23 July 2010

Kenapa Penerbitan? Part 5 - Kenaikan pangkat

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ramai orang yang kusut masai lagi berdebu serta berpakaian compang-camping dan tidak ada perhatian orang lain padanya, tetapi apabila ia bersumpah atas nama Allah, pasti sumpah itu dilaksanakan” (Riwayat oleh Thabrani)

Apabila kita sentuh bab penerbitan, isu naik pangkat pasti akan datang bersama. Ini terjadi kerana elemen-elemen penerbitan dan sekutu dengannya merupakan elemen pertama yang dikira untuk kenaikan pangkat. Tak kisahlah untuk pengesahan jawatan Pensyarah, Pensyarah Kanan, Profesor Madya atau Profesor penuh. Dengan kata mudah, siapa banyak penerbitan cepatlah dapat profesor!

Permulaan Kerjaya

Tahukah kita bahawa untuk mengisi borang jawatan profesor semua penerbitan akan diambil kira. Jika semasa tadika pun kita ada penerbitan juga, pasti akan dikira! Walaupun pihak JK Kenaikan Pangkat kata hanya selepas berhidmat di universiti. Tetapi hakikatnya apa yang ada kita masukkan dalam borang. Sebab itulah kita selalu pesan kepada pelajar, kerjaya (career) mereka bukannya bermula pada hari pertama mereka melapor diri di universiti, tetapi apabila mereka mula menulis!

Untuk menambah penerbitan dan mencantikkan CV, pelbagai cara kita jumpa di Jabatan. Ada yang cuba tumpang2 kertas-jurnal pensyarah lain. Sedangkan sumbangan sendiri tidak seberapa, malah tiada langsung. Dimarah pensyarah baru kerana tidak meletakkan namanya. Terpaksalah pensyarah baru letak namanya, takut tidak disahkan jawatan kemudian hari atau akan disisih dari arus perdana jabatan. Paling teruk sekali ada yang mengambil data2 orang lain, kemudian terbit kerja-jurnal.... apabila tuannya dapat tahu, dengan tanpa segan malu dia kata

“Aku ingat ko tak nak publish... so aku hantar la...”

Ada juga manusia macam ini. Lambat laun kita juga akan jumpa orang macam ini ataupun kita juga jadi macam ini?

Di jabatan, ada juga dikalangan profesor yang berhati mulia menolong pensyarah lain naik pangkat bersama. Pasti ada dikalangan pensyarah tidak mempunya ‘core’ penyelidikan. Mereka bagaikan tidak tahu apa yang patut dibuat, walaupun sudah 7 tahun tetapi masih lagi pensyarah biasa. Jadi profesor tadi akan ‘menarik’ pensyarah ini kedalam kumpulan penyelidikannya. Dikenal pasti bahagian mana yang boleh disumbangankan. Apabila bahagian tertentu dikenal pasti, mula lantik dia sebagai penyelia bersama dan seterusnya membuat penerbitan bersama.

Isi Borang

Dalam perjawatan awam khususnya kategori pensyarah, kenaikan pangkat mestilah dipohon. Perubahan gred gaji tidak datang melompat begitu saja. Memohonlah jika kita rasa kita 'benar2' layak. Apabila kita mencapai tahap 'profess' dalam bidang kita. Tidak perlu terikut2 orang lain, hampas pun takda, siang-malam memikirkan mencukupkan elemen2 pengisian tempat kosong borang naik pangkat. Kerja-kerja yang tidak memberi markah naik pangkat, akan ditinggalkan.

Jika kita bandingkan dengan profesor-profesor yang kita tengok CVnya dalam internet, dengar dan jumpa semasa persidangan, sumbangan mereka kepada ilmu amat ketara. Walaupun terkenal dengan penyelidikan hebat, sumbangan terhadap pelajar undergrad tetap tidak dilupakan. Boleh dikatakan setiap 3-5 tahun ada sahaja buku dihasilkan. Malah buku2 ini amat sesuai untuk dijadikan text dalam kelas peringkat sarjana muda. Buku dihasilkan amat bermakna kerana ditulis oleh ‘orang betul-betul faham’ ataupun orang yang dah lama ‘makan garam’ tentang bidang tersebut.

Ya, siapa tidak mahu jadi profesor, gaji besar (profesor kanan = RM20k-30k sebulan). Walaupun kita kelentong sana sini orang tetap dengar. Orang kampung tengok lagi terpegun... bila profesor balik kampung naik Mercedes!

‘Fuyoo... dulu tangkap puyu sepat dalam sawah dengan aku, sekarang profesor .... hebat... hebat.... kawan aku nih’

Itulah sebab semua orang berebut hendak dapat cepat. Rata-rata sasarkan sebelum umur 40 mesti Profesor C (VK7). Paling hebat masing-masing cuba memecah rekod universiti, dapat profesor paling muda. Kalau dapat profesor awal, maknanya sempatlah makan gaji Profesor Turus lama sedikit. Biasanya Profesor Turus dapat dekat2 dua tiga hari lagi nak pencen.

Sasaran Terbabas

Jika permohonan untuk pangkat profesor ditolak, pasti kita merasa kecewa. Sangat kecewa sebab sasaran utama telah terbabas. Mulalah kita datang kerja lewat, selalu ponteng mesyuarat, semua kerja pentadbiran dielak, selalu menghilang dan kerja hakiki (berkaitan dengan pelajar sarjana muda) dibuat gitu2 sahaja.

Perasaan kecewa juga dilahirkan dengan mengutuk tempat kerja sendiri. Setiap hari ada sahaja benda tidak betul tentang tempat kerja. Sebaliknya semua kerja pejabat dibuatnya tidak tahu. Email tidak dibuka, jauh sekali reply. Soalan peperiksaan sentiasa siap selepas vetting. Markah kerja khusus dan peperiksaan terpaksa Ketua Jabatan minta beberapa kali. Tetapi bila gaji kita lewat sehari... kita bising satu pejabat!

Paling kesian ialah pelajar pasca-siswazah dibawah selian kita. Mereka bagaikan anak ayam kehilangan ibu, tidak tahu di mana hendak mengadu. Terkejar sana sini, mencari sesiapa boleh bantu. Datang untuk belajar, tetapi terpaksa survive sendiri, 100% sendiri! Penyelidikan macam tiada arah tujuan. Data pelajar PhD tiada beza dengan tesis budak FYP. Sentiasa susah jika ingin membuat temujanji. Pintu bilik penyelia sentiasa tertutup. Notis atas pintu, kekal di situ walaupun sebulan pelajar telah letak di situ. SMS tidak pernah dibalas, no hp selalu bertukar... bagaikan lari daripada Along. Jika semak tesis FYP dan MSc/PhD dibaca bagaikan guna sebelah mata.

Siapalah kita

Jadi ... biarlah tujuan penerbitan bukan untuk naik pangkat. Kita letak pada numbor terakhir dalam senarai sasaran kita. Kita buat dulu kerja-kerja kita sebagai pensyarah atau lebih baik lagi sebagai pendidik. Didiklah pelajar supaya menjadi macam kita atau lebih baik daripada kita. Semoga dengan tunjuk ajar kita, mereka akan berjaya walaupun kerjaya mereka selepas itu bukan dalam bidang akademik.

Biarlah dalam keseronakan kita menulis kertas jurnal, kerja hakiki sebagai pensyarah tidak terabai. Kita anggapkan naik pangkat ialah bonus. Jika semua kerja-kerja dibuat dan KPI tercapai, insya-Allah akan diberi bonus. Tiada bonus pun tidak mengapa. Kita tetap bersyukur kerana gaji pada 24th setiap bulan adalah betul-betul hasil titik peluh kita. Semoga halal dan berkat.

Mungkin Allah swt telah memberikan ‘kenaikan pangkat’ dalam bentuk lain, dengan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan dalam kekalutan keluarga, masa terluang yang banyak walaupun sibuk, harta bertambah hanya dengan sedikit usaha dan selalu bernasib baik walaupun setapak terselamat dari malapetaka... inilah yang paling baik dari naik pangkat?

Garisan bawah

Ku bukan seorang jutawan yang sebagaimana engkau inginkan, ataupun seorang cendekiawan yang dapat mendidik seribu insan (alleycats).....


14 July 2010

Kenapa Penerbitan? Part 4 - Bertambah Ilmu



Kenapa tesis pelajar lebih baik dari tesis penyelianya sendiri? Kenapa citation kertas-jurnal yang dihasilkan oleh penyelia semasa PhD (jika ada) semakin hari semakin dikejar oleh pelajarnya sendiri?

Oklah kita tanya, kita juga kena jawap ... mestilah kerana pertambahan ilmu. Ilmu hari ini bertambah dari semalam dan semalam lebik baik dari hari sebelumnya. Dulu penyelia baru ada sedikit ilmu (separuh dapat daripada penyelianya dan separuh lagi daripada usahanya sendiri). Setelah kita menjadi penyelia, ilmu ini pula dibahagikan kepada pelajar kita, jika pelajar nak lebih ... kenalah usaha sendiri!

Penyelia sepatutnya bukan sahaja pandai mengarah pelajarnya berusaha, tetapi penyelia sendiri pun mesti sentiasa mengatasi pelajarnya sendiri. Jangan jadi penyelia yang hilang respect dari mata pelajarnya sendiri. Contoh penyelia diperbodohkan oleh pelajar sendiri, apabila pelajar bagi draft, tiada satu pun komen daripada penyelia (sebab penyelia tak tau nak komen)!

Untuk mengelakkan benda ini berlaku, kita sebagai penyelia mesti sentiasa sibuk dengan kelas, kerja pentabiran etc. Jadi cara terbaik untuk jadi yang terbaik ialah hadkan bidang penyelidikan. Cuba fokus selebih2nya tiga bidang utama. Tidak perlulah semua benda 'from land, sea to space' nak buat (details we will discusse in next entry). Bagi pelajar pula, janganlah semua mesin di makmal ingin diuji. Biarpun guna satu alat tetapi semua tau!

Pengalaman yang bergerak walaupun sikit2, pasti dapat membantu. Semua pengalaman dan ilmu terkini akan dicurahkan kepada pelajarnya secara iklas dan jujur akan meningkatkan kualiti kertas-jurnal pelajar. Ada kalanya kita sendiri tidak sedar bahawa pelajar ini dulunya merangkak, tapi kini cuba mengejar penyelianya sendiri ... maknanya kita sudah berjaya.

Buka buku SPM

Kesibukan kerja2 harian menyebabkan kita banyak lupa atau tidak sempat revise ilmu asas dalam bidang kita. Mujurlah dengan dorongan (atau paksaan) menulis kertas-jurnal jurnal dan menjawap soalan2 killer daripada penilai kita terpaksa membaca buku asas.

Kadangkala kita terpaksa buka buku SPM yang telah dilupakan. Ataupun masa inilah kita mencari balik buku tahun satu, yang pernah kita belajar dan mengajar. Dalam kita membelek mencari jawapan, mungkin secara tidak langsung terjumpa ilmu yang lain.

Dari jurnal ke nota kuliah

Antara kebaikan pensyarah membuat penyelidikan dan mengajar dalam bidang sama ialah serapang dua mata. Baca satu kertas-jurnal, tetapi boleh manafaat dua tempat. Satu untuk pelajar pastgrad dan satu lagi untuk undergrad.

Dalam banyak2 kertas-jurnal yang dibaca dan dianalisis mesti ada sebahagiannya menyentuh atau mengimbas kembali konsep asas sesuatu bahan atau device. Konsep asas ini biasanya letakkan pada bahagian Introduction.

Manakala kertas-jurnal Review banyak konsep asas akan ditulis sekali lagi di permulaan. Sebab itulah kertas-jurnal Review perlu dibaca dahulu oleh pelajar untuk melihat gambaran kasar fokus penyelidikan mereka.

Konsep asas ini amat berkualiti dan kadangkala ditulis dengan senang untuk difahami. Boleh dikatakan konsep asas ini lagi baik daripada buku2 kerana ia telah dinilai oleh ramai penilai. Jadi ia boleh di masuk dalam nota kuliah untuk pelajar undergrad. Setidak2nya ia digunakan sebagai case study. Barulah nota kita berlainan setiap tahun. Ataupun boleh mengelak recycle soalan past year!

Garisan bawah

Siapa yang bertambah ilmu, pelajar atau penyelia?

09 July 2010

Kenapa Penerbitan? – Part 3 - Perkongsian Ilmu

Sayyidina Ali ra berkata ''Harta akan semakin berkurang ketika dibelanjakan sementara ilmu semakin bertambah saat diberikan kepada orang lain”

Kenapa kita boleh buat dan menyiapkan tesis? Tidak lain tidak bukan kerana adanya jurnal orang terdahulu. Tanpa jurnal mungkin kita terkial2 mencari hala tuju penyelidikan. Panduan daripada beberapa kertas-jurnal dapat memberikan idea memulakan kerja-kerja penyelidikan. Lebih menarik lagi kertas-jurnal lama yang ditulis sekitar 70an sangat penting kerana mereka menulis kerja-kerja makmal berasakan konsep asas dan mesin peralatan yang biasa.

Kita bukannya membuat penyelidikan yang komplek untuk jurnal Nature atau Science. Boleh dikatakan kerja penyelidikan kita ada persamaan (cuma tukar bahan baru) dengan kerja kertas-jurnal yang telah ditulis. Selepas siap eksperimen mesti timbul persoalan2 berkenaan data kita. Kadang kala memecah kepala. Data kita berbeza dengan orang lain. Setiap soalan yang timbul biasanya sudah ada orang jawap. Cuma kita belum jumpa atau memang kita malas mencari jawapan dalam kertas-jurnal berkaitan.

Mungkin kita pernah jumpa orang yang sangat cintakan ilmu. Mereka tidak mementing habuan daripada penyelidikannya. Tidak pernah terlintas menulis untuk royalti. Dia cuma ingin berkongsi ilmu. Masakan tidak, siang-malam duduk dalam makmal dan berfikir mencari jawapan yang komplek.

Itu belum lagi mendengar ulamak dahulu, biarpun tidak bergaji macam profesor, 3.00 pagi sudah bangun. Selepas solat subuh terus mengajar. Berterusan mengajar hingga lewat malam. Jika berhenti cuma untuk solat atau makan. Walaupun sibuk mengajar, buku/kitab tetap ditulis bertimbul2. Bila masa mereka menulis?

Walaupun tulisan Syeikh Daud Al Fatoni menggunakan bahasa lama, ia tetap digunakan sebagai buku teks di masjid2. Semasa menyusun Ihlya Ulumiddin Imam Al-Ghazali terus menerus mengedalikan nafsunya dengan kehidupan yang sangat serdahana makan-minum pun diminimumkan. Biarpun tulisan pemikirannya telah berusia 1000 tahun, tetapi ia kekal hingga hari ini. Ini antara bukti pengkongsian ilmu yang berjaya.

Penentuan aras sasaran

Jurnal juga menolong dalam pembaharuan penyelidikan. Jika kualiti device yang telah diterbitkan pada tahun lepas ialah 10%, mungkin device tahun ini telah naik kepada 12%. Ini memberi sasaran untuk kita membuat device lebih dari 12%.

Bayangkan jika kita tidak ada rujukan (jurnal, paten atau buku) pasti kualiti penyelidikan tidak akan berubah. Mungkin kita dah bangga apabila penyelidikan kita menjadi. Tetapi apabila kita jumpa jurnal (selepas 2 tahun buat kerja makmal) rupa2nya data kita sudah basi.... arrrr.. mulalah pening gelabah.

Walaupun ada juga perkembangan teknologi tanpa perlunya penerbitan. Ilmu penyelidikan R&I daripada kilang semuanya rahsia. Teras mereka adalah business. Penerbitan hanyalah dalaman sahaja. Paling tinggi pun mereka paten sahaja. Tetapi masih juga dinamakan penerbitan.

Mencari guru

Perkongsian ilmu juga melalui persidangan. Setiap persidangan biasanya memperuntukan 20-30 min sahaja. Jadi dalam masa singkat tidak sempat kita melihat keseluruhan kerja. Bagi penyelidik yang hebat mereka akan sertakan senarai penerbitan yang berkaitan untuk sesiapa yang berminat.

Disebabkan ingin menjawap soalan dari penilai kita terpaksa cari orang untuk kongsi ilmu. Kita sanggup datang dari jauh hanya untuk menanyakan jawapan. Mendapat penjelasan lisan daripada orang bijak lebih baik daripada membaca kertas-jurnalnya. Proses tanya-menanya berkongsi ilmu boleh perkembangan ilmu, menggelakkan silap faham tentang kerja kita.

Susah memdapat orang yang betul2 fokus di Malaysia. Hakikat sebenar memang susah memdapatkan orang betul2 menjawap soalan. Banyak yang jumpa yang kelentong sahaja. Maklumlah terlalu banyak bidang yang masuk.

Garisan bawah

Jawap yang dicari berada di hujung jari.