Showing posts with label Tulis - General. Show all posts
Showing posts with label Tulis - General. Show all posts

02 November 2017

Novelty


Kenapa perlu risau pasal novelty?Buat saja experiment banyak2 (detail), jaga flows (systematic)...InsyaAllah novelty akan datang bergolek-golek dan berterbang-terbangan

03 July 2017

Siap Pengajian dengan Penerbitan

Ramai yang boleh habiskan MSc/PhD, tetapi tak semua mampu PUBLISH dalam jurnal terbaik.

#usaha
#tambah
#qualiti

28 March 2017

Phasebank

Salam, 
Antara masalah students saya (dan saya sendiri) bila menulis ialah... jem nak mula ayat2... ataupun menggunakan ayat2 yang sama, walaupun rangka analysis dan discussion dah ada lama dahh. 
So saya suruh guna phasebank ni (tips: save dlm Mendeley, utk mudah cari keyword).
Note: Latest 2017, Academic Phrasebank ada di Amazon

Doa for the best!


19 April 2016

Khilaf Publication

Assalaimualaikum,

Tokguru Baba kata... khilaf itu satu rahmat. Bagaikan jalan2 menuju KL. Pilihlah mana jalan yang kamu suka.

Samalah, menulis... pilihlah mana2 styles yang kamu suka. Yang penting publish. Tak perlu bising2 macam pokan tampin...

“Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana mereka tak tahu akan landasan ilmu” - Imam Syafie




16 September 2015

Level Writing

Pesan tokguru, menulis paper ini ada 3 levels:
Level 1 (Level FYP) - understandable, tp readers tertanya2... How does the story begin? Who is the hero? Maybe... 1st time in my life I'm seeing this kind of Figure? Where/how is the end of this epic battle?....

Level 2 (Level Master) - capai standard tp mcm jalan lurus. Boleh agak dah ending dia, ala2 citer hindustan. Ayat2 umpama air & minyak. Bercampur tidak. Boleh ambik minyak itu utk goreng telur (walaupun kadangkala meletup). Boleh minum air itu (walaupun rasanya pelek).

Level 3 (Level PhD, terbaik) - tidak perlu jadi Shakespeare, cukuplah bagaikan ular kapak zuhud menyusur akar, arif menyusun kata. Simple tp berbisa. Persis si professor mendambakan Nature!

Pesan Imam Syafie berkenaan 'Sikap Seorang Ulama':
Waktu ilmuku sering bertambah aku merasakan bahawa aku ialah orang yang berotak tumpul. Semakin bertambah ilmuku, semakin bertambah pula pengetahuanku tentang kebodohanku.

18 December 2014

Proofreading Services for Manuscript & Thesis

Proofreading?
We can be sure that our English-language manuscript will be polished and ready for submission to our favorite journal at a very reasonable price and turnaround time.

They will correct grammar, delete redundancies, fix problem sentences, and even sharpen our vocabulary. They also edit for overall wordiness, replace inappropriate words, and eliminate obvious spelling errors. To improve the overall clarity and organization of our manuscript, even they will even re-arrange and paragraphs if necessary.

Note: For standard editing, they will not re-arrange whole sentences in the paragraph, just full-stop to full-stop of the sentence!

Based on my own experience: 

- The best editing if we want to submit for top 10 journals.
- Excellent website to upload our manuscript 
- Good turnaround time
- Fee (English Editing) about USD230 (RM900) per manuscript (3501-6000 words)

- Owned by Elsevier 
- Editing, proofreading drawing services 
- Excellent website to upload our manuscript 
- Good turnaround time
- Fee (English Editing), e.g. Normal paper 1500 words = USD275 (RM975)

3. PRS
- UK company
- Editing, proofreading
- Manuscript submission by email 
- Turnaround time ~ a week, or we decide
- Fee (English Editing), e.g. normal paper RM200
- Good for MS proofread (many reviewers recommend to send for proofreading here)

- Hong Kong company
- Editing, proofreading
- Manuscript submission by email (jacqueline@kgsupport.com)
- Excellent turnaround time
- Fee (English Editing), e.g. normal paper RM150-200
- Cheaper, good for thesis proofread

5. MPWS
- Malaysia company
- Editing, proofreading
- Manuscript submission by email (proofreading@gmail.com)
- Good turnaround time
- Fee (English Editing), e.g. normal paper RM45-50
- Cheaper, but editing simple things... adding conjunctions, checking typos etc

- Since 2016, I'm using this service.
- Fee normal paper (3k words), about RM200.
- Editing with suggestion words, improvement for the better sentence etc.
- Malaysian based company, then we can use local banks for payment :)

24 October 2014

Correction-SV

Mungkin kita pernah baca post student dlm facebook atau media sosial... berkenaan correction(s) yg di buat oleh sv masing2. Tidak dinafikan ada byk post yg positive, tapi negative lagi byk. 

Student tulis secara perli/sindir/merunggut/xpuas hati/qwerty warrior/pot-pet-pot-pet terhadap sv masing2 secara terbuka.

Students sepatutnya… BERSYUKUR… kerana masih ada lagi ORANG yang NAK CHECK tesis/paper anda!

Kita pernah dengar kawan2 belajar di dlm/luar negeri mempunyai masalah dgn sv yg bz/outstation-consultation/masalah kesihatan (maklumlah sv dah tua)/masalah famili etc. Student hilang punca, talipon mak-ayah siang-malam, sedih takut harapan keluarga xkesampaian, di suruh ustaz dan bukan ustaz buat solat hajat kerana….. sv tidak mahu check tesis (belum lg citer pasal papers).

So buat saja correction tu… yr sv knows best for you.

“kau tidak akan memiliki ilmu, kecuali dgn 6 syarat: kecerdasan, semangat waja, rajin dan tabah, berkemampuan, bersahabat dgn guru dan waktu yg lama” - imam syafei

31 March 2014

writer's block | tips

Masalah Writer's Block adalah masalah semua orang. Ada orang tiba2 hilang idea ditenggah-tengah jari masih melekat di keyboard. Malah, belum mula menulis (atau menaip) idea hilang dicelah bacaan News dan FB!

Pesan Tokguru ialah:

Tip #1: Ambil wuduk sebelum menulis
Wuduk dapat membersih kotoran dosa yang dibawa oleh tangan, mulut, mata, telingga dan kaki. Refreshment ini bagus untuk fisikal dan minda! 

Tip #2: Selalu mengharapkan ilham daripada Allah swt
Menulis memerlukan idea. Kena ada ilham. Manakan menulis tanpa ilham. Tidak lain tidak bukan... Ilham ini datang daripada Allah swt. Jika Dia block minda kita, maka terkais-kaislah kita seperti ayam memcari makanan diwaktu pagi dan petang.

Pernah semasa kursus awal2 menjadi pensyarah dulu, ada professor bercerita berkenaan Syeikh Abdul Qadir Jailani dengan anaknya. Syeikh Abdul Qadir Jailani ini mempunyai beribu students.

Suatu hari anak kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani meminta izin daripada ayahnya untuk mengajar (mengambil tempat ayahnya) students tersebut.

Kata anak, "Ayah izinkan saya menggantikan tempat ayah untuk mengajar students ini? Kerana saya telah berilmu dan telah belajar daripada ramai tokguru lain" 
Syeikh Abdul Qadir Jailani kata "silakan anakku..."

06 July 2012

Tulis Paper + Tesis 1 | Ringkasan General Format

"betapa pedih hatiku, ketika aku berpisah dengan hartaku tiba2 aku didatangi oleh orang2 yang soleh. Adalah suatu musibah bagi diriku, apabila ada orang yang meminta bantuan kepadaku sementara aku tidak memiliki apa2" - Nasihat Iman Syafei tentang "Puncak Kedermawanan'

Note: Format ini lebih kepada format paper, untuk tesis cuba ubah Bahagian2 (sub-titles) kepada Chapters. Untuk Sub-title Introduction bagi Journal, pecahkan kepada Chapter 1: Introduction dan Chapter 2: Literature Review.

Setiap penerbit mempunyai format penulisan jurnal/tesis yang berbeza. Perbezaan hanyalah dari segi  teknikal sahaja. Contohnya no rujukan di dalam teks dan susunan dalam senarai rujukan. Tetapi perkara isinya tetap sama - menyampaikan idea terkini.

Walaupun susun standard format paper/tesis ialah seperti berikut:






Tetapi apabila kita mula menulis manuscript flow menulis adalah terbalik seperti berikut:

1. Results and Discussion
1 Figure + 2 Paragraphs
Paragraphs that Flow and Connected


2. Conclusion
  • Nyatakan apa finding kita.
  • Ingat, kesimpulan tidak sama dengan abstract!


4. Introduction

5. Abstract



6. Title
  • Tajuk mesti fokus, jangan terlalu am.
  • Keyword penting mesti berada di awal ayat.

7. References
EndNote
Mendeley





Editing (Learning Proses from SV) 

Apabila kita siap dan berikan  draf manuscript ini kepada SV. SV akan komen untuk kali ke-dua, ke-tiga .... ke-100!


Proses correction/komen ini akan mula proses ‘menurun ilmu’ secara direct SV kepada student. Biasanya SV akan jumpa secara personal untuk tackle any personnel problem - lebih kepada understanding (disini bukan lagi masalah teknikal/format).



Good luck!

21 June 2010

Tulis Paper | Intro to Beginner

Sebelum bincang jauh dalam bab ini, ada beberapa kenyataan perlu dibuat:

i. Kertas jurnal sasaran ini cuma IF bawah dari 4.00, tetapi termasuk dalam 10% dalam kategori2 oleh ISI. Bukanlah sasaran yang macam Science atau Nature tu.

ii. Memang susah untuk kertas jurnal diterima disini (ya memang susah), hanya yang cekal dan tabah sahaja dapat.

Apa yang akan dibincang di sini mungkin menjadi sangat mudah bagi pelajar kita di luar negara. Mereka mempunyai cukup kemudahan, alat dan pengaruh penyelia. Bagi pelajar yang membuat MSc/PhD dalam negara ini mungkin amat susah. Takpalah di mana bumi dipijak, di sini juga kerja kena siap.

Kesusahan yang paling ketara ialah peralatan. Mungkin kita ada peralatan tersebut, terdapat terpaksa beratur untuk menggunakannya. Dan tidak semua yang kita rancang akan menjadi, maknanya kita kena ulang eksperimen lagi. Bila kata nak ulang ini, maknanya kena tunggu 6 bulan lagi baru dapat pusingan kita.

Kaedah untuk menyediakan kertas jurnl ini sama juga dengan MENULIS KERTAS JURNAL PERTAMA. Setelah diterima kertas jurnal pertama (IF rendah) dan dengan semangat menulis berkhobar2 bolehlah terus menulis kertas jurnal kedua (IF tinggi).
Perbezaannya cuma:
i. Mesti ada perbezaan (novelity).
ii. Kajian mestilah fokus dan mendalam, bukan kajian biasa (surface) sahaja.
iii. Data mesti banyak dengan rajah lebih kurang 10 rajah. Data A yang dapat mesti disokong oleh Data B, Data B mesti disokong oleh Data C dan seterusnya. Jangan ada data putus (tidak menyokong antara satu sama lain).
iv. Jika kita ingin menghantar ke jurnal pendek (Short Communication), data tidak perlu banyak. Tetapi data mesti mempunyai keaslian dan perbezaan berkualiti.
v. Mesti ada persamaan metamatik, persamaan kimia atau prinsip fizik. Setinggi ilmu kejuruteraan, mesti di sokong oleh ilmu sains.
vi. Mesti mempunyai model atau mekanisma proses yang berlaku.

Garisan bawah
Yang penting kita mencuba, kegagalan... memangnya teman kita.