26 June 2011

Pemilihan Penyelia 3a – Banyak Bidang

Roti Canai di Jalan Sungai, Parit Buntar
Persoalan
Adakah orang buat banyak benda dia betul2 faham apa yang dia buat? Ataupun hanya cakap ‘on surface’ sahaja dan yang lain kelentong ..tong.. tong... pagi hingga petang.

Memang ada orang yang sangat bijak dapat cover banyak bidang. Bilangan ‘gifted person’ sedikit sahaja. Tetapi besar manapun kepala kita atau bijakmana pun pasti akan dibatasi oleh ruang dan masa.

Jika kita jumpa orang tertentu dalam bidang tertentu, katakan bidang kita Nasi Lemak. Disebabkan bidang ini luas, akan ada ramai orang popular dalam bidang ini. Nama mereka akan disebut2 disebabkan sedapnya makanan dihasilkan oleh kedainya.

Apabila bidang nasi lemak ini dibahagikan pula kepada sub-bidangnya, contohnya nasi sahaja, sambal sahaja, telur sahaja dan sayur sahaja etc, kita akan jumpa pula orang lain championnya. Bagi champion ini biasanya dia akan study sub-bidang ini dari mula sampai pencen. Katakan, dia hanya study nasi sahaja, dia akan study nasi bersantan, nasi biasa, temperature memasak etc. Itu belum lagi pelbagai effect (methodology) terhadap memasak nasi.

Paling menarik, walau pun dia sudah menulis beratus papers dan berpuluh buku berkenaan sub-bidang Nasi Lemak (memasak nasi), dia tetap tidak berani komen bidang utama atau sub-bidang lain. Bila ditanya kepada orang ini pasal Sambal untuk nasi lemak, dia tidak malu kata, "saya tidak tahu pasal Sambal, tapi saya tahu siapa yang tahu". Dia terus suruh rujuk kepada Prof X atau Prof Y yang pakar buat Sambal sahaja. Tetapi jika tanya pasal nasi (bidang specificnya) untuk Nasi Lemak, sampai petang pasti tidak abis.

Sebab itulah jika kita lihat Prof tertentu, kerja kumpulan penyelidikannya sangat fokus. Kalau dibuatnya modelling, sampai pencen dia akan buat benda ini.

Bagaimana untuk melihat Penyelia mempunyai specific bidang ini? 
Sv yang bagus akan hadkan penyelidikanya kepada 3 topik utama:

i. Bidang kerja2 sama postgrad dia dulu
- terus menerus membuat penyelidikan sama walaupun dengan pelbagai modification disebabkan kekangan alat dan pengurusan manusia.

ii. Bidang berkaitan pengajaran tetapi masih selari dgn kerja2 postgrad dulu
- biasanya sekurang2nya satu graduate course aligned dengan sv research interest. 
- untuk menambah perisa semasa mengajar (walau pun undergrad), sv membuat research bidang ini (minor area)

iii. Idea giler2 
- buat sesuatu lain dari arus perdana, biar orang kata gila, sebab ini memang kerja giler (yang penting jangan jadi giler.... Haha).
- idea datang bila penyelia aktif buat collaboration dgn researcher lain. Tapi masih dalam bidang sama

Contoh satu lagi, jika bakal sv kita bidangnya Roti Canai, tetapi pada masa sana dia juga membuat Murtabak & Capati. Walaupun ini nama berbeza tetapi dimasak atas hotplate sama dan masih dikira satu bidang. Jadi pilihan anda tepat.

Cuba Elak
Jangan cari sv yang semua benda dia buat. Kata orang "tolak kayu dan batu, semua dia buat".
Takut2 kita pun jadi kayu.

Dapatkan
Carikan sv yang buat satu bidang sahaja. Sesebuah kedai makan popular sebab ia hanya specific satu makanan sahaja. 

Cuba tgk kedai mamak semua makanan ada, sedap ke?

Garisan Bawah
Jika dilihat di atas, maknanya hala tuju hidup (& research) kita bermula dengan pemilihan penyelia!

2 comments:

  1. hahaha saya sokong...olahan yang mudah difahami..kalu semua benda kita buat..kita cuma tahu on surface sahaja dalamannye masih samar-samar..kalu kita fokus satu2 bidang sahaja mungkin bidang tsebut kita la juaranye...

    ReplyDelete
  2. tapi kadang2 researcher ada yg lambat 'pick up'..jd kesabaran pengajar tunjang segalanya.. =)

    ReplyDelete