25 March 2012

Laporan Kemajuan 3 | Kekerapan


masa itu emas (jam Pojik)...
Pernah ada seorang pensyarah/penyelia yang baru pulang dari Jepun. Sangat bersemangat. Maklumlah dari RPKJ hinggalah 1st Degree-PhD semuanya di Jepun. Sifatnya tak ubah macam orang Jepun.

Apabila balik dan kerja di jabatan, sudah pasti ingin kekalkan sistem yang sama. Salah satunya meeting PR. Setiap isnin dikerah pelajarnya buat presentation. Biasalah students Malaysia sangat manja dan perlu dimanjakan. Mana boleh SV marah2 jika students tiada results terbaru.

Mula2 students boleh tahan. Lama2 students buat complot. Students manja ini pergi mengadu dengan Ketua Jabatan. Hinggalah Ketua Jabatan terpaksa menasihati SV supaya slowdown sikit ..... Hahaha.

Terkejut SV. Ingatkan Ketua Jabatan nasihatkan students,
"inilah staf/SV yang saya mahu!"
"kamu patut bersyukur kerana jabatan kita ada pahlawan Samurai!..... Hahaha"

Sebelum ini saya telahpun cuba untuk membuat setiap minggu perjumpaan, tetapi tidak berjaya. Kekangan dari segi masa penyelia dan pelajar amatlah ketara. Manakala makmal kita tidaklah selengkap jika dibandingkan dengan apa yang ada di luar negara. 

Memanglah peralatan di sini tidak cukup atau selalu rosak, tapi pelajar yang bijak boleh merancang membuat sesuatu. Biasanya dalam kerja kajian banyak eksperimen dijalankan secara selari. Jika eksperimen X terpaksa menunggu giliran, pelajar boleh beralih sementara waktu membuat eksperimen Y dan seterusnya.

Jika dibuat PR meeting sebulan sekali, nampak lama sangat. Bilangan PR akan sedikit untuk satu2 semester. Bayangkan setiap semester ada 4 bulan, maknanya hanya 4 PR sahaja untuk semester tersebut. Itu belum lagi cancellation meeting disebabkan ada perkara2 yang tidak dapat dielakkan.

Kekerapan paling sesuai ialah 2 minggu sekali. Untuk keselesaan students dan mencuri masa kesibukan SV. Boleh bagi banyak sedikit masa untuk students ulangi testing untuk dapat results terbaik. SV juga perlu memenuhi tuntutan kerja hakiki ie service kepada undergrad dan kerja admin.

No comments:

Post a Comment