31 October 2011

Tukar MSc ke PhD 2 - Alasan Bakat Kepakaran

cuba teka mana jantan? mana betina?

Orang tua kata, "Sekilas ikan di air, telah ku tahu mana jantan atau pondan betina".

Itu juga yang kita harapkan komen dari penyelia (dan kata examiner semasa viva conversion nanti). Mereka boleh kesan kepakaran kita walaupun hanya jelingan hujung mata atau dengar dengan satu telinga.

Tanpa perlu kita cakap banyak, secara automatik mereka akan kata,"budak ni faham apa yang dia buat".

Jika pelajar lain masih keliru dengan expected results. Kita bukan hanya mampu menguasai analisis data2 fizikal tetapi mampu melihat secara microscopic dan teori.

Jika ditanya pun, kita bukan sahaja boleh jawap apa yang telah dibuat, tetapi apa yang akan dilakukan pada keadaan berbeza. Ini menunjukkan kita memang boleh 'menjiwai' task yang diberikan oleh penyelia. Malah lebih baik daripada itu.

Mungkin kita tidak faham apa itu 'thinking out of the box', tapi secara tidak langsung kitalah itu. Walaupun kita pelajar engineering, tapi kita mampu kaitkan keputusan terkini dengan menjenguk jabatan chemistry dan physics.

Kata ahli falsafah, "setinggi mana ilmu kejuruteraan, pasti akan kembali kepada asas2 sains".

22 October 2011

Tukar MSc ke PhD 2 - Alasan Special One

Banyak sebab mahupun dakwaan yang membolehkan kita convert. Ada yang boleh diterima pakai dan selebihnya adalah mitos. Cuba menguji adakah sabut atau batu akan timbul.


1. Special one
Sebelum apply conversion cuba tanya diri sendiri,
"kenapa dalam seramai 300 orang students MSc di jabatan, kenapa aku seorang boleh convert?"

Untuk jawap soalan ini mungkin senang atau sangat susah. Mungkin kita boleh pinjam jawapan dari Jose Mourhino (pengurus Real Madrid), katanya,
"I'm the special one.....".

Kita pun setuju dia memang 'special one'. Dia terbukti menang banyak kejohanan walaupun dengan kelab2 berbeza.

Sama juga kesnya dengan kita. Kita sangat special dalam banyak keupayaan. Kita boleh bermain dalam pelbagai posisi.

Siapa tahu kita sangat special?

Mungkin kita sendiri boleh ambil baju dan ukur pada badan sendiri. Tetapi orang yang paling arif ialah supervisor kita sendiri. Supervisor ada pelbagai jenis alat penimbang, berlainan color tali pengukur dan dah banyak kali buat kerja2 mengukur.

11 October 2011

Tukar MSc ke PhD 1 - Apa conversion?

conversion
Selain daripada perkataan penerbitan, persidangan, tesis etc....., satu lagi perkataan popular dikalangan pelajar postgrad ialah convert (pertukaran). Pertukaran dari MSc ke PhD.

Paling mudah kata, tak perlu buat MSc tetapi terus buat PhD atau sekurang2nya buat MSc sekejap sahaja kemudian diakhiri dengan PhD.

Jadi, dalam hidup kita cuma ada BSc dan PhD sahaja (bukanyanya BSc, MSc dan PhD). Dalam hukum bilangan certificate ini, lagi kurang certerficate lagi bisa (bijak) lah orang itu! Bisa macam mana ?... entahlah, kita sendiri perhatikan.

Ada professor cuma ada BSc, tidak perlu pun ada PhD sebab dia dah bisa. Dulu dia pun susah nak cari penyelia PhD sebab tiada penyelia lebih bisa daripada dia. Sampai sekarang tidak jumpa!


Untuk tidak perlu ada MSc ini ada pelbagai kaedah;

1. Terus dapat offer buat PhD
Disebabkan 1st Degree kita ialah 1st class (atau seangkatan dengannya), pihak IPS terus offer PhD.

Syarat2 offer mungkin berbeza sedikit bagi universiti tertentu. Ada kala IPS memerlukan recommendation dari bakal penyelia.

Kita mestilah graduan dari universiti terbaik yang diiktiraf oleh IPS. Jika kita graduan 1st class dari University of Berundi, matilah orang tidak percaya (silap2 IPS suruh buat 1st degree semula!...hehe).

2. Buat MSc dulu kemudian tukar ke PhD
Bagi yang tidak berapa cemerlang (hampeh) semasa 1st degree, peluang kita untuk jadi bisa tidak pernah ditutup. Cukuplah bodoh untuk sekali saja dan bukannya untuk selama2nya.

Katakan untuk apply MSc pun kena buat surat rayuan, tetapi telah sedar bahawa Facebook tu memang membuang masa dan kita usaha sungguh2 semasa peringkat awal MSc.

Hinggalah penyelia kata,
"aku ingatkan ko hampeh.... tapi otak bergeliga, macam aku jugak... Hehehe".
"ok, macam ni..... errrrr.. kalau registeration MSc ko masih lagi kurang 1.5 tahun.... Ko pergi tulis surat kepada Ketua Jabatan, minta buat conversion!".


Note: tempoh min conversion bergantung kepada jabatan2 masing, i.e. <1 thn atau <1.5 thn.

07 October 2011

Jawap Penilai 4 - Last

Kebanyakan apabila kita telah jawap revision pertama (#R1), editor akan membuat keputusan terima atau tolak manuskrip tersebut. Jika editor tengok komen terlalu tinggi dan diluar bidangnya, editor akan kembalikan jawapan ini kepada reviewer. Bergantunglah kepada reviewer untuk terima atau tidak.

Jika reviewer masih tidak puas hati, proses review ini bertali arus hingga #R2, atau sampai #R3 etc. So terpaksalah kita layan semua komen2 ini. Tetapi makin banyak komen, peluang untuk diterima akan sukar.

Kes tertentu
Ini yang terjadi kepada sahabat kita. Setelah membuat semua corrections yang diminta, maka dia resubmit balik. Kemudian editor email ‘Interim decision’ kata 'accepted'.

Kita pun happy setelah paper di'accepted'. Dibuat jamuan satu kampung. Tumbang seekor lembu.

Tetapi setelah seminggu, datang email dari editor dengan diattachnya “comments baru". Comments ini lain daripada comments yang telah dijawap. Manakala responce reviewer ini adalah negatif. Walaupun email sebelum ini kata accepted, editor tidak segan-silu menyatakan mengubah kata "Rejected!!".

Ini sangat luar biasa. Ingatkan bulan jatuh di riba, rupanya dihempap atap rumah. Sahabat kita kata,
"editor memang bias dengan author kecik macam kita (kecil bersaiz nano). Dengan senang sahaja mereka menolak decision terdahulu (yang dia juga buat)".

Sebenarnya comments ini ialah comments daipada Reviewer ke-2 yang baru tiba kepada editor.

Apalagi, kecewalah semua orang. Masing2 harap awan mendung akan berlalu. Pergi jauh2 dari kumpulan penyelidikan ini, tetapi hujan ribut datang ketika meraikan keceriaan!

Tip
Untuk comfirm mana2 manuskrip diterima (benar2 diterima). Tunggu sampai dapat Digital Object Identifier (DOI) dan proof dulu, barulah kita buat majlis kesyukuran... tumbang unta pun ok!!

06 October 2011

Jawap Penilai 3 - Jawab satu satu



Cuba jawab setiap soalan yang ditanya. Jangan cuba mengelak. Kita mengelak sebab soalan yang ditanya memang kena tepat ke sasaran!

Jika mengelak pastinya dapat komen kedua yang pastinya panas ... dan kemungkinan besar akan reject!
“... previously I asked about EIS results in Figure 4, however in this corrected manuscript previous Figure 4 is deleted and there is no explanation. The authors shouldn't avoid answering my questions. This is very import to justify other results.”

Tidak semua yang dicadangkan kita terima dan setuju. Jika yakin statement kita betul sila 'lawan balik' dengan rujukan dari jurnal terbaik.

Format untuk menjawap penilai ada banyak. Bergantunglah kepada keadaan soalan yang ditanya dan keselesaan kita bila menjawap. Paling popular ialah:

Menggunakan table
- masalah utama ialah page terlalu panjang kerana ayat2 memanjang ke bawah untuk memenuhi ruang.

Contoh:

No
Question
Answer
1.
Question.................................
Answer...................................











2. Paling mudah
Jawap guna baris2. Jawap soalan demi soalan bermula dengan Reviewer #1, Reviewer #2, Reviewer #3 etc. Ini memudahkan kerja dengan memendekkan pages.

Contoh:

Reviewer #1:
1. Figure 5. COMMENT: The discharge curves are very noisy, especially at higher concentration? What is the reason for this? I think previous investigation showed much smoother discharge curves. Please explain.
ANOTHER COMMENT: Figure 4 shows that all zinc dissapears when 0.6 M KOH was added. But Fig. 5 shows that there is still a lot of zinc (at least 50%), otherwise there should be no capacity. Please explain!
Response: We regret that we had overlooked this discharge behavior. It may be remarked here that the discharge curve is quite noisy, in contrast to our earlier study on Zn plates [1], which showed a much smoother curve. The present sample was a porous Zn powder. The inter-granular diffusion reaction of the electrolyte is expected to fluctuate and show a small variation because of the inhomogeneous granularity.

Meanwhile, in the paper by Othman [2], the contact was only between the surfaces of the electrode-agar layer during drying hours. They used thin KOH-treated agar as a surface layer to improve the contact between the electrode/electrolyte. Then, the curve showed a smoother curve as compared to our results. Since our agar + KOH binder was in direct contact with all of the Zn particles (not only the Zn at the surface layer), the formation of a surface oxide layer contributed to these noisy curves.

When 0.6 M KOH is added, the XRD (Fig. 4) shows that almost all of the Zn disappeared. However, the same mixture still seems to have some Zn and still showed significant capacity, see Fig. 5. This apparently is a self-contradictory finding. A possible reason for this result is the manner in which the XRD was recorded. The top surface of the dissolving Zn is converted into ZnO, which is why Fig. 4 shows ZnO-related peaks. The minor surface may still be Zn (not proved effectively by XRD, to make sure this measurement was repeated many times) in a wide-angle geometry.

We added new SEM results that were done to support the XRD observation (Fig. 4). The cross-section of the Zn particle showed some remaining pure Zn for 0.6 M KOH binder. Such remaining Zn can still provide capacity once its contacting alkali etches or makes holes in the top ZnO layer that encapsulates its grain.     

The explanations have been added in the revised manuscript and are colored in red on Page 7, Para 3 and Page 8, Para 1.

[1] A.A. Mohamad, Journal of Power Sources 159 (2006) 752-757.
[2] R. Othman, A.H. Yahaya, A.K. Arof, J. Appl. Electrochem. 32 (2002) 1347-1353.

Reviewer #2:
1. p. 4, last paragraph: »The increase of conductivity contributed to the increase of the charge carrier movement.« COMMENT: This is uclear, please rephrase (what is meant by movement? I think this effect is not related to mobility but to the concentration of free carriers)
Response: Yes, we agree with the reviewer. The explanation should focus on the concentration of free carriers. The increase in the conductivity contributed to the increase in the charge of the free carriers. The modifications have been added to the revised manuscript and are highlighted in red on Page 5, Para 1.

Setelah jawap buat format jawap soalan, jangan lupa edit pada manuscript utama. Gunakan color merah pada correction i.e. Font dan Figure yang dibuat.


02 October 2011

Jawap Penilai 2 - Yang ni kena jawab

Tidak semua apa yang kita buat adalah sempurna. Mungkin hanya dengan ehsan sesetengah editor kerja kita mampu diterima.

Bagi editor jurnal tertentu mereka sentiasa memberi peluang kedua walaupun penilai2 kata ‘major revision’.

 “I am pleased to inform you that your manuscript has received a positive review. Unfortunately, the manuscript is not acceptable for publication in the Journal XYZ in its present form. However, the reviewers have suggested major revisions which may render the work suitable for publication.

If you are willing and able to respond to each of the reviewers' critical comments, we would consider a revised manuscript. Please submit within the next four weeks a separate list of changes and/or rebuttal comments reflecting each of the issues raised by the reviewers.”

In addition, please highlight or underline the changes made within the revised article file. A courtesy e-mail may be sent to you as the four weeks approach to remind you of the deadline. It may be necessary to send your manuscript for another review depending on your response to the reviewers' comments and the changes that you make. Feel free to go to the URL below to login and then submit the revised manuscript, including figures. 

Sini kita boleh lihat editor minta kita jawap satu per satu (to respond to each of the reviewers' critical comments).

So tugas kita selepas ini ialah:
1. Fikir rangka jawapan (tak perlu tulis lagi) tentang kemungkinan jawapannya.

2. Cuba imbas (igatkan kembali) mana2 jurnal yang boleh digunakan utk menjawap soalan2 tersebut. Banyak membaca banyak ingat!.
".... rasanya aku pernah jumpa jurnal bincang benda ni..."

3. Jika kita tidak juga mampu menjawap soalan tersebut, cuba berbincang dengan kawan2 atau cuba emailkan soalan kepada kenalan peer anda.

Yang tinggal sekarang ialah menulis format jawapan.

(first entry using ipad2... very good device for blogger)