05 March 2012

Laporan Kemajuan 1 | Intro


Note: Entry berkenaan progress report telah pun dipostkan sebelum ini, tetapi telah ditarik balik. Setelah beberapa kali di uji 'dry run' selama 2 tahun, nampaknya format lama telah gagal dan perlu ijtihad baru! Ini adalah versi updated.

Jika engkau ialah orang yang memiliki kelebihan dan pengetahuan tentang pertikaian pendapat orang-orang terdahulu dan orang saat ini, berdebatlah dengan jiwa yang tenang, penuh kearifan, sikap ramah dan hargai pendapat teman, serta janganlah bersikap angkuh. Ambillah apa yang engkau anggap baik dan benar, baik yang ramah mahupun yang kasar. Dan tunjukkan kesungguhanmu kepada orang-orang di sekitarmu yang menunjukkan bahawa diri mereka paling benar dan suka menyombong diri. Sebab, bersikap emosi dalam suasana seperti itu akan menimbulkan perpecahan dan pemisahan diri Nasihat Imam Shafie

Intro
Mungkin kita pernah dengar atau kita alami sendiri, pelajar sesat mencari pintu bilik penyelia sendiri. Ada yang terkulai di dalam makmal. Malah tersungkur di tangga Dewan Konvokesyen.

Ataupun penyelia lupa bahawasanya anda adalah pelajar dibawah penyeliaannya. Ada juga pelajar yang setelah hampir 1 semester, malah 1 tahun membuat kerja penyelidikan, penyelia tidak tahu apa yang dibuat oleh pelajarnya.

Pernah satu hari dulu, ada seorang pelajar pasca-siswazah sudah lama tidak jumpa penyelia. Tidak tahu apa yang disibukannya. Datang ingin berjumpa penyelia. Dilihatnya pelajar ini, penyelia buat lawak sindiran katanya,
eh.. rasanya macam aku kenal engkau la... rasanya macam rupa pelajar PhD aku.... hahaha.
Itulah kadangkala ada penyelia yang bagus, tetapi pelajarnya amat culas.

Adakalanya bagi pelajar yang tidak dapat menghabiskan tesisnya selama 2 tahun (Sarjana) atau 3 tahun (PhD) akan menyalahkan penyelia masing-masing. Dikatanya penyelia malas, sibuk memanjang atau penyelia tidak tahu apa-apa tentang projek tersebut. Ini kata-kata dakwaan kita daripada pihak pelajar, semua pelajar yang betul. Tetapi bila didengar daripada pihak penyelia pula, cerita sebaliknya keluar. Semuanya tiada bukti dan saksi. Siapakah yang bersalah dalam hal ini?

Untuk mengatasi masalah ini, laporan kemajuan (progress report PR) mungkin salah satu penyelesaiannya. Daripada laporan kemajuan pelajar, penyelia akan selalu menyelia (monitor) kefahaman pelajar terhadap pengajiannya. Ia juga dapat memberi peluang penyelia kemaskini (update) perjalanan kerja pelajarnya. Kaedah ini penting untuk pelajar dan penyelia membuat pertimbangan (check and balance).

Kerja ada masalah atau tidak? Kalu ada masalah, apa masalahnya? Dan sama-sama selesaikan. Jika tiada masalah, kenapa tiada keputusan terbaru? Di sini kita akan dapat tahu siapa sebenarnya yang bermasalah atau tidak perform. Pelajar atau penyelia itu sendiri. Tidak boleh menipu kerana saksinya ramai. Pelajar-pelajar dan penyelia itu sendiri yang menjadi saksi. Walau bagaimanapun jangan diguna sesi perbentangan dan mesyuarat untuk mencari kesilapan sesiapa. Gunakan ia sebagai satu forum untuk mencari penyelesaian segala masalah!

Proses pembentangan lisan dan soal-jawap boleh dijadikan tempat atau pool mencari sebanyak mungkin soalan ramalan semasa viva. Soalan konsep daripada pelajar junior dapat menentukan kefahaman terhadap fokus kajian. Manakala soalan lebih psycho daripada pelajar pasca-siswazah atau soalan asakan daripada penyelia sendiri akan memguatkan persediaan mental dan mengurangkan debaran adrenalina.

6 comments:

  1. Dr. terima kasih banyak atas nasihat..pendengaran...dan revision ... walaupun masa dah singkat...insyaAllah sayer akan usaha...doakan untuk sayer...pertikaian tu...bagi sayer semuanya salah faham sahaja..tiada yang betul tiada yang salah...selagi tak langgar hukum...sayer ni lembab sangat tak boleh nak follow sv...

    ReplyDelete
  2. totally agreed with u Dr! as a student sy rasa group presentation banyak membantu sbg preparation utk menghadapi viva & utk update progress report. bila dah selalu buat presentation & kena blasah masa Q&A...student akan lebih confident & tenang masa viva. memang betul ada soalan2 yg diajukan masa group presentation tu jugak lah soalan viva. jadi student dah well prepared utk ke medan perang. macam dah siap pakai bullet proof jacket!

    sy rasa group presentation juga sgt bagus utk push student yg mls...sbb there's no excuse utk melarikan diri since usually it's rotation basis. if nak suruh hantar PR student yg mls akan bg 1001 excuses, cth nya: lab computer tutup la harini Dr...mls betul technician tu...so sy xleh print PR sy. xpun, alah ink printer habis la Dr..dan macam2 lagi lah alasannya. bak kata Dr tadi, manusia ni memang suka cr slh org je...slh sendiri buat2 xnampak...tu la masalah "scapegoat syndrome" namanya...

    selain tu, sy rasa group presentation ni membantu both sv and student. bagi sv yg sibuk dgn kerja hakiki, masa presentation adlh ms plg baik utk tgk prestasi student, betulkan yg slh, bg pandangan...bagi student pula, masa ni la masa terbaik utk praktis & improve presentation skills, take notes pd soalan2 yg diajukan & prepare urself for the battle! bagi student yg jadi penonton tu jgn la tdo pula bla org laen present, time ni la utk diasah pemikiran towards critical thinking. yg presenter tu pula xyah la nak pakat2 dgn kwn2 supaya x tanya apa2 masa Q&A, sbb ini adlh proses pembelajaran bkn proses blasah kwn. sama2 blaja & improve...nobody is perfect!

    kdg2 terpikir juga dgn student yg sv dia xpernah attempt utk buat group presentation...sampai mcm mana nk greed panels masa viva pun xtau...kesian...masyaAllah...jgn terkejut..mmg ada student post-grad yg mcm ni.

    in a nutshell: (1) avoid "scapegoat syndrome"; (2) be a critical thinker; (3) learn to accept & appreciate others view...take it easy & positively =)

    ~white rose~

    ReplyDelete
  3. ya, honestly sya pun malas nak buat PR meeting. Ptg2 jumaat baik diam2 dlm ofis. Tp teringatkan setiap 24th dapat gaji beribu2. Kesiankn students... life must go on :)

    ReplyDelete
  4. Dr.kalu coursework research pun kemungkinan nak gagal viva pun tinggi ke ?

    ReplyDelete
  5. Hampir semua MSc Coursework lulus, yg gagal cuma yg tiada results atau tak dtg masa viva.

    ReplyDelete