Showing posts with label Paper - General. Show all posts
Showing posts with label Paper - General. Show all posts

05 November 2020

Draf Manuskrip Artikel

Salam,
Checking draf dengan SV ada pelbagai cara. Setiap SV ada gaya dan gaya tersendiri. Ada SV sangat kritikal checking, malah ada yang serah kepada pelajar sepenuhnya. Just submit katanya... untung sabut timbul πŸ˜†

Bagi saya, saya cuma ada 3 kali sahaja draf:

Draf 1
- Pada tahap ini, saya akan tgk format (struktur paragraphs, flow) keseluruhan manuskrip.
- kekemasan dan flow figures paling penting.
- jika ada figures/tables tak sesuai, diminta buat balik/tukar.
- tiada kesalahan biasa pada ayat2 seperti typo, spacing, koma etc.
- Paling penting: TIADA KONFLIK antara results ke results lain. Jika ada, inilah points yang akan digunakan oleh reviewers untuk reject (wlpn results lain bagus).

Draf 2
- tahap pembelajaan dan ilmu.
- pemahaman konsep akan ditanya berulang kali kepada pelajar.
- tiada penyataan yang perpesong (misleading) dalam bidang tersebut.

Draf 3
- peringkat akhir.
- tahap kosmetik (untuk mencantikkan manuskrip).
- SV yang pengalaman mesti memainkan peranan besar.
- proses mencantikkan ayat2.
- pengantian ayat yang lebih sesuai.
- penggunaan/pengantian refs yang lebih tepat.
- diakhir draf ini, manuskrip dibawa ke co-sv atau co-authors.
- apabila semua puas hati, terus hantar proofread

Biasanya bagi pelajar baru, draft 1 dan 2 merupakan tahap paling sukar untuk mereka. Wlbgpn, bagi pelajar yang rajin semua itu tiada masalah.

Ingat tiada manuskrip yang sempurna/perfect. Bila anda submit, itulah yang perfect. Jangan tunggu nak perfect baru nak submit!

Nota 1: Adlah lebih baik pelajar lebih ambil berat tentang proses penulisan artikel drpd Sv itu sendiri. Jika mengharapkan SV setaip masa push... makna matlamat proses pembelajaran tidak berlaku!


20 July 2017

Titik

Figure/Table/Schematic caption, bukannya ayat/sentence... jadi tak perlu letak titik (full stop) kat hujung caption


09 July 2017

Publication & Viva

Mungkin sifir mudah untuk berjaya dalam publication dan viva ialah:

1. Pulication - buat experiment secara detail dan banyak (novelty akan datang dengan sendiri).
2. Viva - kuatkan fundamental (bacalah dengan cara systematic).

*postgrad bukan tempat bagi orang malas lagi tunggu suap :)

03 July 2017

Siap Pengajian dengan Penerbitan

Ramai yang boleh habiskan MSc/PhD, tetapi tak semua mampu PUBLISH dalam jurnal terbaik.

#usaha
#tambah
#qualiti

15 May 2016

Sub-title + abbreviation

Elakkan guna abbreviation pada sub-title. 
Tak perlu sebut banyak2 kali.
Tapi guna abbreviation pada first mention dalam paragraph.


30 March 2016

Obsess

Apa yang obsess sangat pasal publication? Jika semua reviewers kita proposed, kawan2 satu conference?

Apa yang nak bising2 pasal tesis without correction? Jika examiners tu, kawan sekolah SV?

Cukup respect dengan tokguru…. submit paper to good journal sebab nak dapatkan ‘Good’ komen.

Kata tokguru… “biar depa belasah MS aku, reject pun xpa… aku nak belajar dgn org yg dah lama makan garam!”

Thanks tokguru...



09 March 2016

Project UK 1

Slowly cuba faham pemikiran bos.

"Dia buat research (bg project to students) sebab 'nak tau' JADI atau TIDAK JADI 😱😰
Kita bagi project yg confirm JADI! 😝😁"

Sebab tu dia bleh publish in good journal πŸ‘³πŸ˜‡

Bila ada sifat 'nak tau'... InsyaAllah ilmu akan bertambah. Kalau 'dah tau'... saraf tak bersambung πŸ˜πŸ˜πŸ˜



06 July 2014

writing tips | "..., respectively"

[to my students]
Avoid using the word “respectively”.
Avoid giving long lists of things that makes the reader backtrack into the sentence too connect topics and numbers.

Avoid:
The specific discharge capacities of the proton batteries using PS and PS40PA electrolytes increased from 1.2 to 3.6 mAh g-1 at the discharge currents of 10.0 mA, respectively, for both proton batteries increased.

Instead try this:
The specific discharge capacities of the proton batteries using PS (1.2 mAh g-1) and PS40PA electrolytes (3.6 mAh g-1) increased as the discharge currents (10.0 mA) for both proton batteries increased.





08 December 2012

Tulis Paper 4 | Tulis 1/4 daripada full paper

Untuk student bijak, independent dan sentiasa ingin cari kelainan, mereka pasti ingin memcuba experiment lain dari yang biasa. Jika experiment memberikan results positif, mereka mesti kena explain sendiri kerana tiada reference.

Bila tiapa reference pasti timbul perasaan ragu2 tentang experiment design. Adakah ia repeatable? Applicable?

Untuk explain teori dan mechanism, kita boleh formulate teori sendiri, tetapi siapa boleh comfirmkan? Adakah ia tidak menyalahi common teori? Acceptable? Or publishable? Paling penting jangan menyerlahkan kebodohan ilmu sendiri:)

Jika tanya kawan2 pun mereka sibuk dengan kerja masing2. Kalau jumpa SV, lain yang ditanya  lain pula jawapanya. Paling best bila tanya SV, SV pusing ayat, dia tanya kita balik soalan tadi!! Hahaha...

Paling bagus ialah kita buat short-communication paper. Cuma 1/4 daripada keseluruhan full paper. Target kita ialah:
1. Submit ke high impact jurnal - supaya dapat reviewers yang betul, bagus dan dapat memberikan comments terbaik daripada jurnal terbaik.
2. Guideline - gunakan comments tersebut utk perbetul kesilapan dan submit ke jurnal bagus lain kemudian.
3. Rejected - memang submit utk kena reject pun.
4. Jika accepted - alhamdulilah! Kita dah booked novelty ni.
5. Full paper - bila dah confident tentang kerja kita, full paper akan menyusul kemudian.

Wallahu alam

17 November 2012

Tulis 1st Paper 3 | Mula Dengan Jurnal Impak Rendah (Q3-Q4)


Tidak semua orang sama bila berdiri, mahupun masa tidur. Ada yang lebih di sini dan ada terlebih benda yang entah apa2 di sana. Apa pun SV sangat tahu keupayaan setiap pelajarnya. Jika ada student sangat bijak dan rajin, pasti SV ada plan/program lain untuk mereka.

Bagi student yang agak lemah, pasti boleh dibantu dengan syarat student pun mahu berubah (jika student tidak memberi response/malas, SV bijak mana sekali pun pasti tidak boleh buat apa2 !!).

Student lemah bukannya dibiarkan tidak menulis. Student lemahlah patut banyak menulis. Walaupun publish dalam jurnal berimpak rendah, yang penting boleh MENULIS.

Untuk tujuan ini, biasanya jurnal impak rendah/Q4 senang untuk diterima. Manakala komen-komen daripada penilai tidaklah berat sangat. Paling penting SV ingin memberi peluang/pendedahan kepada student utk mendapat pengalaman satu kitaran lengkap penerbitan jurnal. Dari design experiment, buat experiment hingga paper keluar pages. Amatlah sedih bagi student baru dapat PhD, tapi taktahu apa itu 'Cover Letter'!!

Carilah jurnal dalam bidang kita yang mempunyai impak faktor yang rendah. Carilah jurnal dalam Q3 atau Q4. Apabila kita sudah mahir atau mampu dari segi jiwa dan raga beralihlah kepada jurnal yang lebih tinggi.

Contohnya, jika kita terlibat dalam penyelidikan Corrosion mulakan kertas jurnal pertama kita dengan Anti-corrosion Methods and Materials (ACMM). Biasanya kertas jurnal di ACMM akan mudah diterima jika dibandingkan dengan Corrosion Science (CS). Kalau dilihat pada kedudukan pun, ACMM terletak kedudukan 28 jika dibandingkan dengan CS yang berada pada kedudukan 3*.
*cited on 2012

Wallahu alam

29 July 2012

Tulis 1st Paper 2 | Mula dengan Short Communication

Apabila sampai hujung semester, inilah masa untuk recap balik apa yang kita sudah buat. Kita tidak mahu semester kita berlalu seperti curah air atas daun keladi nano tinted glass.
rome wasn't built in a day

Seperti yang telah dinyatakan dalam Bab Progress Report, penulisan kertas pertama ini adalah unjuran daripada kerja-kerja dalam Progress Report. Kita susun balik (compile) semua Progress Report dan hanya tukar format sahaja, kita hampir siap tulis kertas pertama.

Sebelum hantar kepada SV, boleh minta tolong senior check. Minta komen senior tentang kesilapan teknikal, confirm understanding (jika research sama) dan paling penting styles SV menulis (do and don't).

Kelebihan menulis paper short communication ialah ringkas cuma 2000 words dan 4 figures sahaja. Jadi senang untuk focus, mudah buat storyline dan mudah detect kesalahan. Jika kita terus tulis Full Paper yang panjang kita lost, demotivated dan malas! SV lagi malas nak baca!

Paling penting untuk short communication ialah SV mudah baca dan cepat dapat memberi feedback. Early feedback SV penting diawal kerja ni semoga kita tidak terbabas. Barulah cepat kita plan untuk next steps.

Bukannya selepas 3 tahun SV bagi feedback, kerja2 kita salah. Salah dari segi fundamental mahupun application!

Untuk pemilihan jurnal yang akan dipilih untuk submission, cuba bincang dengan SV. SV pasti ada tempat istimewa untuk kita. Jika results kita bagus, dengan short communication pun kita boleh submit paper ke jurnal top 10 jurnal.

09 May 2010

Tulis 1st Paper 1 | Intro


Ketika perlawanan “arch rivals” Liverpool melawan Manchester United, bagi Rafa Benitez (Pengurus Liverpool) dan Alex Fergusan (Pengurus Man U) selalu berkata siapa yang menjaringkan gol pertama biasanya akan membawa pulang kemenangan. Maka semua pemain akan bermain bersungguh-sungguh untuk memenangi gol pertama.

Kenapa gol pertama sangat penting? Bagi pasukan yang menjaringkan gol pertama, mereka akan bermain dengan tenang. Ketenangan ini penting untuk merancang gol kedua seterusnya memenangi perlawanan tersebut. Ketenangan juga membolehkan para pemain bermain dengan taktik yang telah dirancang oleh pengurus pasukan. Malah pemain juga akan menunjukkan kemahiran individu berkualiti dan dapat menarik perhatian penonton yang bersusah payah datang dari jauh dan membeli tiket yang mahal.


Bagi pasukan yang ketinggalan gol pertama, mereka pasti tertekan. Maka permainan akan mula kucar-kacir. Apabila tidak dapat sepak bola, mereka akan sepak pemain lawan. Kad kuning akan mula dilayang, kad merah akan menyusul. Apabila bilangan pemain tidak seimbang, susahlah hendak membuat serangan, pertahanan akan diasak bertubi-tubi. Perasaan kalah sentiasa berlawan dengan semangat waja.

Oppss... kita mengulas sukan pulak. Sebenarnya benda ini pun sama dengan kerja seorang pelajar/penyelidik. Jika kita sudah dapat terbit kertas jurnal pertama kita akan tenang sepanjang kajian. Malah motivasi akan meningkat untuk menulis kertas jurnal kedua (jurnal sasaran) yang lagi tinggi impak faktornya.