06 September 2011

Pemilihan Penyelia 7 – Tersalah Pilih

“I wish the ring had never come to me. I wish none of this had happened," said Frodo.
“So do all who live to see such times,” said Gandalf, “But that is not for them to decide. All we have to decide is what to do with THE TIME THAT IS GIVEN US." — J.R.R. Tolkien (The Fellowship of the Ring)


the only way is .... i did it my way

Tidak dapat dinafikan bukan semua yang kita plan akan berjalan lancar. Ada sesetengah orang sesangat tidak bernasib baik. Sudah terjatuh, ditimpa tangga dan tercuit tahi ayam. Masalah datang tak pernah putus.

Setelah ditakdirkan kita tersalah pilih penyelia, dan memang sah ada banyak problems, apa kena buat?

Apa yang dibincang di sini mungkin secara etikanya tidak betul. Tetapi hidup terpaksa diteruskan.

Paling senang sekali ialah tukar universiti daripada tukar penyelia. Tukar universiti cuma perlu kemas beg dan blah (yang kisah hanya IPS... cari minta bayar hutang). Tetapi untuk tukar penyelia memerlukan kemahiran bercakap dan sedikit keberanian. Macam cakap ‘hati ke hati’ gitu. Menceritakan semua yang terkitab dalam hati, tanpa ada yang terasa, tersingung atau menghilang perasaan sceptical terhadap kita. Bagai tarik rantai gajah tak putus, gajah tidak naik minyak!

Memang senang cakap untuk tukar penyelia, ubah jabatan, pindah universiti malah buangkan semua memori pahit dalam tong sampah universiti tersebut. Tetapi hakikat sebenar sangat pedih untuk dirasai, jauh sekali ditelan. Banyak kemungkinan akan berlaku. Sudah lama masa telah diambil, banyak duit telah ditabur, sudah habis buku dibaca. Akhir2 semua sia2.

Ok kita lupakan pasal tukar penyelia, jabatan maupun universiti. Katakan kita mesti habiskan dengan penyelia sama, cuma perlu tarik senafas lagi dan berdoa agar masa datang menjenguk untuk sekali lagi .

Jika penyelia tidak membantu, buatlah sendiri,

1. Masalah research
Cuba email peer researchers lain. Email boleh didapatkan pada muka depan kertas jurnal. Cuma kita mesti bersabar, dalam 10 orang yang kita email mungkin ada seorang 'manusia' yang boleh guide kita buat experiment. Dia ini macam merangkap unofficial supervisor. *Tips – orang US dan Europe biasanya akan reply email dan banyak membantu.

2. Tidak pandai menulis
Minta tolong kawan check write-up kita. Cuma minta komen berkenaan tips & tricks writing sahaja. Manakala bahagian scientific content kita sudah settle. Kalu susah2, belanja kawan makan di Nandos seminggu. Silap2 print pun guna printer dia!

3. BI (grammar) tidak bagus
Sekarang tiada masalah lagi. Tanya saje uncle Google tentang 'English Editing Service' pasti banyak yang keluar. Cuma servicenya agak mahal sehingga RM300-RM700 untuk satu paper dan RM2k untuk tesis (entry bahagian ini, kemudian).

4. Paper hantar kemudian
Jika universiti kita tidak syaratkan paper, so jangan menyibuk tulis paper sekarang. Submit tesis dulu, kemudian submit paper sendiri. Tapi jangan lupa nama penyelia! (tak apalah yang lalu biar berlalu, tidak perlulah ada niat balas dendam).

5. Tesis
Ini bab paling susah. Di telan mati student, diluah pun mati student.

Student tidak boleh mendahului penyelia kerana penyelia ialah 'SUPER'visor. Sama seperti ‘super’man. Dia mengatasi segalanya. 

Malah semasa viva penyelia kata student ini submit tesis tanpa pengetahuannya dan dia fail, memang student akan fail.

(Kata Dr. Hashim Hussin - Ini berbeza di oversea, student mempunyai hak untuk submit dan pihak dept boleh menghalang penyelia daripada masuk viva).

So jika kita ada masalah, apa yang boleh pelajar buat ialah siapkan tesis dan minta orang lain check. Kemudian cuba bincang 'baik2' atau 'dari hati ke hati'. Tidak perlulah kita berlagak pandai, sombong depan tokguru, sabarlah untuk hanya sekali ini sahaja untuk mendapat kebenaran submit tesis.

Insya Allah penyelia akan faham. Dia pun manusia juga. Jangan terus buat andaian bahawa penyelia pekakkan telinga kepada semua.

Garisan bawah
Ada kalanya kita tercari2 dimana silapnya kita?

Kes study... click here
http://www.postgraduateforum.com/thread-23514 



Kata WINGS - Biarkan Berlalu....

8 comments:

  1. Dr. apa beza antara tersalah pilih dan cuba masuk/go on/fleksibel dengan sesiapa sahaja jenis SV yang diperoleh? Dengan erti kata lain bantai je...try to adapt in all situation? Apa pro and cons bagi kedua-dua keadaan?

    ReplyDelete
  2. itulah yang terbaik, bezanya kerja anda akan jadi susah sikit. Kena banyak sabar dan berdikari.
    Jika anda mampu siapkan tesis... saya ucapkan tahniah. Tahniah kerana 1. anda 'betul2' buat phd, 2. anda berjaya dapat ilmu 'kemanusiaan' ie ilmu adaptation, ilmu psychology, ilmu nak tackle sv etc.... Disebab anda ada 'extra knowledge' anda akan berjaya dlm kerjaya nanti... insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. sayer rasa sayer face keadaan tu sekarang:) tapi ok la sayer belajar tengok +ve side yang cuba disampaikan bagi mendidik sayer untuk jadi insan berguna di masa hadapan. tq:)

    ReplyDelete
  4. Salam..Dr...saya sebenarnye seorang yg pantang mengalah...sesusah mana pun perkara tersebut saya akan sedaya upaya atasinya...sehinggalah saya sbung master...pilih penyelia sngt penting n tersalah pilih stress la jawabnye... Bagaimana sintuasinye jika SV kita seorang yg sibuk selalu out station berbulan2 n then CO-SV nak pencen lagi 2 bulan...and tiada org nak guide project (nk beri pdapat)..bila kita hadapi masalah tiada bantuan..bila nk undur diri biasiswa kene bayar balik...nak tukar SV project sebelum nie burn.."ditelan mati saya n diluah pun mati lahhh saya" aduhai..;(

    ...Rafflesia rimba...

    ReplyDelete
  5. Rafflesia rimba - gambate!!!!!! gambate!!!!!! gambate!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. ya la ha..gambate!!! sekarang saya sedaya upaya continue my project...dah separuh nyawa dah nie...harap2 semua yg dah di plan...BERHASIL..Tapi harap2 dari apa yg saya buat nie menjadi satu pengalaman yg tak ternilai utk saya....;)think positive

    Rafflesia Rimba...

    ReplyDelete
  7. Sedikit perkongsian...

    Saya mengambil pendekatan yang doing PhD is another way to learn about your ownself...how determine you are, what do you really want in your life etc. Ada waktunya kita sendiri akan confused tentang diri sendiri...as lumrah, nothing in permanent, everything will be smooth and easy with time (insyaAllah)...dengan syarat jangan terlalu kerap memberi atau sebolehnya jangan langsung guna alasan jika berlaku sesuatu perkara...selalunya alasan itu adalah untuk menutup kelemahan diri sendiri!

    Benar...di overseas student mempunyai suara yang lebih 'kuat' dari sv...tapi bila salah pilih sv, kita juga yang lunyai! I'm at the final stage of PhD...writing up thesis...the 'problem' I have been facing since the first day of study adalah kind of clash in interest with my sv...always at different pages! So perbincangan sentiasa entah ke mana...btw, he can be considered as quite knowledgeable, tapi kurang pengalaman...so, it is...have really been miserable life! At one point, I was almost giving up...! But then, I told myself, I chose this road...this is what I want..jadi sepahit manapun, teruskan...my uncle told me once, " Dlm PhD ini akhirnya kita kena usahakan sendiri even with a minimum support from sv..."

    Remember...only we know the feelings, the struggle...and always bear in our mind that we're not alone...kita ada Tuhan...Just believe in yourself and God..! Wallahualam!


    Nota: Sorry, Dr, kind of panjang sikit...hope you wouldn't mind...thank you!

    ReplyDelete