05 April 2011

Pengkelasan Universiti

Prof. Jang Kyo Kim
Hari ini Program Kejuruteraan Polymer didatangi oleh external examiner (macam advisory board member untuk memberi nasihat kepada program undergraduate), Prof. Jang Kyo KIM, Associate Dean of Engineering (Postgraduate Studies), The Hong Kong University of Science And Technology (HKUST).

Banyak perkara yang diceritakan oleh orang hebat daripada universiti terhebat ini. Dia mulakan dengan bagaimana HKUST bermula pada tahun 1991 (baru 20 tahun umurnya) tetapi tahun ini no 7 terbaik dalam rangking Asia (daripada lebih kurang 8000 buah universiti di Asia). Katanya antara rahsianya ialah HKUST hanya mengambil staf yang terbaik dunia dan penapisan staf berdasarkan KPI sangat ketat. Staf boleh dipecat jika tidak mencapai tahap KPI jabatan. Prof Kim selalu kata mereka mempunyai staf yang sentiasa ‘hungry’... hungry to be the best, hungry to do more. Malah Prof Kim pun sentiasa kerja 24 jam sehari!!

Semasa lunch, Prof Kim cerita benda menarik tentang ‘pengkelasan’ universiti. Apa yang dikatakan 1st class universiti dan sebaliknya. Katanya,

1. Universiti Kelas Ke - 3
Universiti ini dibentuk apabila PELAJAR yang dipaksa (oleh lecturer, atau orang lain) untuk belajar, untuk membuat research, menulis journal dan sebagainya.

 2. Universiti Kelas Ke - 2
Universiti ini dibina oleh STAF yang dipaksa oleh admin untuk mengajar, membuat research, menulis journal etc

3. Universiti Kelas 1
Untuk universiti terbaik ini SEMUA ORANG TAHU tugas masing2 tanpa dipaksa. Pelajar dengan sendiri akan melilih jalan terbaik untuk berjaya. Staf sokongan sentiasa membantu. Lecturer akan menjadi pengajar dan researcher terbaik tanpa dipaksa. Inilah dikataan budaya!!


Berdasarkan criteria ini, agak2 universiti kita kelas ke berapa?

Prof. Kim antara orang terbaik yang pernah datang ke USM. Tidak rugi berkongsi pengalaman dengan orang hebat mcm Prof Kim ini, tetapi mampukah kita berkerja macam dia?

2 comments:

  1. Pembudayaan Universiti Kelas 1 for sure amik masa :D

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..kena wujudkan suasana seperti begitu..seperti orang pakai minyak wangi,akan terpalit harumnye pada kawan2..dan bila kawannya ianya merasa selesa,lama kelamaan dia akan mempraktikkan..

    ReplyDelete