"Learn
to be critical of what you read, and don’t assume it is correct
because it is published!"
Tinjauan literature
kertas-jurnal penting untuk mengetahui status terbaru Problem Statement. Inilah
yang perlu kita baca dan faham.
Disebabkan
presentation cuma 10 min, pelajar hanya perlu present literature yang berkaitan
dengan results semasa saja. Bukannya present semua benda yang melibatkan kajian
PhD kita.
Kata PR kali ini
berkenaan "effect of heat of phase transition", alat yang digunakan
ialah XRD. Jadi kita perlu cari sekurang2nya 10 papers yang berkaitan keywords
'heat', 'phase transition' dan 'XRD'. Rasanya tidak perlu baca sampai 10
papers, 3 papers pun kita dah faham apa dia XRD nak bagitau, apa experiment
yang patut buat, apa analysis perlu nyatakan dan apa kesimpulan perlu ada. So
ambil 3 papers ini (bahagian XRD sahaja) buat ppt.
Proses review kertas jurnal, bukan sahaja dapat
meningkatkan knowledge, finding gaps dan
menentukan target results kita,
keyakinan dalam penyampaian sendiri juga akan bertambah. Ia juga boleh
digunakan sebagai kelas kecil untuk ‘mengajar’
kawan-kawan yang lain. Cuba sematkan dalam hati “inilah
masa terbaik untuk aku buktikan bahawa aku memang pakar dalam subjek ini!”.
Tetapi yang paling
penting sekali bagi penyelia ialah melihat pelajarnya mampu ‘membaca’
atau tidak. Dari segi kandungan, penyampaian dan ulasan pelajar terhadap
kertas-jurnal yang dibacanya, penyelia mampu membezakan siapa yang mampu ‘membaca’
literature dengan baik atau sebaliknya.
Keupayaan ‘membaca’
merupakan elemen utama sebelum pelajar mampu menulis. Apa akan jadi jika
pelajar tidak mampu ‘membaca’
tetapi mereka terus hendak menulis?
Sebenarnya
SV juga dapat banyak ilmu daripada LR yang dibawa oleh students. Bagi student
yang bijak, rajin dan kreatif, entah dari mana sources yang dijumpa dan dibawa
untuk kongsi bersama.
Pernah
sekali ada student FYP menceritakan 'classification morphologes of steel in
seawater', rupa2nya ada banyak jenis morphological. Malah namanya pun berbeza.
Malu SV yang dah mengajar 10 thn tapi hari ini, dalam kelas PR baru tahu. Yang
bagitau pun student undergrad!!
No comments:
Post a Comment