14 August 2011

Pemilihan Penyelia 6c – Penyelesai Masalah

Imam Syafei berkata, “Bagaimana mungkin kita dapat sampai ke Sa’ad, sementara di sekitarnya terdapat gunung-ganang dan tebing-tebing. Padahal, aku tidak berkasut dan tidak berkenderaan. Tanganku pun kosong dan jalan ke sana amat mengerikan” (Nasihat berkenaan Rendah Hati)

Even problems solved... 
i still walk alone, don't know where it goes...

2. Ada penyelia membiarkan pelajarnya dengan masalah tersebut. Ada banyak kemungkinan;

i. Penyelia memang tidak tahu menyelesaian masalah tersebut
Pada mulanya penyelia janji untuk selesaikan masalah tersebut. Tetapi menghilang dalam kesibukan harian. Ataupun penyelia mengelak dengan pelbagai alasan,
"nantilah aku baca jurnal pasal benda ni..."
"aku ada kawan tahu pasal ni, nanti aku tanya dia.."

So, semuanya 'nanti'. Begitu juga dengan pelajar ternanti2. Lama2 giliran penyelia pula ternanti2 pelajar yang sudah 'lost in action'.

ii. Penyelia ingin mengamalkan approach 'student centered learning' a.k.a. 'lu pkir la sendiri...' dahulu
Penyelia bermain pscyology untuk 'mendidik' (bukannya 'mengajar') pelajar. Setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran secara creative dan critical berbeza. Jadi keupayaan mereka pasti berbeza. Penyelia tidak boleh generalized semua sama, semua sama bijak dan semua sama lemah.

Jika kita tanya cikgu sekolah, kenapa pelajarnya sangat bagus, hampir 90% dapat 9A dalam SPM? Jawapannya mudah,
“aku suapkan semua”
“kami tidak mahu mereka gagal di sekolah ini (tempat kami cari makan)”
“masalah mereka mampu berfikir atau tidak, biar universiti handle


Dengan kata lain, pelajar ini bijak kerana menghafal. Diajar latih tubi. Tidak pernah diajar berfikir. Cikgu tidak pernah berusaha menjadi pendidik. Paling sakit, kaedah menghafal juga diamalkan oleh pensyarah di universiti. Pensyarah juga nak jaga periuk nasi,
“aku nak ramai student aku dapat A”
“kalau ramai fail, student akan bagi evaluation teruk... nanti kena panggil oleh Ketua Jabatan... mati aku!”

Memandangkan peringkat PhD pelajar mesti berfikir benda baru (novelty), barulah tahu siapa betul2 bijak dan siapa pak turut. Pak turut kepada kata2 sv dan 100% copy-paste daripada jurnal (cuma buat value added). Tiada langsung inovasion.

Penyelia yang perinhatin bukan setakat melihat jangka pendek, 
'asal dia dapat PhD cukup la'
'bila dah ada list student PhD grad, tahun ni boleh aku apply prof!!'

Tetapi adakah penyelia cuba melihat sustainability ilmu, survival dan career student ini mereka sendiri,
'walaupun dah ada PhD, mampu ke dia jadi pensyarah?'
'boleh ke dia jadi penyelia (memimpin) students sendiri nanti?

Daripada track record, kita boleh lihat pelajar yang susah berakit2 dahulu, sekarang sudah beli hovercraf untuk ke tepian. Malah lebih hebat daripada penyelia, Alhamdullilah (sasaran penyelia tercapai!).

Jadi inilah latihan terakhir oleh penyelia (merangkap pendidik, cikgu dan pensyarah) untuk membetulkan kesilapan 20 tahun dulu.

Jika ada masalah besar sahaja penyelia akan campur tangan (dan kaki). Penglibatan ini lebih kepada decision maker untuk mengelakkan studentnya terbabas masuk longkang!

Boleh ke penyelia menjadi pendidik?

No comments:

Post a Comment