26 November 2011

Tukar MSc ke PhD 3 - Proposal (original)



Woit... jangan ikut kata Siti, "biarlah rahsia....".
Ini viva.
Mati la cakap macam ni di viva!




Cuba dengar kata Awie, "tiada rahsia antara kita... "







"kajian boleh dikembangkan lagi...".

Ini antara benda pelajar kena ambil perhatian semasa conversion. Ia sangat penting. Malah syarat untuk conversion mesti ada bahagian 'Proposal'. Jika results semasa sangat hebat, mestilah ia boleh dikembangkan lagi selepas conversion.

Proposal baru untuk PhD mestilah menyakinkan panels. Bukan hanya kata boleh 'dikembangkan lagi' tetapi students sudah mati idea. Bila submit tesis Phd, tiada results baru yang beza cuma cover sahaja.

Ada juga examiner yang teliti akan tanya detail apa pelajar akan buat. Dia akan tanya satu2. Kenapa guna X? Kenapa tak guna Y? Berapa berat X?... etc. So berilah jawapan lebih saintifik. Bukannya mengarut lebih dari Tukang Karut.

Examiner bukannya nak menyibuk pasal student ni. Dia pun ada banyak kerja nak buat. Lagipun student ni bukannya student dia. Tetapi niatnya satu, biarlah berkualiti.

3 comments:

  1. kualiti...hmm setuju!!!

    Dr. apa yang membezakan research bagi bidang material dan bidang lain seperti Computer Science, mekanikal, pemprosesan kimia, electrical, software...etc..? dan apa petua atau kewajiban yang perlu ada pada seorang pelajar untuk mendapatkan PhD di bidang masing2? (soalan lari banyak dari bidang material tapi rasanya masih lagi di skop general untuk research- hope Dr. sudi jawab)

    ReplyDelete
  2. ini cuma pandangan saya (pasti ramai tidak setuju), dalam dunia akademik paling penting ialah penerbitan. Tulis buku, tulis jurnal, tulis etc. Semua bidang sama. Ingat setiap bidang ada tempat masing. Tempat peer berkumpul, tempat peer menulis, tempat peer berbahas secara ilmiah. Kalau orang itu alim bidang Sc Computer, mungkin dia menulis untuk J. Computer Sci Tech bukannya Journal Zoology! Manakala untuk dpt PhD ia bergantung kepada pandangan sv. Jika sv suka publication dia akan syaratkn publication. Jika tidak, dia cuma kata "ko tulis tesis je". Kesimpulan, untuk kebaikkan kini dan hari esok, buatlah penerbitan banyak2. Cuba target 1 paper per semester! then u r "an excellent student!!" (percayalah awak tidak akan menyesal nanti)

    ReplyDelete
  3. Saya pun fikir |Semua bidang sama|... insyaAllah saya cuba menulis dan menulis..

    ReplyDelete