Jika reviewer masih tidak puas hati, proses review ini
bertali arus hingga #R2, atau sampai #R3 etc. So terpaksalah kita layan semua
komen2 ini. Tetapi makin banyak komen, peluang untuk diterima akan sukar.
Kes tertentu
Ini yang terjadi kepada sahabat kita. Setelah membuat
semua corrections yang diminta, maka dia resubmit balik. Kemudian editor email
‘Interim decision’ kata 'accepted'.
Kita pun happy setelah paper di'accepted'. Dibuat jamuan
satu kampung. Tumbang seekor lembu.
Tetapi setelah seminggu, datang email dari editor dengan
diattachnya “comments baru". Comments ini lain daripada comments yang
telah dijawap. Manakala responce reviewer ini adalah negatif. Walaupun email
sebelum ini kata accepted, editor tidak segan-silu menyatakan mengubah kata
"Rejected!!".
Ini sangat luar biasa. Ingatkan bulan jatuh di riba,
rupanya dihempap atap rumah. Sahabat kita kata,
"editor memang bias dengan author kecik macam kita
(kecil bersaiz nano). Dengan senang sahaja mereka menolak decision terdahulu
(yang dia juga buat)".
Sebenarnya comments ini ialah comments daipada Reviewer
ke-2 yang baru tiba kepada editor.
Apalagi, kecewalah semua orang. Masing2 harap awan
mendung akan berlalu. Pergi jauh2 dari kumpulan penyelidikan ini, tetapi hujan
ribut datang ketika meraikan keceriaan!
Tip
Untuk comfirm mana2 manuskrip diterima (benar2 diterima).
Tunggu sampai dapat Digital Object Identifier (DOI) dan proof dulu, barulah
kita buat majlis kesyukuran... tumbang unta pun ok!!
No comments:
Post a Comment