Showing posts with label Viva - 1. Presentation. Show all posts
Showing posts with label Viva - 1. Presentation. Show all posts

14 August 2017

Slide Problem Statement

Asm,
Antara banyak2 students FYP presentation, ada seorang student lain dari yang lain. Dia hanya letak gambar, circles, arrow and few words dalam slide Problem Statement (seperti gambar bawah). Bagi saya ini cukup menarik.

Disebabka otak manusia tidak boleh buat multitask pada masa sama (membaca, mendengar, memahami), terutama sekali jika kita sampaikan complex information. Too much text on a slide is the worst way of transferring information. Akhir sekali, audience won’t retain a thing.

Biasanya otak kita are wired to process visual information i.e. gambar, graph, chart (bukannya text, numbers, bunyi) untuk pemahaman yang cepat dan memdalam. Scientists kata ni ilmu.. kesan “multimodal” learning.

Sila ubah slide anda kepada... less words (bukan No Words at all). Letakkan gambar/plot/visual untuk menarik examiner.. berenti belek2 tesis, berenti main wasap. Buatkan mereka tunggu explanation kita. 

Jika ada PPt students macam ni, memang saya akan bagi A (postgraduate pun Passed Without Correction hahaha)!



01 August 2017

1st & Last Slides

Assalaimualaikum,
Saya settlekan benda wajid pada slide Ppt Viva Presentation, sebelum pergi kepada slides lain. 
Slides 1st dan Last simple saja, common sense, tapi masih lagi students pening lalat.

1st Slide
Ini hampir semua students tahu, Logo universiti, Course dan Dept. Bermula dengan Title, Nama student, Matrix number, Nama SV etc.


Last Silde
Letak saja.... “Thank You”.
Bukan nak cerita pasal last slide, tapi selepas slide ini. Sometime ada examiner terlebihkuah dari sudu’, tanya selain yang kita letak dalam slide 10 minit ini.
Sebagai backup saya selalu nasihatkan students letak slide extra (macam appendix gitu). Letak benda2 yang mungkin (possible questions) examiners akan tanya.
STOP presentation dekat slide “Thank You”, hanya bila examiners tanya baru boleh pergi kepada slide appendix ini.


Note: Tak perlu letak slide Acknowledgement kepada mak ayah atok nenek sini

26 July 2017

Contents Viva Presentation

Assalaimualaikum,
Mungkin student tanya apa benda perlu letak dlm Viva Presentation?

Pasti students tidak boleh squeeze semua 120 pages tesis dalam masa 10-15 minit presentation ini. Walaupun perlu ambik yang betul2 penting saja, jangan tertinggal pula storyline hero dan heroinnya.

Ini contoh BASIC contents yang perlu ada dalam viva presentation (yang lain bergantung kepada dept dan sv, masing2).

Note: Letak slide contents ini selepas slide pertama.


21 July 2017

Fonts dan Saiz Power Point Presentation

Asm,
Satu lagi bab sunat dan khilaf menyediakan buat Ppt viva presentation ialah pemilihan jenis Fonts dan Saiz. Ada banyak mazhad, tetapi paling penting ianya mesti simple dan senang mata memandang. Fonts yang terlalu fancy atau kecil akan menyakit mata (mata sakit, nak fahamkan isi satu hal lagi).

Setakat ini tiada lagi dengar standard untuk fonts dan saiz kebanyakan hanya tekankan sifat2 sesimple mungkin, jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar. Jika ada banyak space atas slide, boleh ubah/ejas dengan kesesuaian semasa.

Mungkin semasa menulis Ppt, pandangan mata kita dah ok (sebab kita dekat dengan PC), tetapi bagi audience yang melihat guna projector dan berada di belakang akan melihat dari pandangan berbeza.

Sebelum kita buat PPt, bayangkan kita sebagai audience... Adakah mereka selesa dengan Fonts dan Saiz slide kita?

Fahamkan juga keadaan bilik viva, projector dan susunan audience sehinggakan orang yang terbelakang dapat membaca dengan jelas (dan boleh follow apa yang kita nak sampaikan). Projector yang usang dengan bulb lama juga akan tenggelamkan semua design kita.

Jenis Fonts
- Elak: Fonts yang terlalu bercorak/curve i.e. Freestyle Script, Design, Mistral etc. ‘Times New Roman’ pun dianggap serabut kerana banyak curves.
- Guna: Fonts yang simple dan mudah dibaca. Paling biasa dan klasik ialah Arial, Helvetica, Futura, Gill Sans dan Rockwell. Fonts Arial paling popular sebab adalah lurus dan senang mata melihat.
- Guna: Biasakan guna Bold pada Arial untuk membezakan Title dan Text (elakkan guna underline).



Size Fonts
- Elak: Saiz terlalu kecil i.e. 8, 10, 12 points
- Guna: Saiz paling kecil ialah 18 points (kurang daripada ini, examiners perlu bawa teropong hehehe)
- Guna: Saiz paling besar bergantung kepada ruang yang ada pada slide (tetapi biarlah nampak sesuai tanpa ganggu Figure atau Table)


08 July 2017

Pilih Template Ppt Viva

Salam, 
Pemilihan template power point (ppt) ialah perkara mula-mula perlu dilakukan. Templete yang bagus akan menarik minat pihak examiner untuk mengikuti apa yang kita nak sampaikan dari awal hingga akhir. Pemilihan template yang menyakitkan mata, pasti kita sorang saja yang cakap (syok sendiri depan examiner).


Pilihan template/design sildes

Elakkan:

1. Corak - terlalu banyak corak pattern sehinggakan tenggelam text point.
2. Color - color terlalu contrast dan banyak yang menyakitkan mata.
3. Animation - setiap slide ada animation. Kalau animation bagus ok, tetapi mata examiner akan tertumpu di benda berkelip-kelip tu (hingga terlupa points yang kita nak ceritakan). Kalau animation tidak bagus, semua examiner akan tutup mata... disaster! 
4. Layers - dalam satu slide, buat banyak layers atau animation bertindih-tindan. Mungkin bagus jika semuanya berjalan lancar, tetapi nahas lagi berdebar jika tersilap langkah semasa viva. Pasti, perlu banyak masa untuk membuat slide dan buang masa jika examiner suruh reverse untuk previous slides.


Color terlalu dark/contrast dan ada pattern akan ganggu text

Frame akan 'menghilangkan' text nanti

Simple tapi color tidak ceria, macam sedih saje masuk viva :)

Sepatutnya:
1. Guna silde paling ringkas - mungkin guna 1-2 patterns atau light colors. Saya pernah tengok students hanya guna blank slide dan garisan hitam saja untuk membezakan slide title.
2. Uni Slide - jika uni ada slide rasmi, boleh guna (tetapi saya edit sikit dengan membuang pattern yang banyak dan color yang contrast).


Pattern yang simple dan color light
Paling simple - Blank!

Slide Uni - Front slide

Slide Uni - Text slide

Ingat! viva bukannya tempat untuk pertandingan ppt tercantik, cukuplah sekadar examiner faham apa yang kita dah buat (yang penting ialah tesis). 
Note: xde markah pun dalam rubric bagi ppt untuk dapat MSc/PhD terbaik :) (untuk FYP ya ada markah untuk bahagian presentation).

16 June 2017

Viva Presentation: Reference Dalam Slide

Salam,
Sudah jadi kebiasaan bila buat ppt presentation, kita akan letak statements/fakta2 literature. Tidak mungkin semua fakta2 tersebut kita yang buat, pasti diambil drpd tempat lain. Dengan adanya refs, slide akan nampak ‘lebih scientific’ dan 'significant' (wlpn ada examiner xkesah pun hahaha).

Jika fakta2 ini tidak disokong (rujuk) mungkin examiner akan tanya:
“Betul ke ni?”,
“Hang ambik mana?”

Kebanyakkan statements/refs ini diambil daripada papers, atau buku. Refs yang diletakkan mesti seringkas mungkin tidak menganggu main text, mesti simple tidak serabut etc. Tidak perlu letak refs untuk setiap slide, hanya tempat2 tertantu (bila melibatkan fakta2 literature).

Cara simple letak refs dlm ppt:
  1. Pastikan no ref ada dalam main text dan di ref mengunakan format i.e. 1 atau [1]
  2. Guna nama penulis yg penting saja, yang lain letak “et al.’
  3. Letak nama Journal, guna abbreviation.
  4. Volume, tahun dan page pertama saja
  5. Fonts sekecil mungkin drpd Font main text
  6. Jangan letak banyak refs max 3 refs saja.
  7. Posisi refs bawah skali, atau mana2 space kosong




03 October 2015

Viva presentation

Salam,

Biasanya apabila masuk meeting viva (sebagai examiner, pengerusi @ wakil dekan)), paling boring sekali berkenaan presentation ialah penyediaan PowerPoint (Ppt).


1. PowerPoint yang dah jadi PowerSentence (elakkan) 
- Sentence panjang2
- Student membaca depan panel
- Susah nak faham (apa yg nak disampaikan)
- Student lebih menghafal script (tanpa faham apa yg nak disampaikan)
- Akhir sekali, examiner pun tak peduli apa yang student cakap, terus focus kepada tesis (untuk tambah soalan)



PowerSentence?



2. PowerPoint dengan Visual (terbaik)
- Points penting saja (sentences tu hafal la)
- Banyak gambarajah (visualize Ppt)
- Mudah nak recall bila panic, terlupa sentence panjang
- Mudah panel nak faham dlm masa 10-15 min presentation.




Visualize Ppt