Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

14 October 2020

Kenapa Susah Nak Publish?

Salam,

Antara rungutan tentang publication ialah, paper selalu kena reject.

Dari pengalaman saya, antara sebab kena reject ialah tiada inovasi/findings baru terhadap bidang.

Contoh, kita hanya turut 100% paper yang telah publish tanpa fikir:

  1. Adakah ini results yang terbaik?
  2. Apa lagi yang patut saya kaji?
  3. Apa persoalan yang masih mereka tak jawap?
  4. Adakah method mereka terbaik? Ada cara lain?

“There is always room at the top.” – Daniel Webster


17 February 2012

Sifat-sifat Makmal

Masa jadi student dulu sempat masuk banyak makmal pensyarah. Ada makmal untuk undergraduate, ada kepunyaan group dan paling takut masuk bila lab itu milik individu. Ada macam ciri2 makmal. Ketua Jabatan pun tak tahu yang mana betul dan yang mana ikut peraturan.

Antara sifat2 makmal;
1.    Ada makmal luas dan cantik, tetapi tiada student berkerja. Yang ada hanyalah pembantu makmal.
2.    Ada makmal luas dan cantik, cubical student pun diletak sofa & karpet. Makmal dah macam rumah (patutlah ramai tidur).
3.    Ada makmal luas dan cantik, woit.... mana boleh kongsi2 dengan pensyarah lain.
4.    Ada makmal luas dan cantik, tapi takda siapa pun boleh masuk.
5.    Ada makmal banyak alat, tapi buat macam harta peribadi.
6.    Ada makmal banyak alat, tapi hampeh kedekut nak bagi pinjam.
7.    Ada makmal banyak alat, tapi satu pun tak pernah pakai.
8.    Ada makmal banyak alat, pembantu makmal pura2 kata "aku pun tak tahu guna...".
9.    Ada makmal banyak alat, tapi student sendiri guna alat tempat lain (biar rosak alat orang lain asalkan jangan rosak kat lab kita).
10. Ada makmal banyak alat, bila ada orang boleh run alat tu, barulah sibuk nak guna juga.
11. Ada makmal banyak alat, satu paper pun tak pernah publish.
12. Ada pensyarah dok sibuk pasal makmal dan alat, tapi orang lain dok sibuk guna.
13. Ada pensyarah dok sibuk pasal makmal dan alat, tapi dia sendiri lupa nak buat research.
14. Ada pensyarah dok sibuk pasal makmal dan alat, rupa2nya esok dah nak pencen.
15. Ada pensyarah takda makmal, activities researchnya tetap terbaik.
16. Ada pensyarah takda makmal, research takda, paper takda, students takda... cari pensyarah kat bilik pun takda!! Hahaha.....

05 April 2011

Pengkelasan Universiti

Prof. Jang Kyo Kim
Hari ini Program Kejuruteraan Polymer didatangi oleh external examiner (macam advisory board member untuk memberi nasihat kepada program undergraduate), Prof. Jang Kyo KIM, Associate Dean of Engineering (Postgraduate Studies), The Hong Kong University of Science And Technology (HKUST).

Banyak perkara yang diceritakan oleh orang hebat daripada universiti terhebat ini. Dia mulakan dengan bagaimana HKUST bermula pada tahun 1991 (baru 20 tahun umurnya) tetapi tahun ini no 7 terbaik dalam rangking Asia (daripada lebih kurang 8000 buah universiti di Asia). Katanya antara rahsianya ialah HKUST hanya mengambil staf yang terbaik dunia dan penapisan staf berdasarkan KPI sangat ketat. Staf boleh dipecat jika tidak mencapai tahap KPI jabatan. Prof Kim selalu kata mereka mempunyai staf yang sentiasa ‘hungry’... hungry to be the best, hungry to do more. Malah Prof Kim pun sentiasa kerja 24 jam sehari!!

Semasa lunch, Prof Kim cerita benda menarik tentang ‘pengkelasan’ universiti. Apa yang dikatakan 1st class universiti dan sebaliknya. Katanya,

1. Universiti Kelas Ke - 3
Universiti ini dibentuk apabila PELAJAR yang dipaksa (oleh lecturer, atau orang lain) untuk belajar, untuk membuat research, menulis journal dan sebagainya.

 2. Universiti Kelas Ke - 2
Universiti ini dibina oleh STAF yang dipaksa oleh admin untuk mengajar, membuat research, menulis journal etc

3. Universiti Kelas 1
Untuk universiti terbaik ini SEMUA ORANG TAHU tugas masing2 tanpa dipaksa. Pelajar dengan sendiri akan melilih jalan terbaik untuk berjaya. Staf sokongan sentiasa membantu. Lecturer akan menjadi pengajar dan researcher terbaik tanpa dipaksa. Inilah dikataan budaya!!


Berdasarkan criteria ini, agak2 universiti kita kelas ke berapa?

Prof. Kim antara orang terbaik yang pernah datang ke USM. Tidak rugi berkongsi pengalaman dengan orang hebat mcm Prof Kim ini, tetapi mampukah kita berkerja macam dia?