Ini kes serba salah. Nak cakap takut
terasa. Tak cakap nanti kata SV tidak 'user friendly'.
Sebenarnya SV dah boleh agak apakah
kesudah viva conversion nanti dengan data2 yang ada. Tapi, student tidak mahu
dengar hinggalah sv kata,
"Ok baiklah... biar panels buat
decision"
Untuk special case ini ia melibatkan
student senior (bukan tua). Biasalah orang senior banyak pengalaman dan panjang
akalnya. Pandai cari jalan untuk selamatkan keadaan walaupun results entah
apa2.
never too old to read.... |
Alasannya mudah, berkenaan
'dikesempatan yang ada'.
Masa register master pun sudah umur
dekat nak pencen. Jika abis master pasti umur melewati 45 dan pasti tiada
sponsor lagi untuk sambung PhD kemudian. Jika buat conversion maka tidak
perlulah fikir lagi masalah nak minta sponsor, tiada lagi masalah had umur dan
tiada lagi masalah packing beg datang lagi.
Paling best elaun PhD banyak sikit
daripada master!
Ada juga alasan students dari negara2
perang atau dari negara block2 communist. Alasanyanya,
'Kalau saya balik negara dengan
master sahaja, entah tidak tahu pula dapat peluang datang buat PhD lagi....
silap2 mati bos, kena peluru sesat".
Ya betul, peluang untuk sambung dan
dapat scholarship (atau guna duit saving) amat2 terhad. Adalah baik untuk
mereka datang sekali sahaja ke Malaysia, tapi pulang dengan PhD terus.
Sometime bila sv masukkan kaki in
their shoes ..... kesian jugak dengar alasan depa. Boleh terima ke alasan ni?
Kalau performance bagus...dah test keupayaan level PhD...boleh kot...
ReplyDeletetapiii...kalau sv kesian dan rasa nak tolong jugak in case (masukkan kaki in their shoes)...sv boleh tolong motivate takpun tolong buat lab untuk student tu...boleh tak Dr.?
ReplyDeleteitulah yg terbaik. SV tidak pernah kata "tidak boleh", cuma kata "mungkin susah sikit". Lagipun tidak rugi apa pun kalau fail conversion!
ReplyDeletememang lah x rugi apa pun kalau fail conversion Dr...tapi kalau student tu x kuat semangat silap2 hari bulan MSc pun x dapat...al-maklumlah dunia akhir zaman ni..x raya pun org suka buat ketupat...berbakul bakul lagi...siap dgn rendang lagi tau!(relate dgn hukum mengumpat..org yg mengumpat seumpama org yg memakan daging saudaranya sendiri)...jadi student memang kena well prepared with all the consequences...SV pun kena main peranan penting time ni...senang sama2 susah pun sama2 lah...ye la kalo bejaya convert SV pun bejaya sama (bejaya supervised dgn baik) tapi kalau sebaliknya jgn lah main lps tangan...student perlukan SV utk motivate & support utk teruskan abiskan MSc sekurang-kurangnya...sebab hanya SV dan student tu je yg betul2 fhm kenapa fail conversion...so kpd2 student2 yg ada nawaitu nak convert tu u have to be really strong deep inside...accept whatever the decision is...life have to go on...
ReplyDelete~white rose~