29 May 2012
19 May 2012
18 May 2012
banding 2012 | khidmat masyarakat & she101 #1
This was a little contribution from
us back to our large community.
This 1st village of Orang Asli, Tasik Banding (actually Tasik Temenggor) located
at a small end of an island (so called an island as it’s surrounded by lake
water). Not many families are here. They have about 5-7 families with not more
than 20 adult people. The rest are kids. Kids were very amazing (or maybe after
they saw our sweets/candies?) J
17 May 2012
Laporan Kemajuan 5 | Format Progress Report
Sebenarnya kita tidak perlu format kerana
format akan menyekat kreativiti. Birokrasi akan menperlahan efficiency.
Tetapi sudah menjadi lumrah apabila satu2
group mempunyai ramai students, mesti ada seorang dua jadi pening lalat. Bila
sudah pening semua dilanggarnya. Kamudian terdiam, dah tak tau mana nak pergi.
Ada yang terlalu kreatif pula tindakannya.
Yang disuruh tak buat. Yang tak penting, jadi keutamaan.
Terpaksalah SV buat format presentation.
Perkara2 asas yang perlu ada. Tujuan utama hanyalah untuk jimatkan masa.
Cukuplah 10-15 min untuk setiap student. Tidak perlulah setiap presentation SV
habis masa comments benda2 teknikal dan masalah remeh temeh pasal slide
daripada bahagian Result and Discussion.
Format juga penting untuk pelajar baru,
baru join group. Sekurang2nya dia ada peta (macam google map) halatuju. Tidak
perlu dibebankan mereka pada awal2 ini.
Ringkasannya Format 8 Perkara seperti
berikut (utk ppt @ words):
1. Tajuk PPt
·
Tajuk kerja terbaru ini
(bukannya tajuk tesis).
2. Objektif
·
Cukuplah dengan satu
objektif/satu kerja sahaja.
·
Apa yang nak buat?
·
Bagaimana nak buat?
3. Konsep
·
Kenapa perlu buat test ini?
·
Bagaimana results terbaik dan kenapa?
·
Results yang patut dielakkan dan kenapa?
·
kenapa mamat ni buat mcm ni?
·
Paling senang, apa yang tersirat?
4.
Literature review
·
Must be related or at
least as closed possible to current work/results!
·
Maximum 3 papers
5. Eksperimen
·
Ringkaskan kaedah yang digunakan.
·
Sertakan flow-chart, gambar sample setup, schematic
draw etc.
6. Keputusan dan perbincangan (Ini paling
penting)
·
Cukup satu result sahaja.
·
Rajah/gambar/data.
·
Analisis rajah/gambar/data.
·
Bincangkan results dengan sokongan rujukan.
7.
Kesimpulan
·
Nyatakan dengan ringkas
hasil kerja 2 minggu ini
·
Adakah ia berjaya? Perlu diulangi? Atau tidak perlu buat?
8.
Checklist
·
SV tidak akan ingat detail setiap kerja ramai students
·
Buat Table
·
Bahagikan tasks mengikut
project atau papers.
·
List semua paper, dari mula register hingga hari ini. Contoh
paper #1, paper#2 etc.
·
Senaraikan ujian done/in progress setiap paper.
Akhir sekali bersedia dengan Q&A!
14 May 2012
08 May 2012
06 May 2012
Laporan Kemajuan 4 | Content 4: Slides
Secara amnya, slides sepatutnya sesimple mungkin. Paling
baik guna 'blank' background saja.
PR presentation bukannya official. Bukannya tempat
pertandingan ppt tercantik. Bukannya tempat menunjukan bakat animasi. Ataupun
ini bukan department IT.
Ia cuma internal presentation dengan group members dan SV.
Walau bagaimanapun penyediaan Slides bergantung
kepada group masing2.
PR meeting cuma ingin melihat 'progress result' dan boleh
menjawap soalan yang ditanya. Apalah ada pada slides yang colorful dan panjang,
jika satu kerja pun tidak buat, satu results pun tiada. Datang dok ulang tayang
results lama, dan tambah kelentong sikit.
Manakala soalan daripada kawan2 dan input daripada SV
berkenaan 'Do and Don't' sangat penting sebagai tips untuk masuk bilik viva.
SV sendiri pernah jadi student masuk viva. Apabila
kelam-kabut dalam viva, animation yang sepatutnya digunakan untuk memancing
panel2 viva akhirnya jadi pagar makan tuan.
SV pernah jadi pengerusi viva dan lihat banyak kesilapan
yang dibuat oleh students lain. Satu contoh, ada student buat ppt yang sangat
menarik tetapi pada masa yang sama dia juga bawa nota tambahan ditangan. Apa
masalahnya?
Sepanjang presentation dia jadi 'pembaca berita' sahaja.
Matanya sentiasa tengok nota untuk membaca. PC hanya ditekan bila nak tukar
slide sahaja. Apabila Pengerusi viva tegur cara dia buat presentation, dia
terus gabra. Terus potong mood panel2 viva dan mengganggu keseluruhan viva.
Bila tanya kena jadi begini, dia kata tak pernah buat
presentation. Sepanjang buat MSc 2++ tahun, tak pernah buat presentation!!
Subscribe to:
Posts (Atom)