18 November 2009

ExxonMobil serah geran penyelidikan RM150,000

Utusan Rabu, 21 Okt 2009

KUALA LUMPUR 20 Okt. - ExxonMobil Malaysia hari ini menyerahkan geran penyelidikan berjumlah RM150,000 kepada empat buah universiti awam bagi mempromosikan penyelidikan dan pembangunan yang relevan dalam industri tenaga di negara ini.

Pengurus Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Kerajaan ExxonMobil Malaysia, Farid Jaafar berkata, sebanyak lima geran yang setiap satunya bernilai RM30,000 diserahkan kepada Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan dua projek oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Fokus utama syarikat adalah membangunkan bidang sains dan teknologi serta menggalakkan penyelidikan dalam bidang itu bagi mencari alternatif baru untuk memastikan bekalan tenaga yang berterusan dengan cara efisien dan selamat tanpa menjejaskan alam sekitar," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyampaian Geran Penyelidikan ExxonMobil 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

ExxonMobil Malaysia merupakan anak syarikat ExxonMobil iaitu syarikat petroleum dari Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di lebih 200 negara.

Hadir sama pada majlis itu, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral, USM, Prof. Dr. Ahmad Fauzi Mohd Noor, Pengarah Pusat Penyelidikan UTM, Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahman; Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat UKM, Prof. Dr. Abdul Razak Hamdan dan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM, Prof. Madya Dr. Mohd. Hamdi Abdul Shukor.

Farid berkata, pihaknya menerima 62 kertas cadangan daripada 10 buah universiti awam tempatan dan hanya lima yang terbaik dipilih untuk menerima geran penyelidikan itu.

"Diharapkan program sumbangan ini akan dapat mempertingkat dan menyemarakkan lagi penglibatan para penyelidik tempatan dalam bidang sains dan teknologi," katanya

Selain itu, katanya, sumbangan tersebut turut melambangkan komitmen syarikat sebagai warga korporat yang prihatin serta aktif membangunkan pendidikan dan peningkatan sains serta teknologi tempatan.

Bahan Bacaan

Mungkin hari pertama kita jumpa penyelia, perkata yang akan diulang-ulang ialah “baca, baca, baca ....”. Dengan semangat berkobar-kobar, kita baca semua benda. Tetapi bila semua soalan asas ditanya oleh penyelia tidak boleh dijawap. Sekali lagi penyelia akan kata “baca, baca, baca ....”.

Pasti kita akan tanya diri sendiri, dimanakah silapnya usaha kita selama ini. Kita kerja kuat, tetapi tiada impak, hampeh. Adakah cara belajar semasa undergrad tidak sama dengan belajar pasca siswazah?

Banyak faktor sebenarnya, antaranya silap bahan bacaan. Bagi pelajar baru, tidak perlu terus membaca kertas jurnal. Biasanya kertas jurnal terlalu memdalam terus kepada objektif kajian, tanpa pendahuluan asas. Tidak perlu berlagak ikut pelajar-pelajar senior membaca kertas jurnal.

Pertama pelajar baru mesti tahu halatuju kajiannya. Kedua pelajar mesti tahu menyelami kekuatan dan kekangan penyelidikan penyelia masing-masing. Kekuatan penyelia bergantung kepada pengetahuan, pengalaman dan peralatan. Semua ini boleh dilihat melalu tesis.

Pelajar baru mestilah baca sekurang-kurang satu tesis PhD pelajar seliaan penyelianya. Jika penyelia masih baru, minta dari penyelia mana-mana tesis yang hampir sama dengan kajian yang akan dijalankan ini. Biasanya penyelia akan ada tesis-tesis dari penyelianya dahulu. Atau setidak-tidaknya baca laporan Projek Tahun Akhir dibawah penyeliannya. Jika penyelia tidak mempunyai apa-apa walaupun laporan Projek Tahun Akhir, awas! Anda akan jadi tikus putihnya. Anda mungkin akan dijadikan korban pertama! Hahaha...

Bila membaca tesis, kita akan faham halatuju, susuratur (flow) dan sasaran kerja kita. Disamping itu kita boleh ‘membaca’ minda dan kaedah penyeliaan (research design) penyelia kita. Tidak perlulah penyelia kita cakap berulang-ulang benda yang sama kepada pelajar-pelajarnya. Pelajar sendiri mesti pro-aktif.

Keburukan membaca tesis senior ialah pelajar akan terikat dengan struktur tesis senior. Takut mengubah strukturnya kerana takut salah, takut tidak diterima etc oleh penyelia. Ini akan menyebabkan idea tidak kreatif, terikat dengan paradigma tesis lama. Sementara itu, kecenderungan meniru atau plagiat amat tinggi.

Apabila kita faham secara menyeluruh skop kajian, berpindahlah kepada membaca kertas jurnal yang diterbitkan oleh kumpulan penyelidikan kita.


Garisan bawah

Banyak-banyak nak baca, tanya orang yang banyak baca apa yang nak dibaca.


05 November 2009

People



Album
Farewell lunch: Final Year Project (FYP) & Postgraduate students 2006/07, thanks for all !!



Finally: Farewell lunch for Final Year Project (FYP) & Postgraduate students 2007/08 (Polin unable to come). Thank you very much for making another good year.




There and back again: Farewell lunch for Final Year Project (FYP) & Postgraduate students 2008/09


Back to together: Farewell lunch for Final Year Project (FYP) & Postgraduate students 2009/10


Thanks to alls: Farewell lunch for Final Year Project (FYP) & Postgraduate students 2010/11



Farewell Dinner for Final Year Project (FYP) 2012




04 November 2009

Research

Batteries
1. Lithium-air Batteries

Chitosan Polymer Electrolytes
Proton Batteries

Lithium Batteries

Metal-Corrosion
1. Corrosion of Sn-Ag-Cu alloys

Corrosion alloys

Oxide Nanoparticle
1. Metal-oxide Nanoparticle for First principles Calculation
2. Metal-oxide Nanoparticle for Gas Sensors


TiO2 super cell


Asas-asas Yang Kukuh

“Waktu ilmuku sering bertambah aku merasakan bahawa aku orang yang berotak tumpul. Semakin bertambah ilmuku, semakin bertambah pula pengetahuanku tentang kebodohanku” - Nasihat Imam Shafie

Pernah semasa undergraduate dulu saya melihat pensyarah saya Profesor X (dirahsiakan namanya untuk mengelak mengumpat) makan di kedai Kak Dah (sekarang sudah tiada, sudah jadi Padang Hoki, dekat KL Gate, UM) membaca sambil makan. Tangan kanan menyuap makanan dan tangan kiri memengang jurnal! Tanpa menghiraukan orang lain atau panas di bawah atap zink kedai tersebut. Ada juga kawan-kawan cerita mereka pernah melihat profesor ini bersila di antara rak-rak buku di library. Malah hari jumaat setiap minggu, bilik bertutup dan ada notis atas pintu bertulis “saya di library”. Kenapa profesor masih membaca? Tak cukup ilmu lagi ke?

Itu baru satu orang profesor, satu lagi profesor, Profesor Y. Sambil makan di kafe fakulti, hisap cerut (jangan amalkan ni!) dan baca sesuatu. Saya pernah tanya pelajarnya apa yang dibaca? Mungkin anda tidak percaya apa yang dibaca ialah satu bab dari buku Matrikulasi! Rupanya disamping membaca jurnal, dia juga membaca bahan yang boleh diklasifikasikan sebagai asas (fundamental, basic concept). Baginya apabila mempunya asas yang kukuh, semua masalah boleh diatasi. Umpama mempunyai tapak yang kukuh, tak kisahlah rumah banglo, bangunan atau landasan kapal terbang A380 pun boleh dibina di atasnya. Malah penulisan jurnalnya dapat menghubungkan bahagian fizikal dan teori.

Buku boleh dikoyak-koyak kepada setiap bab. Jika sayang sangat nak koyak buku, boleh photostat setiap bab. Jangan terlalu sayangkan buku sampai disimpan cantik-cantik atas rak! Buku rosak sebab tidak guna. Setiap helaian photostat boleh distaple mengikut bab masing-masing. Bab yang nipis ini senang dibawa ke mana-mana untuk dibaca. Sambil tunggu bas, tunggu mamak siapkan teh tarik ataupun tunggu bos-bos kita habiskan ucapan panjangnya yang entah apa-apa (tapi awas jangan sampai bos nampak!).

Apabila ada group presentation oleh pelajar, saya akan tanya mula-mula sekali ialah berkenaan konsep (detail group presentation ini akan dibincang dalam Bab Group Presentation). Apa yang anda faham tentang konsep eksperimen/ujian ini? Apakah konsep teori berkenaan ujian ini? Apakah konsep fizikal berkenaan ujian ini? Apakah yang terjadi dari pandangan makro (mata kasar) dan micro (atomic level)?

Contohnya: Apakah konsep dalam ujian tensile? Mestilah jawapannya ialah daya-daya bertentangan dikenakan ke atas sampel. Ujian ini dijalankan hingga sampel tersebut menunjukkan tanda-tanda kegagalan i.e. sampel putus. Bagi pelajar yang banyak membaca, daripada pandang mata kasar dan andaian teori sahaja, pasti boleh menggagak sifat-sifat sampel ini tanpa merujuk kepada graf stess-strainnya.

Inilah pentingnya asas-asas yang kukuh. Jika pelajar faham tentang konsep-konsep yang berkaitan dengan eksperimen/ujian yang dijalankan, semuanya akan jadi mudah. Tak kisah sampel apa pun dibuatnya, pasti anda boleh berfikir secepat kilat!

Begitu juga dengan penggunaan alat/mesin. Adakah kita betul-betul faham bagaimana alat ini berfungsi. Atau pernahkah terfikir tentang mekanisma sesuatu alat itu berfungsi? Cuba ambil satu alat, katakan FTIR. Pernahkan kita terfikir kenapa FTIR boleh digunakan sebagai alat untuk pencirian bahan. Apakah akan terjadi kepada sifat-sifat FTIR jika bahan lain ditambah kepada bahan asal?

Masalah bagi pelajar yang malas berfikir, mereka akan buat semua ujian menggunakan alat-alat yang ada di makmal. Mereka hanya mengikut apa yang orang lain buat. Mereka cuma ulangi ujian hanya berdasarkan jurnal atau tesis senior kerana tak tahan dengar supervisor mengamuk sebab tiada results baru. Katakan dalam makmal mempunyai 10 alat, pasti 10 ujian juga dibuatnya! Bila ditanya kenapa buat ujian ini? Apa kaitan ujian ini dengan ujian itu? Tersengeh-sengeh tak tau jawab.

Bagi pelajar Sains dan Kejuruteraan Bahan, buku seperti ‘Materials Sciences and Engineering: An Introduction – W. Callister, Foundations of Materials Science and Engineering – W. Smith’ patut dibaca berulang-ulang untuk pengukuhan asas. Bagi pelajar yang mempunyai masa yang lebih bolehlah buka balik buku-buku peringkat A-Level, Matrikulasi, STPM etc. Jangan anggap bila anda sudah daftar sebagai pelajar PhD, buku-buku ini telah tidak releven lagi bagi anda. Atau cuba tanya anda, apa beza lattice dan motif dalam bab asas atomic structure... huh?

Garisan bawah

Tingi-tinggi bangunan KLCC, pasti mempunyai pasak benam yang kuat.

Membaca Jurnal

Rasanya telah banyak kita pergi mendengar kelas atau syarahan oleh orang-orang hebat berkenaan menulis jurnal. Bila dengar mereka bercakap, fuhh... naik bulu roma, semangat naik meronta-ronta. Macam lagu Gemuruh:

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Tetapi pernah ke kita dengar bagaimana ‘kaedah’ secara praktikal untuk memcapai ketahap ini diajar? Atau apakah yang asas perlu diajar?

Cuba kita ambil contoh budak-budak tadika atau sekolah rendah, mula-mula sekali diajarnya mengenal huruf. Kemudian mengeja dan seterusnya membaca. Bila sudah pandai membaca, baru disuruh menulis cerita ‘Sang Kancil dan Kura-kura’.

Bagi sesetengah penyelia, dipaksanya pelajarnya terus menulis, sedangkan pelajarnya belum tahu ‘membaca’! Bagi mereka yang bijak tak apalah, tanpa kaedah sistematik pun mereka akan berjaya. Bagaimana pula bagi yang slow? Ini yang perlu diajar ‘mengira, mengeja dan membaca’ dahulu, bukannya bertalu pukul gendang tetapi nama universiti sendiri tergadai!

Kaedah Cut & Paste Kertas A4
Rasanya macam bodoh saja buat kaedah ini. Tak ubah seperti budak tadika. Tetapi ia amat berkesan bagi beginner. Untuk pelajar baru memdapat tajuk atau bidang baru dari penyelia, pasti tidak mempunyai asas.

Menyusun asas samalah seperti menyusun bata-bata membuat rumah. Bagi pelajar yang slow (macam saya) susunlah perlahan-lahan, tetapi jangan berhenti. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam, hujung-hujung malas. Bagi pelajar yang bijak (macam anda), tidak perlu membuat kaedah ini.

Bagaimana membuat kaedah ini?:
1. Pastikan tajuk tertentu yang akan dibuat untuk pusingan pertama ini. Contonhya ‘Conductivity-temperatures’.
2. Cari sekurang-kurangnnya 10 jurnal yang mempunyai rajah, data, analisis, penerangan dan rujukan berkaitan Conductivity-temperatures SAHAJA!.
3. Potong bahagian Conductivity-temperatures sahaja bagi setiap jurnal.
4. Tampalkan bahagian ini di atas kertas A4 (sila lihat contoh di bawah). Satu jurnal satu A4 sahaja. Sekarang ada 10 topik atau 10 helai A4 berkenaan Conductivity-temperatures.
5. Ulangi langkah-langkah di atas (1-4) untuk tajuk lain seperti XRD, SEM, FTIR etc.


Insya Allah jika dibuat betul-betul tak sampai 5 jurnal pun kita sudah dapat tangkap/faham apa yang hendak diplot, dianalisis, dibincang etc untuk tajuk Conductivity-temperatures.
Keburukan kaedah ini ialah remeh-temeh sedikit, perlu ada gunting, gam, kertas A4 etc (kan saya dah kata macam budak-budak tadika!). Ia juga susah untuk dikongsi/diberi kepada orang lain, melainkan membuat salinan photocopy. Menyusun dan filing juga susah. Mudah hilang dan mudah rosak.

Kebaikannya, mudah dibawa ke mana-mana. Masa baring pun boleh baca. Tidak semestinya di Coffee Been, di kedai mamak pun boleh baca. Jika kita ingin memasukan nota tambahan di atas kertas ini pun cepat, terus tulis.









Kaedah Copy & Paste Power Point
Kaedah copy-paste Power Point (PPt) lebih praktikal. Ia mudah dibuat. Apa yang perlu dibuat ialah ulang semua langkah-langkah (1-4) dalam kaedah ‘Cut & Paste Kertas A4’. Bezanya cuma kita perlu ada file softcopy PDF untuk dicopy.

Contoh PPt Slides yang disusun dibawah tajuk “Cell Designs’ untuk bateri Zn-air (Rajah di bawah). Insya Allah selepas 5 jurnal membuat slides, kita akan faham rahsia rekabentuk bateri Zn-air. Pasti kita boleh membuat design sendiri kerana perkara asas design telah difaham secara kritikal!

Kebaikan PPt Slides ini ialah ia boleh diedit dan dipindah-pindah ke presentation persidangan dan nota kuliah. Diantara banyak-banyak slide ini kita boleh copy dan paste dalam nota kuliah untuk pelajar undergraduate. Penyelia boleh juga guna PPt slides ini untuk membuat End Semester Review (Bab ini akan dibincang kemudian) kepada pelajar pascasiswazah. Kalu rajin boleh dikumpulkan untuk membuat review paper dan dihantar kepada jurnal. Keburukannya kaedah ini, kita perlu on komputer baru boleh baca!








02 November 2009

01 November 2009

Jurnal 1 | Jenis-jenis Jurnal

Terdapat banyak jenis jurnal dewasa ini. Ada jurnal diambil terus dari buku proceeding. Biasanya proceeding rendah nilai kualitinya kerana tidak diedit atau dinilai oleh penyelidik lain. Ada juga jurnal dikumpulkan hasil daripada persidangan dan diterbitkan sebagai terbitan istimewa (special edition). Bagi peserta bertaraf ‘tok guru’ dalam bidang tertentu, biasanya akan menyediakan manuskrip berbentuk Review. Berdasarkan pengalaman, kebarangkalian paper yang dihantar melalui persidangan akan mudah diterima. Ini mungkin peer-reviewnya adalah orang-orang yang hadir persidangan tersebut. Tetapi jangan terlalu yakin, paper yang rendah kualitinya akan tetap ditolak!


Kebanyakan jurnal yang dihantar terus oleh penyelidik serata dunia. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular dan termurah. Kalu pada tahun 90an, semua salinan manuskrip akan dihantar mengunakan pos. Jika menggunakan FedEx harganya mungkin RM80 untuk ke Eropah. Manakala RM8 jika menggunakan Pos Malaysia. Bila zaman telah berubah, semua manuskrip dimuatnaik menggunakan website. Ataupun masih lagi ada Editor menggunakan email untuk penghantaran manuskrip. Jadi semuanya percuma, sebab itulah masa sekarang banyak manuskrip dihantar melalui kaedah ini. 

Jenis jurnal boleh dikategorikan kepada dua bahagian: 
i. Jurnal Pendek (Short communication) 
ii. Jurnal Panjang (Full length)


JURNAL PENDEK
Jurnal pendek (ada juga dikenali sebagai short communication, letter, rapid etc) biasanya jurnal diterbitkan paling maksimum pun 4 muka surat atau tidak melebihi 3000 perkataan termasuk rajah atau jadual. Ia amat sukar untuk difahami, hanya ‘insan-insan terpilih’ sahaja dapat memahaminya. Orang yang terlibat secara khusus akan faham isikandungannya. Orang awan macam saya, boleh diibaratkan macam ‘tikus tengok besi’!. Secara peribadi saya memang tidak suka jurnal jenis ini. Ia terlalu lain dari yang lain (novel). 

Kenapa? Jika kita baca Pendahuluan (Introduction), ia terus mula dengan kenyatan permasalahan (problem statetmant). Kalu ada pendahuluan pun, ayat-ayatnya cukup ringkas dan padat. Bagi orang baru dalam bidang tersebut, memang susah untuk menangkap minda penulis tersebut.


Kajian Persuratan (literature review) biasanya bersandarkan dengan sedikit rujukan. Rujukan-rujukan biasanya tidak lebih daripada lima rujukan. Betulah sedikit, sebab kajiannya seumpamanya pasti tidak pernah diterbitkan lagi. Rujukan pula hanya mengambil jurnal-jurnal terbaik dunia. Selepas kajian persuratan, penulis akan terus masuk ke objektif kajian. Objektifnya tidak banyak, mungkin satu objektif sahaja. Kajian mereka amat fokus dan memcabar minda.


Manakala bahagian Experimental terlalu pendek malah selalu disambungkan dengan rujukan. Contonya: 
“..the details of this procedure were reported in a previous study [18]..”
“.. device fabrication processes were described before [3]..” 

Untuk bahagian Results and Discussion, hanya keputusan sahaja ditunjukan dalam bentuk ayat dan rajah yang padat. Jarang sekali dijumpai penerangan secara detail penerangan terhadap penemuan tersebut. Boleh dikatakan, hanya keputusan sahaja yang dipaparkan. Manakala Conclusionnya diganti dengan Summary. Biasanya hanya sebaris atau dua baris ayat sahaja dimuatkan dalam bahagian ini. 

Ada juga jurnal mengabungkan bersama Introduction, Results and disccusion dan Summary bersama kecuali abstrak diasingkan. Contoh jurnal ialah Scripta Materialia. 

Jadi apa sebenarnya Jurnal Pendek? Secara mudah, boleh dikatakan bahawa Jurnal Pendek ialah satu kaedah penyelidik sedunia ‘booking’ atau ‘parking sementara’ kajian mereka. Bagi mana-mana bidang yang hot buat masa ini contonya nanotech atau biotech, mana-mana penyelidik yang menemui bahan atau kaedah terbaru berkenan bidang hot ini, mereka akan ‘booking’ penemuaan baru ini. Mereka bagaikan chup bahawa ilmu baru ini “kami yang jumpa dulu...” atau “kaedah ini kami yang punya..”. Mereka akan war-warkan keseluruh dunia apabila ‘kajian pendek’ ini diterbitkan oleh penerbit saintifik terkemuka dunia. Malah ‘kajian pendek’ ini boleh digunakan untuk melaba geran bernilai berjuta-juta ringgit. Kebanyakkan akan berjaya kerana mereka ada bukti (jurnal pendek) untuk menyakinkan penaja dari industri. 

Faham? Belum faham? Sekali lagi ia boleh diringkaskan seperti berikut. Selepas mereka chup ilmu baru ini, kemudian selepas 3 atau 6 bulan kemudian mereka akan mengeluarkan jurnal panjang. Jurnal panjang ini akan merangkumi secara lengkap penerangan penemua mereka. Walubagaimana pun bukan semua rahsia akan didedahkan. Sebahagiannya akan kekal bersama penyelidik-penyelidik dan penaja kajian tersebut.


JURNAL PANJANG
Jurnal Panjang ialah jurnal lengkap. Biasanya lebih daripada 5 muka surat. Jurnal review boleh mencapai 10 muka surat. Jurnal review boleh dikira sebagai jurnal panjang, cuma ia tidak mempunyai bahagian eksperimen. Resultsnya hanyalah koleksi-koleksi results daripada jurnal diri sendiri atau jurnal orang lain. 

Ada juga penyelidik terus menulis jurnal panjang jika dibandingkan dengan jurnal pendek. Bagi mereka penghasilkan sesuatu yang pasti, adalah kepuasan. Sesuatu yang pasti ini ialah ujian-ujian eksperimennya diulang-ulang beberapa kali, sehingga melepasi tahap keraguan. Manakala keselanjaran (flow) keputusan dan menerangkan sesuatu hipotesis baru diatas satu lembaran kertas menjadi satu keasyikan. Semoga Hipotesis ini menjadi Teori dan seterusnya menjadi Hukum, adalah satu impian! Apabila jurnal ini diterbitkan, pasti belum sempat jurnal ini diberi volume atau muka surat, sudah ada orang merujuknya (cite)! 

Walaubagaimana pun keburukannya ialah seseorang penyelidik memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan jurnal ini. Mereka memerlukan budget yang banyak. Kebanyakan harga bahan kimia atau peralatan naik berganda-ganda. Itupun belum dikira harga yang di ‘makeup’ oleh supplier. Sesuatu kumpulan penyelidikan juga memerlukan ramai pelajar/penyelidik. Bukan senang mendapat pelajar/penyelidik yang bagus, yang ramai semuanya bagus ‘berdrama’ sahaja (pinjam perkata Prof. Asma Ismail). Boleh dikatakan hanya 2 atau 3 paper sahaja yang diterbitkan dalam setahun. Tetapi walaupun 2 atau 3 paper setahun, pasti bom!

Abstrak: Abstrak biasanya panjang sedikit jika dibandingkan dengan jurnal pendek. Ia merangkumi keratan lintas keseluruh kajian. Ingat asbstrak bukanya Kesimpulan!

Pendahuluan: Ia akan jadi sangat panjang dengan membuat sedikit kajian literature. Literature akan merangkumi sehampir mungkin kajian yang pernah dibuat. Jika kita jumpa kajian yang dibuat sekarang hampir 80% sama, maknanya manuskrip terpaksa diubah ataupun perlu membuat eksperimen tambahan. Malangnya mungkin kita sudah boleh bayangkan manuskrip kita akan ditolak!

Eksperimen: Senarai bahan mentah termasuk sumbernya akan ditulis secara lengkap. Kaedah penyediaan sampel akan diterangkan secara terperinci. Walaubagaimana pun penulis akan menerangkan seringkas mungkin. Mungkin jika kita ulang experimen mereka pasti keputusan berbeza. Senarai peralatan termasuk jenamanya juga akan disenaraikan secara lengkap dengan harapan penulis lain akan dapat membuat eksperimen ini dah memdapat keputusan yang hampir sama.

bersambung....