16 September 2011

Jawap Penilai 1 – Intro

wrong question... but u still need to answer it!
Paling memdebarkan ialah apabila mendapat email ‘Decision Letter’ daripada editor. Mata hanya mencari2 satu saja perkataan sahaja... ACCEPTED atau REJECTED. 

Dalam proses academia, ada banyak jenis email diterima. Ini adalah salah satu email yang takut dibuka tetapi sememangnya ditunggu2. 

Ia bukan sahaja menentukan kelegaan KPI pada tahun tersebut, tetapi indicator pengetahuan penulis itu sendiri. Bayang jika cuma budak postdoc menconteng arang dan reject paper kita. Manakala komennya hanya berkenaan fundamental.

Tetapi inilah 'game' boleh mengubah rutin kesibukan harian. Game menyebabkan orang sanggup belanja makan satu lab, sedangkan sendiri belum makan lagi. Ia juga menyebabkan orang frust dan hilang pertimbangan seminggu. Hanya yang pernah rasa saja yang tahu.

Accepted
Tiadalah ayat paling mengembirakan daripada editor menggunakan ayat berikut;

“I am pleased to inform you that your paper "ABC… has been accepted for publication in Journal XYZ”

Tetapi biasalah mesti ada correction. Kalau minor correction ok, sekejap sahaja boleh edit. Bagi major correction pasti pening dibuatnya. Insya-Allah untuk entries akan datang kita sama2 belajar menjawap komen2 daripada reviewers, buat cover letter etc. Ini cuma panduan sahaja, untuk lebih detail cuba tanya pakar2 yang berada sekeliling kita.

Rejected
“I regret to advise that your paper on "ABC…" was not one of those selected for publication. There is tremendous competition for the limited space and others were preferred.”


Kalau dapat email macam ini, tak payah sibuk2 nak buat rebuttal letter. Cuma cari jurnal lain terus.

Tetapi ada juga orang hebat2 berani sanggup reply kepada editor tanya 
"what wrong with my paper?"
"can you show me where the mistake?"

Orang ini berani kerana dia yakin dia benar dan editor reject secara membuta-tuli atau persepsi negatif sahaja.

Kita tak perlulah. Tidak perlu membuat konfratasi dengan mana2 editor. Kita tau results kita bukannya hebat sangat. 

Sebab berani sangat, mana tau nanti editor 'marked' nama kita. Jika dia pass paper kita pun pasti dipilih reviewers yang 'tough' dan ramai. Nanti dia pilih 5 reviewers, baru ko tau nak jawap komen nanti.

Kalau rasa hebat juga... silakan!

No comments:

Post a Comment