Showing posts with label Tesis - A. Title. Show all posts
Showing posts with label Tesis - A. Title. Show all posts

06 March 2017

Scan Title


Salam,
Sebelum ni kita tulis title.. last sekali (dari bawah ke atas), iaitu apabila kita siap experiment, siap menulis article/tesis etc... kemudian kita akan design title yg sesuai. 

Kali ni kita buat reverse utk check & balance (dari atas ke bawah).


Dah ok ke title dgn contents dlm write up kita? Contents dah betul, tapi title tak tepat? Contents ke laut, tapi title kata mcm ada high novelty? Atau kedua2 dah ok... Alhamdulillah.


Macamana nak scan title? Contoh dari Nature Energy: 
"Electrolyte additive enabled fast charging and stable cycling lithium metal batteries”

Kita guna concepts keywords pada title. Dalam title ni ada 3 keywords paling penting:
i. electrolyte additive
ii. fast charging
iii. stable cycling

Note: Cuba analysis keywords ni dengan soalan2 (lihat slide). Paling penting 3 keywords ni dijawap/dibincang secara detail dan scientific dlm Introduction! 

PS: Article ni sangat bagus dibaca untuk melihat mcmn journal hebat guna format '3 Paragraphs' utk menulis Introduction. Tengok jugak Results & Discussion bagaimana mereka solved Problem Statement yg dikemukakan. sehingga boleh publish dlm Nature. Read it! 


17 December 2016

Title Tesis

Salam to my students, post ni cerita pasal Title tesis. Title tesis drpd pandangan examiners.
(Saya bukan nak bincang tentang format title utk tesis…. Kenapa title tesis UK simple saja? Kenapa title tesis US terlalu detail? Atau kenapa tesis dari Afrika xde title pun... hehehe)

Banyak benda examiner boleh tanya psl title ni. Tapi saya nak focus hanya kepada penggunaan “keywords” dalam Title tesis.
Sebolehnya (atau mesti), student boleh explain dengan dengan betul dan penuh confident, representing student bakal letak “Dr” di depan namanya… sat lagi.

Contoh Title:
“Synthesis of Polymorph MOx by Sol-gel Method”
Dalam title ni ada 4 keywords utama: “Synthesis”, “Polymorph”, “MOx” dan “Sol-gel Method”

Katakan kita ambik keyword “Polymorph”. Antara soklan yg boleh ditanya:
1. Apa yg anda faham psl “Poly + morph”? (examiner nak definition level citer kat org kg pun boleh faham, bukan definition copy-paste dr buku)
2. Apa similar word utk “Polymorph”? (mungkin ada example/technique/word yg lebih sesuai)
3. Apa opposite word utk “Polymorph”? (examiners nak tahu classification psl ilmu ni)

Keyword “Sol-gel”:
1. Apa itu “Sol”, kenapa panggil “gel”?
2. Apa similar method selain “Sol-gel” boleh synthesis benda ni?
3. Apa opposite method utk “Sol-gel”?
4. Apa beza “Sol-gel” dengan method X?
Ini cuma contoh initial questions, soklan seterusnya adalah derivation drpd response/jawapan student. Biasanya soklan viva berali arus (bergantung kpd response students). Ada jugak soklan ialah tricky questions… mmmg xde jawapan pun, cuma examiner nak mengetest student saje :)

Note: Untuk menggelakkan anda terkejut beruk 🙈🙊 masa viva (sbb pertama kali dengar soklan mcm ni), sila buat Q&A dengan SV dan kawan2 sebelum anda propose title anda.
Jangan takut la…. dalam dunia ni xde benda yg perfect, malah examiner pun xtahu, cuma berlagak pandai saje depan students… hehehe.

All the best for your tesis!

15 March 2016

Tajuk | Tips Basic

Assalaimualaikum,
Tulis tajuk sangat mudah, tetapi  biasatidak kesampaian’. Tidak representing keseluruhan kajian kita. (Tak percaya, cuba tengak proposal kita duluentah apa2!).

Tajuk paper/tesis merupakan benda pertama dalam email pembaca (editor/reviewer/examiner) akan jumpa. Bagi pembaca yang berpengalaman, daripada tajuk sudah boleh agak, boleh decide paper tersebut. Sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan ke betina... hehehe

Oleh itu penting untuk membina tajuk yang betul2 mencerminkan impact kajian anda. Paling penting dengan hanya 10-12 perkataan dapat merangkumi semua maklumat penting utk menarik minat pembaca membaca.

Ini sedikit tips (pict):
(sila bincang dgn SV masing2… mereka sangat berpengalaman dlm pemilihan tajuk yang sesuai)






26 November 2013

Tulis Tesis 5 | Format Title

Bagi sesetengah jabatan, sebelum kita submit tesis, kita perlu memohon kepada jabatan untuk submit tesis. Semua maklumat dalam borang permohonan akan digunakan untuk mencari examiners sesuai untuk tesis.

Kebiasaan kita memohon 3 bulan sebelum submit tesis. Ini bermakna Tajuk mesti ada sebelum tesis siap sepenuhnya. Tetapi jangan risau, pada masa ini hampir semua kerja2 kita dan telah banyak papers telah submit ke journals. Pada masa ini juga, kita sudah pun terbayang2 Tajuk yang tepat.


(Note: Title mungkin bertukar lagi selepas viva)