Paling
penting dalam JKV ini ialah examiner(s) tesis. Tesis ini sebenarnya cuma 'mini
tesis'. Maximum mukasurat hanyalah 50 ms.
Faslum,
dicerai-ceraikan akan ia kepada beberapa perkara:
1. Panel Koboi
Jawatan Kuasa
Pascasiswazah (JKP) peringkat jabatan hanya melantik seorang saja panel. Panel
ialah orang dalam Jabatan juga, bukannya orang luar. Dialah internal examiner
untuk tesis. Dialah yang baca tesis.
Dialah yang handle viva. Dia sorang sajalah yang kata 'Yes' atau 'No' dalam
laporan nanti. Walaupun seorang, tahap profesionalnya sangat tinggi.
JKP biasanya
melantik orang hampir dengan bidang pelajar yang buat. Dia mestilah staf
senior, contohnya profesor.
Pelajar akan
jumpa face-to-face dengan dia sorang. Tidak perlu pinjam tie. Tidak perlu
sediakan PPt presentation. Tidak perlu booking bilik meeting utama. Cukuplah
jumpa dia di biliknya pada hari dan masa yang dipersetujui. Cuma jawap soalan
yang ditanya!
Jika
ditakdirkan professor tu masuk hospital sebab patah kaki jatuh basikal,
terpaksalah kita viva di hospital juga. Walaupun terlantar atas katil dan kaki
tergantung, pasti 2-3 kali kita masuk tandas sebelum jumpa dia....!
Seyogia
diingatkan, tidak perlu lah bawa minuman atau kuih semasa viva ni, sebab dia memang
xmakan rasuah! Kena tembak baru tau!!
Seyogia tu ape?
ReplyDeleteDr. Azmin, seyogia tu apa maksudnya?
ReplyDeletecuba tgk kamus dewan, yogia, sayugia dan seyogia... sya pun xpandai bm nih
ReplyDeleteBerdasarkan kamus DBP Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa.
ReplyDeleteSefaham saya perkataan 'seyogia' digunakan ditengah ayat.. Tu yang tanya takut ada maksud lain yang saya tak tahu..