11 December 2011

Dunia... dalam 2-3 patah perkataan

Tadi  masa kuliah tokguru cerita berkenaan alkisah dahulukala tentang definasi “Dunia”.

Satu hari raja muda menjemput bijak pandai untuk bercerita “Apakah dunia?”. Maka berconference dan berbincanglah bijak pandai untuk menjawap soalan ini. Setelah berapa lama, siaplah buku menjawap soalan untuk diserahkan kepada raja ini. Tetapi bukunya terlalu banyak hingga memerlukan 50 ekor unta membawanya.
Berkata raja, “Manalah sempat beta baca semua buku ni. Bolehkah kamu ringkaskan?”

Maka bersidanglah lagi bijak-pandai negara tersebut untuk kali kedua. Setelah berbincang dan debat. Maka mereka tulis buku-buku meringkaskan lagi. Walaupun ringkas, masih lagi memerlukan seekor unta untuk untuk membawa buku2 ini. Bila diserahkan kepada raja (baru naik tahta), “Beta terlalu sibuk untuk baca buku2 ini, boleh kah kamu ringkaskan lagi?”

Bersidanglah lagi ahli bijak pandai ni. Diringkaskan cerita, buku2 tersebut menjadi sebijik buku tebal. Bila dibawa kepada Raja, “Kamu tengoklah beta sudah tua, mana ada masa boleh baca buku tebal2 ini. Boleh kamu ringkaskan lagi”. 

Bersidanglah lagi pakar bijak pandai ini. Hinggalah mereka ringkaskan buku tadi kepada risalah kecil. Dibawa kepada raja yang sudah tua, baginda kata “beta sakit, mana mampu baca risalah ini. Boleh diringkaskan lagi?”.

Berhimpunlah lagi pakar-pakar ini. Hinggalah mereka meringkaskan jawapan tersebut kepada 2-3 patah perkataan. Bila tiba saat ini, raja sudah sakit kuat kerana sudah tua. Bijak pandai ini hanya boleh berbisik ke telingga raja untuk memberikan jawapannya.




Perkataan yang diucapkan oleh bijakpandai ni ialah, "dunia ni susah!"




Antara doa Rasulullah SAW Bersabda, maksudnya :
‘Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan susah menjadi mudah dengan kehendakMu’
(Hadis Riwayat Abu Daud)

18 comments:

  1. Dr. apa perkataan yang bijak pandai tu bisik pada raja tu?

    ReplyDelete
  2. dunia is WORLD...world is mawi! hahaha...tumpang lalu je..Dr jgn marah ye...

    ~white rose~

    ReplyDelete
  3. tak perasan barisan bawah sekali...dunia memang susah!!! juga ada ketidakpastian (sambil tengok bintang kat langit)hehe

    ReplyDelete
  4. Dunia x susah...sesetengah org yg idup dlm dunia ni yg buat dunia nampak susah!

    ~white rose~

    ReplyDelete
  5. Bergantung pada kita...hidup kita...the way we colour our life maybe..-emosi sikit-

    ReplyDelete
  6. ust kata.. "kalau dunia ni senang, solat subuh mesti sama ramai dgn solat jumaat"... hehehe

    ReplyDelete
  7. Solat subuh x seramai solat jumaat bkn sbb DUNIA tapi sbb org! jgn slhkan dunia...i totally agreed with u anonymous...each moring when we wake up...we always have 2 choices...either 2 make our world bright & full of colors or leave in the dull & dark world...dunia itu indah jika kita bijak mencorakkannya...hehe

    maaf jika ada yg x setuju...

    ~white rose~

    ReplyDelete
  8. haha...kita kawan.kita kawan ~white rose~ :)..

    ReplyDelete
  9. Dr. .. ustz tu kata |"kalau dunia ni senang.."| ke |"kalau manusia ni tahu kepentingan akhirat dari duniawi.."| "baru solat subuh mesti sama ramai dgn solat jumaat"..?? hik~~

    ReplyDelete
  10. yeay white rose dah ada kwn!!! tq anonymous :)

    ~white rose~

    ReplyDelete
  11. no prob ~white rose~ :)

    ReplyDelete
  12. Anonymous ni xde nickname ke? rmai sgt la anonymous kat sini...haha...ooopss Dr jgn marah ye ktorg guna blog Dr jap...kekeke...bgus gak Dr bwat blog ni..leh dpt kwn baru..tq Dr Azmin =)

    ReplyDelete
  13. nickname? **garu kepala sekejap/tak ada idea nak letak nama ape**...ha!!! dah dapat:)

    -bluepink-

    ReplyDelete
  14. hahaha...sebok je nk guna color gak as nickname..ltk je la nicname "garu kepala" ke...hahaha...ok la bluepink nice 2 know u...weee~

    Dr Ahmad Azmin jgn marah ye...ktorg bwat blog ni cam ktorg yg punya..haha..tumpang je..diskusi kan...sharing is caring...weeee~

    ~white rose~

    ReplyDelete
  15. garu kepala banyak sangat boleh botak nantiii...hmmm jangan.jangan.takmow!takmow! nanti mimpi ngeri jadi kenyataan!!!

    -bluepink-

    ReplyDelete
  16. Jom, sape-sape lalu blog ni ...kita warna-warna.warni-warni.pelang-pelangi kat komen ni... diskusi

    -bluepink-

    ReplyDelete
  17. bluepink...nnt makin rmai la anonymous wt special nickname..poning kepala tuan empunya blog ni..nnt Dr Azmin jd angrybird pulak! hahaha...

    ~white rose~

    ReplyDelete