29 July 2012

Tulis 1st Paper 2 | Mula dengan Short Communication

Apabila sampai hujung semester, inilah masa untuk recap balik apa yang kita sudah buat. Kita tidak mahu semester kita berlalu seperti curah air atas daun keladi nano tinted glass.
rome wasn't built in a day

Seperti yang telah dinyatakan dalam Bab Progress Report, penulisan kertas pertama ini adalah unjuran daripada kerja-kerja dalam Progress Report. Kita susun balik (compile) semua Progress Report dan hanya tukar format sahaja, kita hampir siap tulis kertas pertama.

Sebelum hantar kepada SV, boleh minta tolong senior check. Minta komen senior tentang kesilapan teknikal, confirm understanding (jika research sama) dan paling penting styles SV menulis (do and don't).

Kelebihan menulis paper short communication ialah ringkas cuma 2000 words dan 4 figures sahaja. Jadi senang untuk focus, mudah buat storyline dan mudah detect kesalahan. Jika kita terus tulis Full Paper yang panjang kita lost, demotivated dan malas! SV lagi malas nak baca!

Paling penting untuk short communication ialah SV mudah baca dan cepat dapat memberi feedback. Early feedback SV penting diawal kerja ni semoga kita tidak terbabas. Barulah cepat kita plan untuk next steps.

Bukannya selepas 3 tahun SV bagi feedback, kerja2 kita salah. Salah dari segi fundamental mahupun application!

Untuk pemilihan jurnal yang akan dipilih untuk submission, cuba bincang dengan SV. SV pasti ada tempat istimewa untuk kita. Jika results kita bagus, dengan short communication pun kita boleh submit paper ke jurnal top 10 jurnal.

1 comment:

  1. "rome wasn't built in a day"... :) betul!!!

    ReplyDelete