Showing posts with label Tesis - C. References. Show all posts
Showing posts with label Tesis - C. References. Show all posts

26 May 2020

Perisian Pengurusan Rujukan

Salam,
Perisian rujukan sepatutnya kita sudah selesai/mahir semasa undegraduate lagi, atau semasa membuat FYP. Walau bagaimanapun, bila membaca tesis/manuskrip/laporan, masalah petikan rujukan masih tidak sempurna.
Banyak perisian rujukan ada dipasaran, tapi bagi saya cukup 2 perisian ini untuk anda. Anda perlu jadi mahir menggunakannya (hingga tahap boleh mengajar orang lain). Perisian rujukkan pilihan saya ialah:
  1. Mendeley
  2. EndNote
Pengurusan perisian rujukan/petikan, membolehkan anda untuk:
  1. Kumpul rujukan
  2. Menyimpan rujukan dalam akaun web atau pada desktop
  3. Menyusun rujukan
  4. Tambah Nota pada rujukan
  5. Pautan ke teks penuh, halaman web dan dokumen
  6. Memetik rujukan dan mewujudkan bibliografi pada tesis, manuskrip etc



23 May 2020

References Google Scholar Untuk EndNote

Salam Ramadan,
Bila baca report, tesis etc, biasanya kita mesti tengok references apa yang mereka guna. Tapi bila refs ada macam2 gaya…huruf besar, huruf kecik, ada volume, hilang pages etc. lagi stress nak baca.
Ok, macam ni. untuk dapatkan penulisan references yang consistent, bukan sahaja guna software EndNote etc … tapi kita juga mesti ambik dari pengkalan data yang reliable contoh paling senang dan free.. Google Scholar!
Ini contoh mudah mcmn nak download data refs dari Google Scholar untuk EndNote!


31 January 2017

Gaya menulis Literature Review (Citation References)

Salam,
Menulis untuk Introduction (Chapter 1), Literature Review (Chapter 2) atau Review Paper ada banyak styles. Pandai menulis orang suka baca, tak pandai… sangat boring wlpn semuanya faktanya betul. Menulis bukan 100% bergantung kepada pandai BI saja.

(Note: Apa style yg anda guna xda fatwa kata salah. Cuma pandangan khilaf saya saja. Saya pun banyak buat salah. Tapi teruskan belajar ilmu baru)

Untuk post ini, saya bawa satu contoh style penulisan iaitu… berdasarkan citation references (tangok cara cite pun kita boleh nilai quality penulisan).

Elakkan
Semua para bermula dengan nama penulis paper, Name et al. …. (tgk contoh pict bwh). Atau setiap para ada nama penulis paper.

Student menulis macam straight forward, John kata…. Mamat kata…. Lim report….. (ya pasti orang yang report, kucing tak menulis bos!). Memang boring membaca dari satu para ke para berikutnya.

Paling ditakuti style ni ialah copy-paste para-to-para. Nak tebalkan tesis, nak info tu tetap ada dalam tesis. Copy dari paper reference, terus paste ke LR kita (cuma edit sikit2 saja).

Ini dah jadi plagiarism!  Yang paling parah, student tak baca/belajar/faham apa pun dr reference tersebut, cuma kerja copy-paste.


Sepatutnya
Student boleh campur gaya menulis. Ada yang bermula dengan nama penulis, materials, method, latest report ets.

Paling best ialah…. students faham setiap paper ref tersebut (boleh buat kesimpulan sendiri, ambik intipati saja, extract info) dan re-write balik dalam bahasa lagi mudah difahami (tgk contoh kanan, para last).


Inilah dinamakan process belajar untuk menjadi sarjana…. bukan pakar copy-paste, bila tanya balik dalam viva…. xtau!



Contoh komen daripada reviewer berkenaan cara menulis atau cite reference dalam text/para


20 December 2016

Reference Untuk Tesis

Salam,

Saya cuba compile & jawap beberapa soalan2 students pm tanya berkenaan refs dlm tesis. Anda boleh tanya utk tambahkan lagi compilation ini. Pasti tak semua saya boleh jawap, tapi Insya Allah saya akan rujuk dengan beberapa tokguru2 besar utk dpt jawapan terbaik untuk anda.

Mcm Tanyalah Ustaz la plak :)


Q: Berapa banyak perlu refs utk tesis?
A: Tak timbul soalan 'berapa banyak' kerana ia bergantung kepada bidang kita. Cth: Orang mathematik biasanya refs sangat kurang drpd org bio/medic. Lagi focus kita kpd novelty, lagi kurang bilangan refs kita. Ada tesis/paper dr US, refs dia hanya drpd seorg prof saja... sbb benda tu hanya prof tu saja buat. (Note: tesis kita tak la sampai focus mcm tu, mungkin kita lagi general... nak dapat cite 100 refs sgt mudah).

Q: Perlukah semua refs dalam Chapter LR dimasakkan dlm Chapter Results & Discussion?
A: Tak. Biasanya refs dlm Chapter LR lagi banyak sebab ia bermula dari background/basic hingga ke latest papers. Utk Chapter Results & Discussion, refs lebih digunakan utk support statements kita. Support benda yg kita xboleh buat, tapi sangat berkaitan dgn results kita. (Tips - Chapter Results & Discussion ialah tempat 'kita berkarya', bukan sentiasa bergantung kpd org/cite, so kurangkan refs sini).


07 March 2016

Refs + Tips | Citing too many citations

Asm,

Antara ‘ilmu sesat’ yang saya dapat semasa menulis manuskrip ialah disuruh meletakkan sitasi (citation) sebanyak mungkin. Ya... hampir setiap ayat.
(Slide: Example)

Selepas sebulan, komen penilai pun sampai. Tetapi penilai melihat dari pandangan berbeza (Slide: Comment). Makna mudah komen ialah “hang memang xde otak! Shrimp brain (otak udang)! adoiiiii… hehehe...

Memang betul pun komen penilai. Apabila sitasi terlalu banyak, penulisan kita akan ‘hilang kesarjanaan’. Terlalu terikat dengan pemikiran orang lain.

Antara sebab utama kenapa kita guna banyak sitasi ialah:
  • Keputusan (Results) kita tidak cukup, ini akan menyebabkan penceritaan (flows) putus berlubang2. Untuk tutup lubang2 ini banyak sitasi digunakan.
  • Memang kita tak faham topik tu (malas nak kaji mendalam).

Moral of the cerita…. sila rancang betul2 project anda (step by step testing) dengan SV.
(Slide: Suggestion)

Wallahualam 


Petikan dari buku Dr Zulkifli Al Bakri

25 February 2016

Cari paper by Google Scholar

Salam,
Paling penting awal semester, atau sebelum draf tesis, malah sebelum buat project pun… kena ada banyak references (paper lah).

Paper ada banyak online. Silap cari pening nak baca… silap haribulan tak jumpa yang kena dgn project!

Ni tips mudah nak cari papers…. Guna Google Scholar. Robot google paling rajin search online drpd search engine lain.

Setelah jumpa papers, download dalam Mendeley... kemudian susun. Mungkin boleh delete mana2 papers yang tidak berkenaan.


21 February 2016

Management Thesis + References + Mendeley

Tesis yang bagus bukannya:
  • Cepat siap
  • Tesis tebal
  • Tesis cantik

Kalau difikir logik, patut ke kita sendiri tak faham apa yang ditulis (nak tau faham atau tidak? Tunggu viva nanti.. hehe). 

Tesis yg bagus (salah satunya) ialah refer kepada facts (references) bila menulis & cakap. Betul lagi terkini. Itulah org kata 'berilmu'. Mampu berhujah/defend dengan fakta.

References (article + review) ada beribu2. Ada yg general, ada yg focus dan low quality. Tak kurang juga ada papers yang mcm copy-paste orang punya (plagiarism). Disebabkan banyak sangat, kita akan penat dan akhirnya malas, mudah boring mencari dlm PC sendiri. Atau tak abis2 cari new papers dlm google scholar.

Kalau tak pandai manage references, mungkin tesis 'longgar', 'tidak ilmiah' untuk untuk capai level sebenar pengajian kita PhD/MSc/FYP. Mungkin kita sendiri pun tak yakin dengan apa yang kita tulis/letak, tewas sebelum masuk viva. Buat tesis hanyalah untuk siapkan tesis.

Kenapa penting screening specific papers guna Mendeley bila menulis & baca berulang kali?
  • Jimat masa - bila nak cari balik, baca & update write up kita daily
  • Specific - mmg kita sudah buat folders utk part tertentu
  • Expert - mudah faham sesuatu part sebelum lompat ke part lain

Sila lihat pics cara buat folders dlm Mendeley. Bermula Main Folder > Sub-folder > Sub-folder >..... So boleh add & baca paper secara tersusun. Insya-Allah, tesis anda akan menarik.

Aminnn....

1. Main Folder i.e. MyFYPthesis 

2. Add sub-folder i.e. Chapter 1, Chapter 2...

3. Add sub-sub-folders utk cover part tertentu i.e. problem statements, objectives... LAST add or drag specific PDF here... DONE!

20 February 2016

Reference Data From Google Scholar

EndNote + Google Scholar
Bagi org malas... mcm saya :) :) … kita perlu tau byk tools utk menulis.
Antara best pasal EndNote ialah.. ia light (xjadi kuro2 masa menulis dlm Words). Kita xperlu attach PDF file dlm Endnote, cukup dgn simpan data/info refs saja. So mcmn nak masuk data/info dlm EndNote? Guna Google Scholar!! (ScienceDirect or publisher pun boleh… tp Google Scholar lg mudah).

Google Scholar?
- Pengkalan data paling besar, more than WoS, Scopus, KLIA, Heathrow etc
- TerNow dan tepat
- Data/info refs consistent utk thesis or paper (drpd manually menaip... malas)
- FREE anywhere!!
Mcmn nak download data dari Google Scholar ke EndNote? ... see pic.


30 January 2015

Tesis: Citing your own papers in the thesis

Bagi pelajar yang sangat rajin dan bijak, mereka published banyak papers sebelum submit tesis. Sedar atau tidak sedar, semasa menulis tesis mereka citing their own papers.


Kesalahan:
MFM Nazeri telah published 1 paper sebelum submit tesis:

“M.F.M. Nazeri and A.A. Mohamad, Effect of exposure to alkaline solution on Sn–9Zn solder joints, Journal of Materials Processing Technology 219 (2015) 164-172”

Dan paper ini cited (Ref #3) dlm tesis sendiri (current work):



Sepatutnya:

MFM Nazeri patut elakkan cite paper sendiri. 

Kenapa?
  • Paper tersebut menggunakan data yang sama dgn tesis (current work, kerja semasa).
  • Mana mungkin rumah sendiri mau ditongkatkan dgn tangan sendiri. 
  • Utk strengthen/support/compare statement tesis sendiri, lebih baik gunakan refs orang lain.