20 January 2012

Langkah Mula 4 | Buat Proposal Grant

Sebagai student postgrad kita patut tahu perkara2 berikut (jika SV tidak tahu, boleh cadangkan);

1. Buat Geran (Proposal)
Geran benda paling penting dalam research. Tanpa geran seperti pergi kedai mamak tak ada duit. Telan air liur saja tengok orang lain makan. Air suam pun 20 sen.

Sama juga di jabatan, nak tengok lab melalui cermin tingkat pun tuannya tutup dengan kertas. Nak masuk? Jangan harap! Inikan pula nak guna peralatan. So carilah geran sendiri.

Antara isi/content proposal geran ialah Introduction, Literature review, Methodology, Budget, Expected results etc. Kalau kita perhatikan betul2 format proposal geran sudah terlebih cukup untuk memberikan pendedahan awal kepada student baru. Pendedahan untuk merancang penyelidikan.

Kebaikan untuk student (dan SV :d);
i. Proposal pengajian
Sebenarnya apabila pelajar siap buat proposal geran, sebenarnya dia membuat proposal pengajian dia juga. Cuma proposal pengajian ini agak ringkas sedikit daripada proposal geran. So hanya perlu buat ringkasan saja. Student buat kerja 2 dalam 1.

ii. Ilmu buat geran
Pernah dulu disuruh oleh SV untuk membuat geran. Mulanya tak puas hati,
"kenapa aku kena susah2 untuk buat geran untuk SV dan students lain tidak?".

Tetapi bila kita sudah jadi lecturer universiti, pada masa inilah semua benda kena buat. Nak buat lecture note, dilantik jadi kuli AJK kutip sampah etc.... Dan paling best masa nilah tarikh tutup geran penyelidikan. Ataupun semua grants datang bertubi2 dan tarikh tutup hampir sama.

Jika focus kepada buat geran, habis terbengkala kerja hakiki lain. Harian jadi makin sibuk. Jika tidak apply tahun ini, alamatnya setahun lagi boleh apply.
Sedangkan sekarang pun dah diberikan 5 orang students FYP. Banyak chemical kena beli. Banyak alat kecik2 kena tempah etc. Ini semua kena ada duit. So.... Nak duit kena apply geran. Berani guna duit sendiri?

Cuba bayangkan masa ini baru nak kenal geran. Itu belum lagi cerita nak menulis geran. Cari references, tentukan format, cari quotation untuk budget. Belum lagi masuk bab trick & tactics pancing assessor bahawa project ini
"baik punyaaa...".

Tetapi bila teringat pernah jadi kuli SV dan pernah buat proposal geran untuknya dulu....... terus cari file "Grant Projek PhD Aku" simpan di dalam folder mana. Bila lihat file doc lama ini, barulah kita akan sedar, appreciate, terharu, berterima kasih atas segala tunjuk ajar SV (dan marah2nya) dulu.

Sebenarnya SV telah ajar membuat geran dan menjawab komen2 daripada penilai2. Kita sudah ada pengalaman buat geran bernilai RM1.5j! Inikan pula nak minta geran RM40k!

Dan dalam masa sepagi Insya-Allah kita dah siap buat geran. Itulah kehebatan kita. Berkuli2 dahulu, bersenang2 kemudian.

Sedangkan kawan2 lain dah mengalah, dengan ayat nak tenteramkan hati sendiri.... "ko submit pun, belum tentu dapat".... Hahaha.

iii. Perbelanjaan
Duit geran nilah yang akan cover semua perbelanjaan pengajian kita. Bayar gaji RA, beli chemical etc. Jika ada lebih, bolehlah pergi conference di Paris! (Batu Feringgi tak mainlah).

So mintalah geran untuk pengajian diri sendiri (dengan bantuan SV).

Cuba minta daripada SV buat geran;
1.     Pasca siswazah / Vote F - geran max RM40k.
2.     Geran FRGS, Science Fund, ERGS - max RM200k
3.     External grant ExxonMobil - max RM30-50k

3 comments:

  1. Dr share la camne nk write good proposal...part trick & tactics pancing assessor bahawa project ini "baik punyaaa..."how to convince them????macam mana nak buat proposal yg "mantap"?

    haha...i like this "Berkuli2 dahulu, bersenang2 kemudian"...

    ~white rose~

    ReplyDelete
  2. Hampir semua grant yg sampai ke assessor dah hampir sempurna... yg beza cuma dapat ke tak dapat lebih kepada: (1) track record applicant dan (2) assessor kenal applicant. .... satu lagi (3) memang nasib baik!!

    ReplyDelete
  3. Betul...at the end...semuanya bergantung pada nasib dan rezeki masing-masing...

    ReplyDelete