang tertanam dalam otak dan apa semangat yang tersemai dalam hati kita.

Antara banyak2 soalan yang ditanya, mungkin soalan ini bagus untuk dinilai (untuk orang yang terlibat dalam pendidikan),

‘kenapa awak nak kerja di sini?’

Untuk menjawap soalan mudah sahaja. Tetapi silap jawap, makan tuan! Sebab sememangnya panel2 memasang perangkap untuk kita!

Jika kita jawap,
‘saya datang nak mengajar di sini’

hahaha... sah dah kena perangkap. Mesti secara serta-merta panel akan sambung soalan membunuh,
‘awak ingat ada phd dah boleh mengajar disini?’
‘hebat sangat ke awak nak mengajar di sini?’
‘dah cukup ke ilmu nak ajar orang lain?’
dan banyak lagi soalan bertali arus menyebabkan kita panic.

Kita jadi kelu, ‘Salah ke jawapan ini?’. Sebelum jawap soalan ini, cuba tengok jawapan yang betul untuk soalan ringkas ni.

‘saya datang untuk belajar mengajar’

Mungkin inilah jawapan yang mereka mahukan. Walaupun kita sudah ada PhD, sudah 4 tahun pengalaman kerja di industri, kita tetap RENDAH DIRI bahawa kita masih perlu belajar untuk untuk mengajar orang lain. Dan dalam belajar pun kita tetap kerja.

Pernah semasa Syeikh Idris Al-Marbawi diminta memberi ucapan, dia hanya kata ‘saya tiada ilmu’, sedangkan dia pengarang kitab Bahrul Mazi (22 volume)!


09 February 2011

Kerja Selepas PhD – Alasan2 Kerja (Part 3)

“Life would be wonderful if you could work in an office without worrying about people and what they’re up to. But everyone has a network of relationships throughout the organisation, and if you don’t handle them carefully, you could be heading for an office nightmare” -  Deal with difficult people, A&C Black, London 2010.


Semasa interview pelbagai alasan2 kita bagi kepada panel2 bahawa kita memang mampu buat kerja. Semua kerja boleh buat. Itu boleh buat, ini boleh lakukan. Kita bagaikan menunggu arahan kerja sahaja.

Tetapi selepas dapat kerja, kenapa kita cari alasan2 untuk tidak mahu buat kerja?