28 June 2010

Kenapa Penerbitan? Part 2 - Penilai dari jurnal terbaik

Sesuatu kerja dikatakan terbaik apabila diakui oleh kawan dan lawan. Mampu bertahan walaupun diuji dengan pelbagai kaedah. Jangan jadi macam pesilat tari pulut kuning. Hanya dimainkan hanya dalam majlis rasmi. Memang gerak langkah tari cantik. Tetapi cuba masuk ajak berlawan ... mesti lari punya. Mereka hanya diajar untuk bersilat sorang2, tidak untuk bergaduh. Silat sorang2 boleh la .... jadi boleh pakai ke silat ini?


Siapa Penilai?
Kebiasaan bilangan penilai kertas-jurnal ada banyak kemungkinan. Ada jurnal hanya bergantung kepada komen seorang penilai sahaja (sebab yang lain tak hantar komen). Walaupun bagaimanapun kebiasaannya dua orang penilai. Bagi jurnal yang IF tinggi, penilai sampai 5 orang pun ada.
Pernah kita dengar pensyarah takut dengan penilai. Mereka takut sebab penilai ialah sniper! kita tidak tahu siapa mereka, tidak tahu dari mana asalnya, tetapi pelurunya tepat kena ke jantung. Paling tidak tepat kena atas dahi kita.
Kenapa mereka bagaikan sniper? Mereka ialah orang sebidang (peer-review) dengan kita. Apa saja kita tulis tersurat atau tersirat mereka boleh agak. Kerja2 kita sekarang mungkin penilai telah buat 10 tahun dahulu. Jadi mereka sangat arif dalam bidang yang baru semalam kita buat. Sebab itulah ramai orang tidak mahu hantar kertas-jurnal sebab takut dikomen.

Anti penilai
Ada dikalangan kita tidak suka orang lain cabar kefahaman dan kehebatan dalam bidang tertentu. Semua idea orang lain tidak betul, semua salah, kita je yang betul. Melenting tung... tung ...bila orang tegur penyelidikan kita.
Inikan pula penilai entah datang daripada mana cuba komen kertas-jurnal kita.
'' ... kau sapa nak komen paper aku?''
''... bodoh betul reviewer nih''
'' ... BI kau pun tak betul, eh.. nak komen BI aku!!''
Pasti kertas-jurnal itu tidak akan dijawap, tidak dibuat pembetulan, yang buat cuma buat diam saja. Jadi? ... tiada kertas-jurnal lah sampai bila2.

Kebaikan Penilai
Pernah masa hantar kertas-jurnal ke Acta Materialia (IF2005 = 3.430) dulu, dapat komen lebih 4 muka surat daripada 2 penilai. Disebabkan komen2 terlalu banyak dan ingin menjaga status jurnal, editor mengambil keputusan menolak kertas-jurnal tersebut (biarpun penilai2 mencadangkan penambahbaikan, bukan ditolak terus).
Mula2 rasa sedih, yalah bukan senang nak buat, 6 bulan mau siap. Inilah pula terima 4 muka surat komen2. Mau seminggu berkabung. Tetapi setelah dibaca berulang kali komen2 tersebut... Terasa menarik pula. Lagi panjang komen, lagi baik!
Kenapa? Sebenarnya penilai menolong kita memahami konsep device yang kita buat. Apa yang kita tulis sebenarnya tersasar atau tersilap faham. Penilai menulis formula dan contoh pengiraan yang sebenar. Penilai juga mengajar kita kaedah menulis jurnal menggunakan format tertentu. Manakala kesilapan ejaan dan BI turut ditunjukan (maklumlah kita sekolah pondok saja, London tak pernah sampai).
Setelah kemaskini mengikut komen2 tersebut, kertas-jurnal ini dihantar ke Journal of Power Sources (IF2005 = 2.770), IF rendah sedikit daripada Acta Materialia. Alhamdullilah... akhirnya diterima di Journal of Power Sources [159 (2006) 752-757]. Jadi terima kasih penilai!!
Ada juga kita dapat komen2 penilai yang tidak professional. Mereka mengutuk kerja kita dan memperlekeh cara penulisan kita (maklumlah pertama kali menulis dalam BI). Mereka kata kaedah ini sudah ada orang buat (sambil menyenaraikan beberapa kertas-jurnal). Data ini telah pun ada masa zaman perang jepun!
Biarlah orang2 macam ni dengan labu2nya. Mereka selalu menganggap hanya kerja mereka yang terbaik. Paling teruk lagi penilai menolak kertas-jurnal kita kerana ingin meniru kaedah terbaru kita usahakan, kemudian dia keluarkan kertas-jurnal hampir sama dengan kertas-jurnal kita. Nilailah hasil kerja orang lain dengan penuh hekmah dan professional walaupun kita menolak penerbitannya.

Tesis dan penilai
Saya selalu bersepedapat (bertentangan pun banyak juga) dengan Prof. Kariem tentang perlunya penilai (bukan pemeriksa) untuk meningkatkan kualiti tesis. Apa pula kena mengena penilai jurnal dengan kualiti tesis?
Katakan semasa hantar tesis, kita sudah ada 4 kertas-jurnal. Katakan jurnal2 IF tinggi semuanya. Katakan lagi .... setiap kertas-jurnal dinilai oleh 2 orang. Ini bermakna tesis kita telah dinilai oleh 8 orang sebelum kita hantar kepada pemeriksa2 tesis!!
Dengan kata mudah; konsep, kaedah penyelidikan (research design) etc telah diakui atau diperbetulkan oleh orang2 pakar dalam bidang kita. Semasa viva, soalan2 yang ditanya oleh pemeriksa pasti boleh dijawap kerana kita sudah berhempas pulas menjawap komen2 penilai jurnal terdahulu.
Bayangkan kita tidak pernah terbit 1 kertas-jurnal pun, cukup sahaja 3++ tahun, hantar tesis. Agak2 apa akan jadi? Jika pemeriksa kata konsep penyelidikan salah? Jika pemeriksa kata data tidak betul? Adakah kita ada 3++ tahun lagi untuk membuat semula?

Garisan bawah
Dapat ilmu daripada orang kita tidak kenal!

27 June 2010

Kenapa Penerbitan? Part 1 - Kita Tidak Buat Sehingga Kita Terbit

Betul ke kita sudah buat?

Sesuatu perkara akan dikatakan menjadi apabila ia siap. Selagi tidak siap orang kata tidak sempurna atau tidak cukup ilmu untuk siapkan. Sama juga dengan penerbitan, ia dikatakan tidak dibuat sehingga ia diterima oleh penilai2, editor dan diterbitkan.

Kita kata kita buat banyak benda tetapi tiada bukti, adakah orang percaya? Atau perlu ke kita buktikan kepada orang lain bahawa kita memang buat?

Biasa kita jumpa orang kata dia buat banyak penyelidikan, banyak benda yang dibuat. Tetapi tiada satu pun penerbitan. Setiap hari di kedai kopi kata itu aku dah buat, ini bidang aku, aku pakar dalam bidang ini. Tetapi adakah orang percaya?

Bukti penyelidikan seperti kertas-jurnal penting dalam banyak perkara. senarai kertas-jurnal amat penting apabila memohon menyambung pengajian, biasiswa, geran penyelidikan dan kerja. Lagi panjang senarai, lagi baik. Tetapi pastikan penyelidikan itu kita buat, berkualiti yang banyak dirujuk oleh orang lain. Ia akan menunjukkan bahawa kita bukannya orang baru dalam bidang ini. Ataupun “I’m special one!”.

Masalah kita

Banyak kesimpulan boleh dibuat tentang penyelidikan tanpa penerbitan. Mungkin kita hanya main2 buat penyelidikan. Terpaksa buat penyelidikan atau ikut2 orang sahaja. Apabila orang buat ini, kita pun buat ini. Apabila orang buat itu, kita pun buat itu. Kerja2 seperti ini pasti akan dapat data2 yang biasa2 (surface) sahaja, data tidak cukup, data lompat2 (tidak menyokong antara satu sama lain). Data ini memang tidak boleh terbit, menulis nak siapkan satu perenggan pun pening.

Ada juga kita jumpa orang sangat pakar dalam bidangnya, tetapi gagal menggurus data seterusnya malas menulis. Cepat mengalah bila menaip dalam Word. Alahan tengok Excel. Itu belum lagi mengubah format EndNote.

Banyak kita jumpa pelajar yang amat bagus dalam kerja2 makmal dan boleh menjawab soalan2 yang ditanya tetapi gagal untuk menulis. Cara kerja tidak sistematik, menyebabkan banyak data berterabur dan tidak tersusun. Kreatif dalam cara kerja makmal dan bijak menulis adalah elemen2 terpenting untuk menjadi penyelidik cemerlang.

Begitu juga dengan pensyarah, semua BI sangat bagus (sebab semua grad London) tetapi tidak menulis. Tidak tahu apa masalahnya. Mungkin budaya menulis tidak sampai lagi.... menunggu beduk diketuk, baru nak tergadah. Biasa kita dengar bidang yang dibuat tidak dapat dibuat di Malaysia sebab tiada alat, bahan susah dapat, bahan kawalan bla..bla..bla... Maklumlah bidang kita Nuklear Fizik memang tak boleh buat di Malaysia pun. Mmm..... sampai bila2 pun tak boleh buat.

Jadi tidak perlu buat apa2 lah? Tidak perlulah menyalahkan keadaan, kita yang patut ubah keadaan. Kita pernah berada di tempat tinggi, maka mudahlah kita turun. Dari tempat penyelidik luar negara yang hebat ke tahap penyelidikan di Malaysia. Pasti kita boleh survive. Mungkin kita perlu 2-3 tahun untuk mengubah bidang. Tak apalah lewat bermula dan menulis untuk jurnal berimpak faktor rendah2. Sikit2 lama2 hantar ke Nature?

Teringat pesan Prof. Kariem dulu, “bila kau kerja di tempat baru nanti... mesti susah nak buat research. Alat tak ada. Tetapi jika ada FTIR pun sudah kira bagus. Kau buat je reseach macam Effect of Salt using FTIR.... Lepas tu hantar paper... tak kisah hantar ke jurnal bodoh2 pun .... yang penting kau tidak berhenti menulis. Bila dapat geran belilah alat lain pula”

Garisan bawah

Percaya tetap percaya ... Tapi perlu bukti.

23 June 2010

Jurnal 2 | Jurnal Nature atau Science

Mencari kepakaran ilmu - Dari Zaid bin Tsabit r.a bahawa Nabi s.a.w. menyuruhnya supaya mempelajari tulisan Yahudi sehingga saya menuliskan untuk Nabi s.a.w. surat-surat baginda (untuk orang Yahudi) dan membacakan surat-surat orang Yahudi apabila mereka berkirim surat kepada baginda. (Riwayat Bukhari)




Jurnal2 ini mempunyai sejarah tersendiri dan menjadi idaman setiap penyelidik. Ia mendapat impak faktor (IF) tertinggi merangkumi pelbagai kategori (Nature IF2009 = 34.480, Science IF2009 = 29.747). Penerimaan kertas-jurnal disini merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap penyelidikan kita. Walaupun bukan Anugerah Nobel, tetapi siapa yang terbit kertas-jurnal disini, mungkin 10 tahun lagi akan dicalonkan sebagai pemenang anugerah berprestig itu.


Oleh kerana jurnal ini terlalu mementingkan kualiti. Hanya insan2 terpilih saja dapat. Secara amnya inilah yang sebenarnya berlaku. Jurnal ini hanya dikhaskan oleh orang2 seperti ini. Siapa anda? Dan dari mana anda?




Regrets I've had a fewBut then again too few to mentionI did what I had to doAnd saw it through without exemptionI planned each charted courseEach careful step along the bywayAnd more, much more than this







Siapa anda?

Lebih ditujukan kepada orang hebat atau orang lama dalam sesuatu bidang tertentu. Sebelum ini mereka telah pun popular semasa persidangan, terkenal dengan penyelidikan terkiniberkualiti dan kertas-jurnalnya dirujuk (cited) beratus2 (ada yang beribu) kali. Mereka disegani oleh kawan dan lawan. Tidak kisahlah dari mana universiti dia berkerja.

Jadi dalam banyak2 penyelidikan yang mereka jalankan mesti ada satu kertas jurnal dihantar ke Nature atau Science setahun. Memandangkan penulis merupakan orang yang popular, pasti penilai2 akan menerima kertas jurnal tersebut. Mungkin penilai2 merupakan geng2 mereka juga. Penulis pun sendiri tahu yang mana kertas jurnal sesuai, berkualiti atau tidak untuk dihantar ke sini. Mereka mempunyai kod etika tinggi, yang terbaik tetap terbaik, yang buruk tetap buruk.

Dari mana anda?
Biasanya universiti terhebat dunia mengambil stafnya hanya yang berkualiti tinggi. Berdaya saing, aktif etc,.... bukannya dok perabis beras je. Temuduga dan saringannya amat ketat... macam scanner di airport, semua boleh nampak dan telus. Bukannya macam kita, dapat kerja guna kabel atau main tangkap muat je.

Sebagai contoh, jika ada kertas jurnal dari MIT, Harvard etc pasti pejabat penerbit akan beri perhatian. Kualitinya pasti terjamin tanpa perlu mengambil masa lama untuk dihantar kepada penilai. Jika kertas jurnal dihantar dari universiti tidak popular, pasti ditolak di pejabat penerbit lagi, bukannya oleh penilai!

Walaupun sesekali kita terjumpa data kertas-jurnal tidaklah hebat sangat. Hampir sama sahaja dengan data kita. Tetapi nak buat macamana, siapalah kita? Universiti mana kita datang?

Menumpang nama orang
Bagi sesetengah penyelidikan baru, mereka bergabung dengan penyelidikan lama yang telah ada nama dalam jurnal Nature atau Science. Setelah beberapa kertas-jurnal menulis bersama, dia sendiri akan popular. Lama kelamaan dia sendiri boleh berdiri atas kaki sendiri. Bukannya orang baru mengambil kesempatan, tetapi perkongsian bijak.

Gandingan lama dan baru penting untuk kesinambungan penyelidikan. Orang lama lebih berpengalaman dalam penyelidikan akan melatih orang baru. Cara kerja dan motivasi orang lama pasti berbeza. Orang baru pasti mempunyai idea giler2 dan tenaga mampu meningkatkan kualiti penyelidikan. Yang tua dihormati, yang muda disegani... ?

Gadingan paling biasa ialah dengan terus menerus menggunakan nama penyelia PhD dahulu. Biasanya apabila kita siap menulis kertas-jurnal, kita akan email kepadanya. Jadi sumbangan mereka adalah lebih kepada komen terhadap penulisan kertas-jurnal.

Benda ini ada baik buruknya. Kebaikan ialah kita akan terus menerus terbit kertas-jurnal. Setiap tahun akan dapat kertas-jurnal dalam IF tinggi. Keburukan, sampai bila kita perlu bergantung kepada orang lain? Bila kita nak buat penyelidikan 100% dalam makmal sendiri? Kemudian bolehlah menyanyi lagu 'l did it my way'.


I did it my way

Memang kita sangat bijak
Tidak dinafikan jika kita sangat bijak, otak bergeliga berkelip2 katakan, pasti boleh tulis terus kepada jurnal inilah. Tidak perlu tunggu sampai tua baru boleh terbit kertas jurnal di sini.

Biarpun kita tidak terletak dalam bahagian ni... Tidak bijak pun. Cuma kita kena usaha lebih sikit. Jika mereka berlari satu langkah, kita perlu berlari sepuluh langkah (ataupun seribu langkah?). Harap2 dapat bersaing (berlawan dan berkawan). Mungkin sehari sebelum pencen, kertas-jurnal kita diterima disini!! Hehe.... 

Garisan bawah
Kalau orang MIT hantar kertas kosong pun penerbit akan terima.... Hehe....

21 June 2010

Tulis Paper | Intro to Beginner

Sebelum bincang jauh dalam bab ini, ada beberapa kenyataan perlu dibuat:

i. Kertas jurnal sasaran ini cuma IF bawah dari 4.00, tetapi termasuk dalam 10% dalam kategori2 oleh ISI. Bukanlah sasaran yang macam Science atau Nature tu.

ii. Memang susah untuk kertas jurnal diterima disini (ya memang susah), hanya yang cekal dan tabah sahaja dapat.

Apa yang akan dibincang di sini mungkin menjadi sangat mudah bagi pelajar kita di luar negara. Mereka mempunyai cukup kemudahan, alat dan pengaruh penyelia. Bagi pelajar yang membuat MSc/PhD dalam negara ini mungkin amat susah. Takpalah di mana bumi dipijak, di sini juga kerja kena siap.

Kesusahan yang paling ketara ialah peralatan. Mungkin kita ada peralatan tersebut, terdapat terpaksa beratur untuk menggunakannya. Dan tidak semua yang kita rancang akan menjadi, maknanya kita kena ulang eksperimen lagi. Bila kata nak ulang ini, maknanya kena tunggu 6 bulan lagi baru dapat pusingan kita.

Kaedah untuk menyediakan kertas jurnl ini sama juga dengan MENULIS KERTAS JURNAL PERTAMA. Setelah diterima kertas jurnal pertama (IF rendah) dan dengan semangat menulis berkhobar2 bolehlah terus menulis kertas jurnal kedua (IF tinggi).
Perbezaannya cuma:
i. Mesti ada perbezaan (novelity).
ii. Kajian mestilah fokus dan mendalam, bukan kajian biasa (surface) sahaja.
iii. Data mesti banyak dengan rajah lebih kurang 10 rajah. Data A yang dapat mesti disokong oleh Data B, Data B mesti disokong oleh Data C dan seterusnya. Jangan ada data putus (tidak menyokong antara satu sama lain).
iv. Jika kita ingin menghantar ke jurnal pendek (Short Communication), data tidak perlu banyak. Tetapi data mesti mempunyai keaslian dan perbezaan berkualiti.
v. Mesti ada persamaan metamatik, persamaan kimia atau prinsip fizik. Setinggi ilmu kejuruteraan, mesti di sokong oleh ilmu sains.
vi. Mesti mempunyai model atau mekanisma proses yang berlaku.

Garisan bawah
Yang penting kita mencuba, kegagalan... memangnya teman kita.

19 June 2010

Italy 2010: Tour to Rome





End of Italian road, thank you to all .... Dr. Rosdi AMREC, Hazman, Cikgu Sham ... ciao!!

16 June 2010

Italy 2010: Forum kick off

General opening for 5th Forum on New Materials

Prof. F. Croce welcoming all participant and presenter to Electrochemical Energy Storage System session

09 June 2010

Italy 2010: Montecatini Terme, Tuscany

Fajr subuh at Montechini


From the Hotel
A quiet old place?


Mediterranean Fruits
Duroni ... Cherry?

08 June 2010

Italy 2010: Transit in Amsterdam

7 June
Camera SONY DSC-T50
1 hour transit before the flight to Florenze... went around Amsterdam for quick tour

Amsterdam is the city of bicycle...!







since we are in the beginning of fever ... then need to spend euro 70! to support orange team


02 June 2010

NRIC 2010

Congratulation to Li Ann, Nabihah, Khalidah (participants) and Najmi (PPKBSM representative) for Silver Medal.