31 January 2012

potong macam ni....


Potong telur masin rupanya ada caranya bukan main potong saja. Mesti tgk mana letak bayang bulatan telur kuning, kemudian potong tgh2 nya .... baru adil!!

30 January 2012

Ya Tuhanku … permudahkan rezeki kami di senja-senja begini


Banyak kali kita merungut tentang rezeki kita yang tak seberapa ni. Tapi bila lihat orang lain... barulah kita kata Alhamdullilah.

Dah berapa kali Alhamdullilah kita sebut hari ni?

27 January 2012

Langkah Mula 4 - 2. Belajar Menulis

Tiada siapa sangka kita ada penyakit selagi tidak menggangu kerja harian. Apabila masa bergerak, penyakit ini tersuluh sikit demi sedikit.

Jika baru tahu (dah dekat nak submit tesis) penyakit sudah parah. Sudah tidak boleh di selamatkan lagi. Sudah terlambat untuk membuat apa2 rawatan. Jauh sekali nak buat latihan. Jika ada pun, doctor kata "boleh wat balik rumah je.... ".

So kita patut diagnosis awal2, takut2 ada penyakit. Pemeriksaan dilakukan secara berkala. Secara sistematik. Jika ada tanda2 awal penyakit dalam penulisan. Harap boleh diubati sekarang.

Untuk menunggu student siap experiment PhD lama sangat. Mungkin satu semester atau satu tahun baru mula nak menulis. Jadi lambatlah SV diagnosis hasil pertama tulisan student tersebut. Kot2 ada cancer, ada allergic tengok monitor, phobia sentuh keyboard atau geli pegang mouse.

Belajar menulis bukannya nak target terus boleh publish dalam high impact factor journal. Cukuplah hanya scientific report biasa sahaja dulu. Asalkan boleh bezakan abstract dan conclusion pun ok.

Bila sudah dapat bezakan sesuatu, SV boleh tengok kemampuan student menulis secara cermat tanpa ada kesalahan technical, typo error etc.

Kalau dari mata turun ke hati, kini dari tulisan ceritakan pengetahuan penulis. Jika student boleh berfikir secara scientific, logic, creative dan critical ini menunjukan dia banyak membaca. Dia tahu apa yang dia buat.

Walaupun banyak mana senarai references ditulis, tak semestinya penulisnya faham. Ada student cuba bodek penulisan dengan list jurnal2 terbaik, tetapi understanding nya terbabas masuk longkang!

Jarang sangat dapat student yang terus sempurna pada laporan pertama. Tetapi setiap comments dari SV boleh digunakan oleh student belajar belajar menulis. Atau tahu gaya dan approach penulisan sv.

Jika student mampu pergi jauh lain, baru beralih ke format journal. Adakala SV mendapat student memang hebat, sekarang bolehlah SV koyal nak target high impact journal.

Ini baru peringkat RA. Peringkat training. Tetapi sudah bagus. Bayangkan student ini bila register posgrad.... Insya Allah boleh terbang. Patah sayap pun bertongkat paruh.

Apa nak tulis?
Jika kita dapat SV yang berpengalaman, pasti banyak ilmu dapat diambil. Kalau buat dengan SV baru .... kitalah bahan experiment itu!

1. Paper FYP
Student FYP biasanya buat project tikus putih. Project baru SV nak acu cuba try test. Biasalah adakala ok, banyak kala baru nak kenal rupa. Jika project tak ok, lupakan bidang baru ni. Jika ok pun, tempoh 4 bulan mungkin hanya siap experiment dan laporan. Manakala bila suruh tulis paper, mereka hanya copy-paste dari laporan.

Banyak benda yang tak betul lagi dalam paper FYP ni. Tapi project ini ada potential utk upgrade ke project postgrad. Cuma detail concept  ini akan di update student pre-postgrad.

Jika experiment belum sampai tahap paper, student pre-postgrad boleh buat. Jika semua results dan data ok, teruskan update menulis.

2. Paper Postgrad
Proses submission paper ada sangat cepat (bila kena reject) dan biasanya terlalu lama. Malah student postgrad sudah grad, barulah comments sampai.

Jika comments simple, SV boleh update terus. Masalah akan timbul bila reviewers minta  confirmation results tersebut dengan extra experiment. Jika SV nak buat experiment, memang takda masa.

Inilah peluang untuk student baru redo atau tambah experiment. Tambah experiment bukan setakat tambah experiment atau replot graf baru, tapi kena tulis balik. Restructure semua ayat atau storyline.

So SV bolehlah tengok student ni boleh ke improve old paper? Atau jadi tikus baiki labu.

3. Lab Manual
Tiada apa nak tulis, update saja undergraduate lab manual. Sekurang2nya berubah sikit manual ni. Mungkin kali terakhir update dulu masa perang Jepun. Senior report dah  passing generasi demi generasi.

Redo experiment dalam manual tersebut dengan material lain. Buat skima jawapan seperti format jurnal. Jika ada result bagus bolehlah cuba2 submit ke jurnal. Jurnal biasa pun ok. Sekurang2nya students undergrad boleh download dan baca sebelum masuk lab.

tebarkan usaha...

20 January 2012

tumpang minum...


Langkah Mula 4 | Buat Proposal Grant

Sebagai student postgrad kita patut tahu perkara2 berikut (jika SV tidak tahu, boleh cadangkan);

1. Buat Geran (Proposal)
Geran benda paling penting dalam research. Tanpa geran seperti pergi kedai mamak tak ada duit. Telan air liur saja tengok orang lain makan. Air suam pun 20 sen.

Sama juga di jabatan, nak tengok lab melalui cermin tingkat pun tuannya tutup dengan kertas. Nak masuk? Jangan harap! Inikan pula nak guna peralatan. So carilah geran sendiri.

Antara isi/content proposal geran ialah Introduction, Literature review, Methodology, Budget, Expected results etc. Kalau kita perhatikan betul2 format proposal geran sudah terlebih cukup untuk memberikan pendedahan awal kepada student baru. Pendedahan untuk merancang penyelidikan.

Kebaikan untuk student (dan SV :d);
i. Proposal pengajian
Sebenarnya apabila pelajar siap buat proposal geran, sebenarnya dia membuat proposal pengajian dia juga. Cuma proposal pengajian ini agak ringkas sedikit daripada proposal geran. So hanya perlu buat ringkasan saja. Student buat kerja 2 dalam 1.

ii. Ilmu buat geran
Pernah dulu disuruh oleh SV untuk membuat geran. Mulanya tak puas hati,
"kenapa aku kena susah2 untuk buat geran untuk SV dan students lain tidak?".

Tetapi bila kita sudah jadi lecturer universiti, pada masa inilah semua benda kena buat. Nak buat lecture note, dilantik jadi kuli AJK kutip sampah etc.... Dan paling best masa nilah tarikh tutup geran penyelidikan. Ataupun semua grants datang bertubi2 dan tarikh tutup hampir sama.

Jika focus kepada buat geran, habis terbengkala kerja hakiki lain. Harian jadi makin sibuk. Jika tidak apply tahun ini, alamatnya setahun lagi boleh apply.
Sedangkan sekarang pun dah diberikan 5 orang students FYP. Banyak chemical kena beli. Banyak alat kecik2 kena tempah etc. Ini semua kena ada duit. So.... Nak duit kena apply geran. Berani guna duit sendiri?

Cuba bayangkan masa ini baru nak kenal geran. Itu belum lagi cerita nak menulis geran. Cari references, tentukan format, cari quotation untuk budget. Belum lagi masuk bab trick & tactics pancing assessor bahawa project ini
"baik punyaaa...".

Tetapi bila teringat pernah jadi kuli SV dan pernah buat proposal geran untuknya dulu....... terus cari file "Grant Projek PhD Aku" simpan di dalam folder mana. Bila lihat file doc lama ini, barulah kita akan sedar, appreciate, terharu, berterima kasih atas segala tunjuk ajar SV (dan marah2nya) dulu.

Sebenarnya SV telah ajar membuat geran dan menjawab komen2 daripada penilai2. Kita sudah ada pengalaman buat geran bernilai RM1.5j! Inikan pula nak minta geran RM40k!

Dan dalam masa sepagi Insya-Allah kita dah siap buat geran. Itulah kehebatan kita. Berkuli2 dahulu, bersenang2 kemudian.

Sedangkan kawan2 lain dah mengalah, dengan ayat nak tenteramkan hati sendiri.... "ko submit pun, belum tentu dapat".... Hahaha.

iii. Perbelanjaan
Duit geran nilah yang akan cover semua perbelanjaan pengajian kita. Bayar gaji RA, beli chemical etc. Jika ada lebih, bolehlah pergi conference di Paris! (Batu Feringgi tak mainlah).

So mintalah geran untuk pengajian diri sendiri (dengan bantuan SV).

Cuba minta daripada SV buat geran;
1.     Pasca siswazah / Vote F - geran max RM40k.
2.     Geran FRGS, Science Fund, ERGS - max RM200k
3.     External grant ExxonMobil - max RM30-50k

14 January 2012

Langkah Mula 3 - RA Testing

Imam Syafie pernah memberi nasihat, "Tinggalkanlah orang-orang yang jika mendatangimu berpura-pura sebagai ahli ibadah, padahal di tempat sepi mereka bagaikan serigala-serigala buas".


Untuk pengambilan student baru. SV sekarang sangat berhati2. Bukan main tangkap muat. Bukan yang datang bergolek itu emas. Bukan yang melayang itu duit kertas (silap2 parang terbang ... mati career SV!). Mungkin disebabkan kerenah senior dulu yang menconteng carbon nanotube ke muka SV menyebabkan QC menjadi lebih ketat.

Langkah paling baik, test student dengan RA. Test dengan masa. Masa yang lama. Mungkin seminggu student boleh berlakon. Sebulan boleh tahan. Kalau 3 bulan?

Bayar gaji RA seminimum mungkin. Bukan tidak mampu bayar lebih, cuma nak tahu student datang nak kerja (dapat gaji lagi penting) atau memang niat nak belajar (walaupun susah mana pun). Kalau student still minta gaji lebih, SV boleh tunjukan SV mana yang boleh bayar gaji RA lagi mahal!

Bagi SV berpengalaman, mereka tanamkan sikit perasaan tidak percayakan students, pada keadaan2 tertentu;
1. Tidak semestinya pointer 4 flat boleh berfikir sendiri dan rational.
2. Tidak semestinya tidur dalam lab boleh buat experiment.
3. Tidak semestinya pandai cakap BI boleh siapkan satu paper.

Kebanyakan SV akan bagi tempoh percubaan kepada semua pelajar. Bukan hanya SV tengok pelajar, tapi student boleh menilai SV juga.

Menurut seorang professor, 3 bulan cukup untuk menilai seseorang student. Jika SV masih teragak2 mungkin boleh tambah 3 bulan lagi (cukup maximum 6 bulan, satu semester). Kemudian buatlah kesimpulan.

Dalam masa 3-6 bulan ini apa yang perlu dibuat?

Sebagai latihan semasa RA untuk jadi pelajar PhD (sebelum student jadi lecturer dan SV nanti) benda2 ini (sekurang2nya) patut diketahui oleh student. Buat proposal geran, menulis report (buat paper) dan buat kerja2 makmal.

Ketiga2 ini mesti bergerak selari. Sambil menyelam, sambil minum air dan jangan lupa tangkap ikan sekali. Takkan student PhD kebanggaan orang kampung, tidak boleh buat 3 kerja serentak?

Katakan kita sebagai student marine biologist buat PhD tajuk, "Can clown fish make jokes?", pada peringkat awal, adakah dia hanya perlu membaca journal, melihat gambar dari buku, atau tengok saja citer 'Finding Nemo'?

Lebih baik SV bawanya terus ke laut. Tumpang expedition student senior. SV akan tunjuk, "macam inilah kerja PhD awak, yang itu kerja2 PhD student lain, sana awak tak perlu tahu .... bla...bla".

Memang betul student pening, banyak benda tidak tahu, banyak soalan bermain di kepala. Bila tanya SV, SV hanya senyum.

Sekurang2nya student 'nampak' secara keseluruhan ke mana haluannya. Bukanya 6 bulan baca sahaja bertimbun2 jurnal, sedangkan research gap sangatlah kecil dan mengecil.

Bila balik nanti, tidak perlu buat benda tidak penting. Terus baca dan buat kepada focus kajian sendiri. Insya Allah, next expedition di buat khas untuk PhD kita. Cuma.... jangan mabuk dipukul ombak di perjalanan!

07 January 2012

Langkah Mula 2 - Adaptation


If you have heard the expression, "if you want something done, ask a busy person".

Jika student yang datang memang sudah ada pengalaman (contohnya student PhD), pasti soalan berkaitan FAQ teknikal pada 1st meeting. "Berapa lama tempoh pengajian?", "Wajid ke penerbitan?" etc.

Tetapi untuk pelajar MSc semuanya tidak tahu. Malah beza desertation dan thesis pun belum terjawap. Semua main hentam. Jauh sekali persoalan servival selepas belajar.

Student baru bagaikan rusa masuk kampung. Berjalan pun salah, berlari nanti nampak menonjol sangat. Sometime dok diam, sometime rasa macam nak langgar dinding bila dengar senior bercerita dan menunjukkan senarai papers yang dia dah published.

Apapun paling penting untuk hari2 awal ini ialah adaptation dan kenal orang. Tak perlu tanya "macam mana nak run mesin ni....?"

Jika jumpa SV yang bagus, berpengalaman dan sudah ada framework atau plan asas pengajian postgrad, alhamdullilah... sudah terbayang tangga naik stage convocation. Carpet merah dan kuning.

Disebabkan SV pun manusia ada masa dia free dan banyak masa dia banyak kerja. Dan berlakulah "tarik tali" student dengan SV.

Tajuk
Mula2 SV bagi tajuk secara general saja. Tidak ada tajuk khusus. Contoh tajuk research ialah 'Awak Pergi KL". KL tu luas. KLCC itu di KL. Kampung Kerinchi pun KL. Tidak dinyatakan lebih daripada itu.

Bagi student yang terror, tak kisah. Dia boleh berfikir sendiri. Tetapi bagi student yang tidak tahu KL (slow sikit), amat susah.

Apabila nampak student sudah terbabas sikit, SV bagi specific sedikit "Awak pergi KL guna Bas dan tunggu Dataran Merdeka". Tapi, Dataran Merdeka pun juga luas. Jadi inilah pula masa SV menilai keupayaan student pula untuk menyelesaikan masalah. Untuk menyempurnakan task.

Paling mudah boleh ke student berfikir?

Baca
SV suruh BACA, baca.... dan baca.

Bagi student lurus pembaris, memang kerjanya dok baca saja. Entahlah apa yang dibaca. 6 bulan kerjanya baca saja. Dari 5 kertas jurnal atas meja hinggalah tiada ruang lagi. Kemudian tumpang meja kawan sebelah untuk letak kertas jurnal.

Macam orang giler, hari2 baca. Tiada haluan. Tiada tujuan. Memang mendera minda.

Walaupun baca mesti ada caranya. Sebenarnya baca saja rugi. Student patut bergerak semua. Bukan saja otak bergerak, tapi fizikal pun mesti berkerja.

SV kena plan short term KPI untuk student baru ni. Pada hari pertama lagi sepatutnya ajar student menulis dan buat experiment (buat kerja).

Walaupun kerja simple, tapi mampu untuk keep them busy. Bukan nak buli student. Bukan jadikan hamba. Tapi ajar jangan bazir masa!


keep them busy!

04 January 2012