14 January 2012

Langkah Mula 3 - RA Testing

Imam Syafie pernah memberi nasihat, "Tinggalkanlah orang-orang yang jika mendatangimu berpura-pura sebagai ahli ibadah, padahal di tempat sepi mereka bagaikan serigala-serigala buas".


Untuk pengambilan student baru. SV sekarang sangat berhati2. Bukan main tangkap muat. Bukan yang datang bergolek itu emas. Bukan yang melayang itu duit kertas (silap2 parang terbang ... mati career SV!). Mungkin disebabkan kerenah senior dulu yang menconteng carbon nanotube ke muka SV menyebabkan QC menjadi lebih ketat.

Langkah paling baik, test student dengan RA. Test dengan masa. Masa yang lama. Mungkin seminggu student boleh berlakon. Sebulan boleh tahan. Kalau 3 bulan?

Bayar gaji RA seminimum mungkin. Bukan tidak mampu bayar lebih, cuma nak tahu student datang nak kerja (dapat gaji lagi penting) atau memang niat nak belajar (walaupun susah mana pun). Kalau student still minta gaji lebih, SV boleh tunjukan SV mana yang boleh bayar gaji RA lagi mahal!

Bagi SV berpengalaman, mereka tanamkan sikit perasaan tidak percayakan students, pada keadaan2 tertentu;
1. Tidak semestinya pointer 4 flat boleh berfikir sendiri dan rational.
2. Tidak semestinya tidur dalam lab boleh buat experiment.
3. Tidak semestinya pandai cakap BI boleh siapkan satu paper.

Kebanyakan SV akan bagi tempoh percubaan kepada semua pelajar. Bukan hanya SV tengok pelajar, tapi student boleh menilai SV juga.

Menurut seorang professor, 3 bulan cukup untuk menilai seseorang student. Jika SV masih teragak2 mungkin boleh tambah 3 bulan lagi (cukup maximum 6 bulan, satu semester). Kemudian buatlah kesimpulan.

Dalam masa 3-6 bulan ini apa yang perlu dibuat?

Sebagai latihan semasa RA untuk jadi pelajar PhD (sebelum student jadi lecturer dan SV nanti) benda2 ini (sekurang2nya) patut diketahui oleh student. Buat proposal geran, menulis report (buat paper) dan buat kerja2 makmal.

Ketiga2 ini mesti bergerak selari. Sambil menyelam, sambil minum air dan jangan lupa tangkap ikan sekali. Takkan student PhD kebanggaan orang kampung, tidak boleh buat 3 kerja serentak?

Katakan kita sebagai student marine biologist buat PhD tajuk, "Can clown fish make jokes?", pada peringkat awal, adakah dia hanya perlu membaca journal, melihat gambar dari buku, atau tengok saja citer 'Finding Nemo'?

Lebih baik SV bawanya terus ke laut. Tumpang expedition student senior. SV akan tunjuk, "macam inilah kerja PhD awak, yang itu kerja2 PhD student lain, sana awak tak perlu tahu .... bla...bla".

Memang betul student pening, banyak benda tidak tahu, banyak soalan bermain di kepala. Bila tanya SV, SV hanya senyum.

Sekurang2nya student 'nampak' secara keseluruhan ke mana haluannya. Bukanya 6 bulan baca sahaja bertimbun2 jurnal, sedangkan research gap sangatlah kecil dan mengecil.

Bila balik nanti, tidak perlu buat benda tidak penting. Terus baca dan buat kepada focus kajian sendiri. Insya Allah, next expedition di buat khas untuk PhD kita. Cuma.... jangan mabuk dipukul ombak di perjalanan!

3 comments:

  1. yup betoi tu...studnt lebih jelas n ada hala tuju...daripada dudok baca journal n gain infmtion dari internet..lebih baik gain dari experiences lagi jelas...bleh tgok bagaimana teknik sambil nyelam minum air pastu tagkap ikan...hehehhe
    baik2 jgan selam minum air n terus tak naik2...hehe...jadi ikan buntal nti...;)that why sometimes orag yg pgalmn bkerja sbung phd lebih talented ...emmmm..Tapi apa2 pun berbalik kpada semangat juang kita jugak...

    -Refflesia Rimba-

    ReplyDelete
  2. sy setuju dgn Dr...x semestinya student scorer boleh buat research dgn baek...x semestinya sampai mkn & tdo kat lab tu boleh dpt result yg gempak...dan x semestinya pandai english boleh write good paper...bcoz that require good technical english bkn nya main sembang je kuat...to be good in technical english..we have to write write n write alot...try to answer reviewer questions (utk student) while sv hanya sahkan sahih ke jwpn yg student bg tu...bkn sv tlg jwb smua...tp ada pulak sv yg main lps tgn (sesetgh je ye bkn smua sv camni)...memang la student yg buat PhD, tapi dah nama pun student so masih perlukan bimbingan sv kan...lagi 1 sy nak tambah kat sini, sy rasa most of us rasa sgt BANGGA kalau student/ sv tu grad from overseas. Pada sy grad local/overseas x penting...yg penting siapakah anda slps anda grad?? kalau grad top 5 univ in the world pun, bla blk msia betahun-tahun dah tapi 1 projek pun xjln..what's the point? bagi mereka2 yg grad local univ xkisah la USM ke UM ke UTP ke apa2 la..prove to the world who r u? what can u contribute to the world that's the most important. kpd2 sape2 yg suke look down to our local univ tu..pls wake up..see the reality in the world from ur heart not only with ur naked eyes =)

    pssstttt sorry kalau ade yg terasa...ni hanya komen ikhlas sy...

    moral of the story--> jgn main rembat je! nampak je ade cop mohor univ from overseas...terus accept (xkisah la student or sv)...hehe..no no =)

    ~white rose~

    ReplyDelete
  3. Walaupun saya belum start Master dan Jauh lagi nak ke PHD... coretan dari Dr ni seba sedikit memberi saya pengetahuan awal cuaca on SV side..

    Baik saya makan pil anti-mabuk..takut2..

    "mabuk dipukul ombak di perjalanan"

    thumbs up!!

    ReplyDelete