27 March 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Baru, Hijrah (Part 7)

Konsep hijrah sangat bagus untuk katak keluar dari tempurung kelemahan persepsi sendiri. Cubalah lihat dunia luas di sana. Cabaran pasti berbeza, semangat selalu diuji, kebijaksanaan ditagih dan tuah sentiasa didoakan. Kautlah ilmu di sepanjang jalan. Jadikan ia sebagai kekuatan untuk menerobos kepejatan masa. Lipat sahaja kesilapan lalu untuk membungkus keegoan dan kebodohan diri.

Pernah kita dengar cerita seorang lelaki sudah membunuh 99 orang. Apabila dia ingin bertaubat atas segala kesilapannya, dia berjumpa dengan seseorang untuk memdapat nasihat. Tetapi orang tersebut tidak pernah belajar psikologi penasihatan. Tidak pernah baca Seeing Good in All (apa yang dia nampak semua negatif), maka silaplah dalam memberi nasihat. Hinggalah penasihat itu menjadi mangsa pembunuhan yang ke-100. Kemudian lelaki tersebut berjumpa seorang alim untuk mendapat nasihat, antara nasihatnya ialah;
“engkau pergilah berhijrah, mencari tempat baru dengan harapan segala kesilapan masa lalu ditutup dan tidak diketahui oleh sahabat2 yang baru. Ini akan membuat kamu tenang dalam kehidupan baru”. 

19 March 2011

EBB337: Advanced Materials - Titanium alloy implants by Powder Injection Moulding technique

On March 18th 2011, the School of Materials and Mineral Resources Engineering, USM has invited Dr. Rosdi Ibrahim from SIRIM Berhad to give a talk on his project, “Titanium alloy implants by Powder Injection Moulding technique”. Dr. Rosdi has more than 15 years of experience in the powder metallurgy field, and produced more than 50 technical papers to date.



13 March 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Baru, Intro (Part 6)

Susah Di Bumi Sendiri
Bagi yang gagal (atau kena belasah) semasa interview, inilah saat paling mendukacitakan. Kita ingatkan kerdipan sinar harapan sudah sangat hampir, rupanya ranjau sepanjang jalan masih belum habis. Ingatkan inilah masa untuk membalas kembali jasa ibubapa yang telah berkorban seribu musim untuk kita merangkak hingga saat ini. Dimimpikan sedikit masa lagi kita akan tebus balik 2 relong tanah mak ayah yang tergadai kepada DO (untuk membiayai pengajian kita). Tetapi gaji pertama kita masih belum tahu dari majikan mana, masih lagi samar2.

Buka mata
Banyak2 cerita boleh kongsi berkenaan interview dan kerja, terutamanya untuk bekerja di tempat sama. Cerita paling best ialah cerita brother Raihan (sekarang Dr.). Katanya;
“sebenarnya tidak bagus bekerja tempat sama (tempat kita belajar)”
“aku ada seorang kawan di universiti U’X’M, lepas Phd dia dapat jadi lecturer tempat sama. Mula2 happy lah. Kemudian ko tau?..... dia jadi kuli supervisornya sampai supervisor pencen, walaupun dia sudah sama level dengan supervisor lamanya”.

Opps... apabila cerita ini diceritakan, kita memang tidak percaya sangat. Sebab kita sendiri pun tidak pernah kerja lagi. Cuma kata orang terubat sedikit marah kita sebab kena belasah semasa interview.

Tetapi sekarang kita sangat faham hakikat cerita ini. Tidak percaya cubalah tengok sekeliling kita, (minta maaf bukan nak mengata) ramai kawan2 kita terseksa bekerja dengan supervisor lama. Tidak berani untuk ‘melangkah lebih’ atau ‘dahului’ daripada supervisor. Semua arahan supervisor bagaikan arahah General tentera, mesti buat!

Cerita mungkin sama apabila bekerja syarikat keluarga. Berkerja dengan mak-ayah, beradik-beradik, ipar, pakci-makcik etc. Ada banyak kebaikannya tetapi keburukkan juga banyak.

Apabila idea dipenjarakan, usaha disekat, maka inovasi tidak akan terjadi. Kita takut untuk berubah. Kita bukan risk taker. Semua lemah. Jika kejayaan datang pun hanya seorang diraikan, jika kegagalan?.... pasti kitalah pesalahnya!