31 March 2013

Tulis Tesis 3 | Siapa Tulis Tesis? Kes 2


Kes 2. Ditulis Oleh Student & SV
Student tulis draf tesis banyak kesalahan. Kesalahan teknikal dan kefahaman (ya betul lah tu, ini namakan student). Tetapi SV tidak boleh terima tahap kecekapan students seperti ini, maklumlah SV dulu grad daripada Universiti Terhebat Planet Marikh (UTPM).

Apa yang dibuatnya, SV minta softcopy draf tesis tersebut dan terus edit tanpa kehadiran student. Student tidak tahu pun apa perenggang yang ditambah dan apa ayat yang dibuang. Tahu2 sudent dapat email Chapters sudah siap. Dengan gembiranya student print dan susun Chapters untuk siapkan tesis.

Kes ini biasanya dapat dikesan semasa viva. Tesisnya cantik tersusun indah, tetapi Q&A gagal!
Banyak ayat2 tertentu ditanya olen examiner viva, tidak dapat dijawap.

Moral of the Story?
SV program student jadi robot, bukanya mendidik student jadi student!

2 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=pbUMJKQPGWk

    ReplyDelete
  2. BESTnye kalau sv buat camtu!!! huhuhu :)

    ReplyDelete