Tiada siapa sangka kita ada penyakit selagi tidak menggangu kerja harian. Apabila masa bergerak, penyakit ini tersuluh
sikit demi sedikit.
Jika baru tahu (dah dekat nak submit
tesis) penyakit sudah parah. Sudah tidak boleh di selamatkan lagi. Sudah
terlambat untuk membuat apa2 rawatan. Jauh sekali nak buat latihan. Jika ada
pun, doctor kata "boleh wat balik rumah je.... ".
So kita patut diagnosis awal2, takut2
ada penyakit. Pemeriksaan dilakukan secara berkala. Secara sistematik. Jika ada
tanda2 awal penyakit dalam penulisan. Harap boleh diubati sekarang.
Untuk menunggu student siap experiment
PhD lama sangat. Mungkin satu semester atau satu tahun baru mula nak menulis.
Jadi lambatlah SV diagnosis hasil pertama tulisan student tersebut. Kot2 ada
cancer, ada allergic tengok monitor, phobia sentuh keyboard atau geli pegang
mouse.
Belajar menulis bukannya nak target
terus boleh publish dalam high impact factor journal. Cukuplah hanya scientific
report biasa sahaja dulu. Asalkan boleh bezakan abstract dan conclusion pun ok.
Bila sudah dapat bezakan sesuatu, SV
boleh tengok kemampuan student menulis secara cermat tanpa ada kesalahan
technical, typo error etc.
Kalau dari mata turun ke hati, kini
dari tulisan ceritakan pengetahuan penulis. Jika student boleh berfikir secara
scientific, logic, creative dan critical ini menunjukan dia banyak membaca. Dia
tahu apa yang dia buat.
Walaupun banyak mana senarai
references ditulis, tak semestinya penulisnya faham. Ada student cuba bodek
penulisan dengan list jurnal2 terbaik, tetapi understanding nya terbabas masuk
longkang!
Jarang sangat dapat student yang terus
sempurna pada laporan pertama. Tetapi setiap comments dari SV boleh digunakan
oleh student belajar belajar menulis. Atau tahu gaya dan approach penulisan sv.
Jika student mampu pergi jauh lain,
baru beralih ke format journal. Adakala SV mendapat student memang hebat,
sekarang bolehlah SV koyal nak target high impact journal.
Ini baru peringkat RA. Peringkat
training. Tetapi sudah bagus. Bayangkan student ini bila register posgrad....
Insya Allah boleh terbang. Patah sayap pun bertongkat paruh.
Apa nak tulis?
Jika kita dapat SV yang berpengalaman,
pasti banyak ilmu dapat diambil. Kalau buat dengan SV baru .... kitalah bahan
experiment itu!
Student FYP biasanya buat project
tikus putih. Project baru SV nak acu cuba try test. Biasalah adakala ok, banyak
kala baru nak kenal rupa. Jika project tak ok, lupakan bidang baru ni. Jika ok
pun, tempoh 4 bulan mungkin hanya siap experiment dan laporan. Manakala bila
suruh tulis paper, mereka hanya copy-paste dari laporan.
Banyak benda yang tak betul lagi dalam
paper FYP ni. Tapi project ini ada potential utk upgrade ke project postgrad.
Cuma detail concept ini akan di update
student pre-postgrad.
Jika experiment belum sampai tahap
paper, student pre-postgrad boleh buat. Jika semua results dan data ok,
teruskan update menulis.
2. Paper Postgrad
Proses submission paper ada sangat
cepat (bila kena reject) dan biasanya terlalu lama. Malah student postgrad
sudah grad, barulah comments sampai.
Jika comments simple, SV boleh update
terus. Masalah akan timbul bila reviewers minta
confirmation results tersebut dengan extra experiment. Jika SV nak buat
experiment, memang takda masa.
Inilah peluang untuk student baru redo
atau tambah experiment. Tambah experiment bukan setakat tambah experiment atau
replot graf baru, tapi kena tulis balik. Restructure semua ayat atau storyline.
So SV bolehlah tengok student ni boleh
ke improve old paper? Atau jadi tikus baiki labu.
3. Lab Manual
Tiada apa nak tulis, update saja undergraduate
lab manual. Sekurang2nya berubah sikit manual ni. Mungkin kali terakhir update
dulu masa perang Jepun. Senior report dah
passing generasi demi generasi.
Redo experiment dalam manual tersebut
dengan material lain. Buat skima jawapan seperti format jurnal. Jika ada result
bagus bolehlah cuba2 submit ke jurnal. Jurnal biasa pun ok. Sekurang2nya
students undergrad boleh download dan baca sebelum masuk lab.